Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Haramkan Pemakaian Tudung di IPT Malaysia!


Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen.Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan. Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.


Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.


Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.


Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.


Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.


MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.


Pihak kementerian juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

KahKahKah!!!

Ana dan Enti (Part 1)


Aku melihat jam di dinding.Ah sudah menunjukkan jam 10 malam.Mata masih belum mahu tidur agaknya.Aku merenung laptopku.Sudah berhabuk sedikit.Maklumlah baru bukak semester,kesibukan mengelilingi kehidupan seharian diriku ini.Aku menekan button "Post" pada hujung punat kiri mouse ku.Sebuah artikel baru sudah dipost.Penat lelah diriku menyiapkan selama beberapa jam akhirnya membuahkan hasil.Aku telah menukilankan hasil kerja tanganku di dunia maya yakni internet.Aku menatap setiap lembaran kisah-kisah tauladan dalam internet. Banyak rupanya yang menarik untuk aku tuliskan kembali di blogku.
Tiba-tiba lamunan aku dikejutkan dengan bunyian loceng di kotak chattingku.Eh seperti pernah ku lihat nama ini.Wafa...Ah ya,dia telah menambah namaku sebagai rakan chatting petang tadi.Tapi siapakh dia?Kenapa pula mahu bertegur sapa denganku?Tak kisahlah.Aku buang jauh-jauh prasangka tidak molekku terhadap kawan baru ku ini.
Wafa:Assalamualaikum...
Insan:Ws.Siapa di sana?
Wafa:Awak sibuk ke sekarang?
Insan:Sudah tentu tidak.Baru habis update sesuatu di internet.
Wafa:Saya sangat meminati artikel awak.Maaf jika saya menganggu awak sekarang.
Insan:Dari mana awak dapat tahu artikel saya?
Wafa:Saya mencari carian gambar masjid.Kemudian saya klik sebuah masjid dan terus link ke artikel awk.
Insan:Oh begitu yer...Maaf atas segala kekurangan pada artikel saya.Saya juga manusia biasa ada lakukan kesilapan.
Wafa:Tak mengapa.Sangat suka pada entri awak.Menarik...
Kembang kempis aku menerima pujian seperti itu.Ah,itu semua akan mewujudkan perasaan riak dalam diri ini.Aku menulis artikel pun kerana untuk perkongsian bersama.Untuk mencari populariti jauh sekali.Aku pandang lagi ke chatbox Yahoo aku.Kenapa la aku rajin pula mahu berchatting dengan kawan baru aku ini.Macam-macam dibualkan.Biasalah kawan baru.Semua benda nak tahu.Nanti akhirnya akan reda juga aku chatting dengan dia selepas tiada lagi topik untuk dibualkan.Namun sangkaan aku meleset.Setelah ditemukan pertama kalinya melalui dunia maya,dia mencari seseorang untuk diluahkan masalah yang membelenggu hidupnya.Aku dengari masalahnya.Melalui chatbox.Tetapi aku tidak dapat menangkap apa yang sebenarnya berlaku.Dia seperti begitu sukar untuk mengungkap masalahnya itu.Panjang lebar dia terangkan kepada ku.Dia punyai masalah dengan keyakinan dirinya.Baginya ada yang mengganggu hidupnya. Seperti ada makhluk yang mengawasi dirinya.Dia menjadi takut dan tidak meyakini akan atas segala pekerjaan.Dia juga mulai hilang keyakinan diri.
