Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pengunjung yang menemui blog ini menanyakan ana berkaitan dengan UNITEN.Sekarang adalah musim para lepasan SPM untuk memilih jalan pengajian mereka pada masa akan datang samda mahu emilih IPTA atau IPTS.Jika mahu memilih sesebuah universiti,apakah yang menarik berkaitan dengan universiti berkenaan dan apakah yang mendorong anda sepatutnya memilih ia sebagai menara gading anda semua. Memandangkan ana merupakan siswa yang masih menuntut di UNITEN dan telah pun berada di universiti ini selama 2 tahun,ana sudah hampir matang dengan apa yang berlaku di sekeliling UNITEN.Apakah pro dan kontra jika memilih UNITEN sebagai tempat anda memperolehi ijazah sarjana muda anda.Berikut adalah pendapat ana mengenai pro dan kontra jika anda memilih UNITEN:
Positif dan kenapa patut memilih UNITEN:
Positif dan kenapa patut memilih UNITEN:
- Sudah tentunya UNITEN merupakan IPTS mempunyai prasarana belajar yang lengkap dan moden.Lihat sahaja di dalam bilik syarahan,LCD,PC,kerusi berkusyen,personal meja dan aircond di semua bilik syarahan.Tidak ada yang berkipas.Lantai adalah marmar.Sukar untuk menjumpai prasarana sebigini di IPTA.
- Pensyarah adalah terdiri daripada yang berpengalaman.Maklumlah IPTS,mahu menjadi tenaga pengajar,interview yang ketat diperlukan untuk menjaga kualiti pembelajaran dan pengajaran di UNITEN.Walaupun tidak mencapai 60% pemegang PHD,tetapi di UNITEN,sekurang-kurangnya pemegang MASTER yang berpengalaman dalam bidang dunia pendidikan.Kebanyakan mendapat ijazah master dari luar negara.
- Hostel selesa dan dekat dengan kolej.Jika yang lelakinya,Apartment Amanah merupakan penginapan yang baru dan cantik.Tidak ketinggalan apartment Ilmu yang berhadapan dengan tasik UNITEN juga cantik dan selesa.Untuk yang inginkan tinggal dengan lebih selesa dan privasi,bolehlah memilih Murni dan Cendiakawan.
- Peluang kerja snagat tinggi di UNITEN.Sekurang-kurangnya 90% graduan UNITEN akan mendapat kerja selepas setahun mereka bergraduasi di UNITEN.Pasaran kerja UNITEN juga panas terutama dari jurusan kejuruteraan.Banyak syarikat besar menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan UNITEN.Untuk memudahkan mendapat kerja perlulah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 di UNITEN.InsyaAllah dengan CGPA ini,sebelum graduasi lagi anda akan mendapat tawaran kerja.
- Di Uniten,siswa siswinya diasuh untuk lebih berkomunikasi dan berinteraksi dengan pensyarah serta orang ramai.Oleh itu salah satu silibus untuk setiap subjek atau jurusan memerlukan pelajarnya membuat mini projek,report serta kaji selidik dan kebiasaannya dibuat dalam berkumpulan.Kemudian ketika perbentangan di hadapan kelas, bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris sepenuhnya.
- 90% pembelajaran di UNITEN menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara kecuali dalam subjek BM Korporat,Islamic Studies dan Pengajian Malaysia.Terdapat juga kelas bimbingan BI bagi mereka yang lemah bahasa Inggeris.
- UNITEN terletak di tempat yang begitu strategik.Maksud ana hanay di kampus induk Putrajaya.Di belakang UNITEN terletaknya Bangi,di hadapan ialah Serdang dan Mines, Kirinya terletak Putrajaya dan kanannya terletak Kajang.Dengan hanya 5KM dari hentian komuter SERDANG dan Bangi UKM.
- Seperti IPTA dan IPTS lain,penaja di UNITEN juga datang dari PTPTN,MARA dan JPA.Tetapi UNITEN mempunyai penaja dari YTN,Shell dan sebagainya di mana mereka merupakan penaja bagi pelajar cemerlang yang mendapat anugerah Kepujian Dekan setiap sem.
- Bagi mereka yang berada di Bangi,hujung minggu UNITEN pasti sunyi kerana aktiviti hujung minggu di UNITEN sudah tentu keluar ke ALAMANDA,The Mines ataupun ke ibu kota Kuala Lumpur.Serba sedikit dekat.
- Pengangkutang bas di dalam UNITEN kerap dan memudahkan pelajar yang tidak berkenderaan untuk bergerak ke bilik kuliah.
- Terdapat ramai pelajar asing yang datang dari Asia Barat dan Afrika.Nisbah pelajar bumiputera dan bukan ialah 50%-50%.
- Pelajar adalah bebas dalam memilih subjek,pensyarah serta membuat atau menyusun jadual mereka sendiri.Tetapi awas jika anda tersilap memilih pensyarah.
- UNITEN mendapat banyak pengiktirafan daripada badan-badan luar dan dalam negara seperti i-Mechi,iaitu merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang mendapat pengiktirafan penuh institut i-Mechi UK selama 5 tahun.Ini memberikan kredit ekstra kepada lepasan UNITEN dalam jurusan kejuruteraan mekanikal.
- Sekuriti di UNITEN sangat longgar dan kadang-kadang berlakunya kecurian kenderaan di UNITEN.
- Karenah di HEP merupakan perkara biasa di UNITEN dan juga di IPTA atau IPTS lain.
- Yuran pengajian adalah mahal.Bagi Foundation sekitar RM 8000 hingga RM 10000 bagi 3 semester (12 bulan).Untuk ijazah sarjana muda pula ialah lebih kurang RM 5000 hingga RM 6000 setiap semester (puratanya 4.5 bulan pengajian dan 1.5 bulan cuti).Bergantung pada kredit yang anda ambil.
- Di UNITEN boleh dikatakan banyak yang havoc iaitu study week yang biasanya diperuntukkan di IPTA ialah 2 minggu tetapi UNITEN hanya seminggu.Itupun minggu tersebut juga merupakan minggu pembentangan projek.Maka faham-fahamlah kesibukan yang dialami oleh kami.
- Kami cuti panjang pada sem 2.Bermula minggu pertama April hingga minggu pertama Julai.Panjangnya...
- Makanan di UNITEN agak mahal.Sesuailah dengan standard IPTS.
- Jika tiada kenderaan di UNITEN,agak mati akal kerana nak ke kuliah,kalau dah lewat,memang pasti masuk lewat.Sebab ramai yang menunggu bas.Hujung minggu tiada kenderaan,hanya teksi menjadi harapan anda.
- Aktiviti kokorikulum di UNITEN tidak sebesar di IPTA.Bilangan pelajar yang mahu menyertai aktiviti berpersatuan dan kelab juga agak kurang kerana tiada merit koko di UNITEN berbanding IPTA.Maka terpulanglah pada pelajar itu sendiri samada mahu menyertai atau tidak.
1 Kesan Parut:
shukran...
xplanation yg pnjg bout uniten..
insya allah..
sy memilih tok msok uniten..
kmsukn jun-julai nh..
Catat Ulasan