Wafa:Awak,benda tu ganggu saya.Ia penyakit keturunan.Kenapa orang dahulu jaga benda tu.
Sekarang cucu cicit yang tidak bersalah menjadi mangsanya.
Insan:Enti,bersabarlah..Dia juga makhluk Allah.Enti,tidak mahukan berubat?
Wafa:Saya akan berubat akhi.InsyaAllah isnin ini.
Insan:Ana doakan enti sembuh dari apa yang enti tidak ingini.Amin.
Wafa:Terima kasih ya akhi...
Setelah beberapa ketika dan hari berikutnya....
Wafa:Akhi!Gembiranya saya!Saya disahkan tidak diganggu makhluk itu!Ustaz berkata saya hanya mempunyai masalah pada keyakinan diri.Self-confident katanya.
Insan:Alhamdulillah.Gembira ana mendengarnya.Sekarang,ana nak berikan enti semangat untuk enti teruskan hidup enti.Jangan fikirkan tentang gangguan.Segala permasalahan datang dari diri kita sendiri.
Wafa:Syukran ya akhi...
Insan:Tak mengapa,apa-apa masalah enti bagi tahu pada ana.Jika ada kesempatan ana bantu enti k..
Alhamdulillah,sahabatku itu sudah terlepas dalam salah satu persoalan terbesar hidupnya iaitu persoalan 'penjaga' yang selama ini mencoretkan zaman hitam dalam hidupnya.Rupa-rupanya dia tidak memilikinya.Sejak saat itu,aku menjadi peneman motivasi kepadanya.Aku seperti tenang dan gembira apabila memberikan nasihat kepadanya.Mungkin aku sendiri tidak pernah mengalaminya,tetapi dengan cara memahami keadaan dia,aku dapat belajar untuk memberikan nasihat sepatah dua kepadanya agar dia menjadi tenang dan terasa seperti ada sahabat yang bersama dengannya untuk menghadapi rintangan hidup.
Wafa:Akhi...Saya sedih sangat.Saya tumpang sedih dengan kesedihan yang dihadapi oleh kakak saya.Along saya jauh dari sini.Maka sayalah menjadi adiknya paling rapat ketika situasi sebegini.
Insan:Enti,apa masalah yang dihadapi oleh kakak enti?
Wafa:Akhi tahu kan,kakak ana mahu bernikah minggu depan.Tetapi bakal suaminya itu tiba-tiba seperti mahu membatalkan majlis pernikahan.Dia kata seperti kehilangan semangat untuk meneruskan pernikahan pada hari Jumaat nanti.Akhi,say sedih sangat.Benda tu ganggu kakak saya.
Insan:Enti,percayalah,perkara ini adalah ujian dan tarbiyahNya untuk enti sekeluarga.Bukan untuk membinasakan enti.Ana rasakan ia bukan kerana makhluk itu.Tetapi adalah bisikan syaitan.Syaitan sangat berduka cita apabila pasangan bernikah kerana pernikahan itu menghalalkan hubungan suami isteri.Berbanding zina,syaitan gembira dan ketawa melihat dua anak adam melakukan perkara terkutuk hingga melupakan akan dunia ini hanya tempat yang sementara.
Wafa:Akhi,doakan keputusan bakal abang Ngah saya berubah.Kesian pada kakak.Persiapan perkahwinan semua sudah diuruskan.Jemputan juga telah dihantar.Nanti keluarga lelaki mahu bawa abang Ngah saya itu berubat.Begitu banyak dugaan kami hadapi.
Aku mendengar dugaan dan masalah yang dihadapi oleh sahabatku ini dengan penuh kerelaan. Aku tahu,jika seseorang mempunyai masalah,dia akan meluahkan pada seseorang yang dia rasa rapat.Yang dia rasa senang dan selesa untuk diluahkan.Aku menganggap dia hanya sahabat baik yang berkongsi tatkala dugaan dariNya hadir dalam diri ini.Tetapi jauh di lubuk hati,aku merasakan dia bukan sebarangan gadis.Dia pernah berkata padaku..
Wafa:Akhi,nanti diizinkan Allah...saya bersama abang long saya yang akan pulang dari pengajian di Mesir akan berjumpa akhi.Akhi berbuallah dengan dia k.Moga abang saya menyukai akhi.
Terkedu lidah ku membacanya.Ah,kenapa pula serius sahabatku ini.Sampaikan berjumpa abang dia pula.Dah la jurusan agama,masak juga aku nak jawab jika dia tanya aku macam-macam persoalan agama.Aku bukan alim sangat pun.Lagipun buat apa nak abangnya menyukai diri aku.Sahabat je pun...
Insan:Enti,benarkah?Mengapa begitu awal?
Wafa:Tidak,hujung tahun ini.Buatlah persediaan.Abang saya baik orangnya.Saya sangat sayang padanya.
Insan:InsyaAllah...kelak pun berjumpa kerana sahabat bukan.
Wafa:Mungkin....
Mungkin?Aku menjadi gusar.Gusar sangat hati ini.Apa maksudnya mungkin itu?Adakah dia mahu memutuskan hubungan sebagai sahabat?Atau meneruskannya ke satu tahap yang lain? Dan aku masih ingat,genap 120 hari selepas kali pertama dia menegurku di chat box,dia menceritakan kisah sahabatnya...
Wafa:Akhi,sahabat ana ini ada masalah.Saya tak dapat nak menjawabnya.Boleh akhi bantu.
Insan:Apakah masalah yang dihadapinya enti?
Wafa:Sebenarnya sahabat saya ini....
Insan:Kenapa?Ceritakan sahaja...
Wafa:Dia menyukai seseorang.Tetapi dia tidak berani meluahkan rasa hatinya.APa yang perlu dilakukan oleh sahabat saya itu?
Insan:Oh.Masalah suka dengan seseorang ya?Beginilah.Ana tak suka pada sesuatu yang membawa masud pada couple.Kalau dia suka seseorang dan menyukainya lebih dari seorang sahabat karib,katakan pada dia,berdoalah pada Allah agar dipertemukan sahabat enti tu dengan lelaki pilihannya itu.
Wafa:Tetapi sahabat saya itu tak berani.Dia rasa dia serba kekurangan berbanding lelaki itu. Tetapi sejak pertama kali mengenalinya,dia rasa begitu senang bersamanya dan terasa kehilangan sesuatu apabila tidak bercakap atau menghubungi dengannya.
Insan:Ah,ini dikatakan cinta enti.Sahabat enti itu telah jatuh cinta mungkin.
Wafa:Mungkin..kemudian apa perlu dilakukan dia?
Insan:Katakan pada sahabat enti tu,terus terang sahaja pada pemuda pilihannya itu.Nanti terlepas pula.Kalau sahabat enti tak yakin dengan diri sendiri,kena kuatkan keyakinan dia.Kalau dia rasa dia tak sempurna untuk lelaki itu,adakah lelaki itu sempurna buatnya?Bukankah tiada yang sempurna di dunia ini melainkan sifat dan zat Allah Taala?Berterus terang.Tetapi janganlah ada bibit percintaan yang membawa kepada couple sebelum pernikahan.Luahkan pada si dia dan katakan "Saya simpan hati saya untuk awak dan luahkannya apabila tiba saat itu kelak".
Wafa:Syukran ya akhi.Nanti saya bagi tahu pada sahabat saya itu ya.Akhi buatlah kerja akhi. Saya nak beritahu pada sahabat saya itu.
Insan:Baik ya enti..Good Luck..
Lega rasa di hati dapat membantu masalah sahabat kepada sahabatku ini...Bagaimana ya dia menceritakan jalan penyelesaiannya kepada sahabat dia itu?
Bersambung.......

Gempa Bumi di Manjung,Perak.Amaran dari Langit?


Gempa Bumi Lemah Landa Manjung, Perak
(SUMBER BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.
____________________________________________________________________
DESTINASIMU:Korank rasa gempa bumi ini kebetulan ke?Ianyer berlaku 3 hari selepas berlangsungnya Karnival Maksiat bergerak terbesar di Malaysia iaitu Jom Heboh.Allah masih menyayangi hambaNya yang soleh di kawasan Manjung Perak.Jika tidak terbaliklah bumi di situ. Ana tak pasti apakah sudah keluar arahan dari Harussani (Mufti Perak) yang melarang diadakan konsert dan karnival ini.Hanya Allah yang tahu.Golongan yang mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa seperti mufti perlu dan wajib mengeluarkan kenyataan untuk mengharamkan konsert ini.Sangat sakit mata memandang.Rasanya Manjung bukanlah majoriti sangat Melayunya tetapi semasa konsert malamnya,mojoriti yang datang ialah Melayu beragama Islam!Yang berkeluarga itu,kenapa perlu dibesarkan anak-anak dalam suasana non islamik?Banyak lagi cara berhibur menurut Islam.Mengapa pilih jalan hitam?
Rasanya masa kerajaan Perak dahulu sebelum dirampas secara zalim,mereka mengharamkan Jom Heboh.Yelah walaupun ada yang katakan MB dia jadi pak turut DAP lah,tetapi mereka juga faham konsep haram dalam Islam itu.Maka mereka sokong pengharaman konsert ini. Tetapi malangnya kerajaan yang baru ini (majoritinya Islam) menghalalkan benda yang haram.Ishk,takut ana tengok sekarang.APa nak jadilah.Dah la rumah dan kampung ana di Manjung Perak.Tolonglah jangan mengotorkan bumi Perak umumnya dan Manjung khususnya. Cukuplah tangan-tangan anda yang mengotorkan bumi Allah.Jangan ditambah lagi.Malaysia yang berada di luar kawasan lingkaran api pasifik pun sekarang sudah terasa tempias gempa bumi.AGak-agak sampai bila kita nak merasa selamat?Bumi ini makhluk Allah dan jika Allah katakan "Jadilah..."maka pasti dan pasti akan terjadilah ia.Fikir-fikirkan.Ana memang anti Jom Heboh.Selepas je konsert mesti berpeliseran anak-anak Islam bersama pasangan haram mereka.Insaflah...Takkan nak tunggu malaikat Izrail depan mata baru nak taubat.Dengan kesakitan dan kekalutan,dah tak ingat dah masa itu untuk bertaubat.Nauzubillah....

5 Kejutan Manis Buat Zauj Zaujah...

1. Jika suami tidak pernah memasak, tentulah menjadi kejutan manis jika pada hari yang tidak terduga, si dia memasak! Tidak mengapa jika juadah yang disediakan ringkas kerana apa yang penting, usaha lelaki itu bisa membuatkan wanita terharu. Cubalah!


2. Alangkah manisnya jika zauj zaujahnya menyiasat barangan atau sesuatu yang sudah diidam-idamkan sejak lama lalu tiba-tiba ia dihadiahkan kepada kita!


3. Berikan jambangan bunga. Walaupun sudah dianggap biasa atau cliche, jambangan bunga tidak pernah gagal menceriakan hati zaujahmu. Lebih kejutan jika jambangan bunga itu digubah mengikut cara paling kreatif.


4. Tidak terungkap rasa gembira dan terharu jika kekasih sanggup ‘memerah otak’ mencari ilham mencipta lagu yang menyatakan perasaan cinta kepada diri kita. Bukan senang hendak menggubah lagu cinta okay?Romantiknya jika anda memiliki zauj sebegitu bukan?


5. Wanita pasti seronok jika sesekali dibawa ke tempat romantik. Sudah tentu, jika hendak buat kejutan. rahsiakan tempat yang dituju sehinggalah tiba. Manis bukan?
Tips di atas khas hanya untuk pasangan yang HALAL sahaja.Khas buat Zauj dan Zaujah...

Dakwah Kristian (PANAS!!!)


Seorang Pendakwah Kristian Mencari Gadis Melayu.Kelihatan seperti di Taman KLCC
Tanya mereka Jesus itu tuhan atau anak tuhan?

~Kalau Jesus itu Tuhan,:- 

Kalau Jesus dianggap Tuhan kerana boleh menghidupkan orang mati , Elisa (Ilyas) juga boleh menghidupkan orang mati [Raja-Raja 2 13:21] Pada suatu kali orang sedang menguburkan mayat. Ketika mereka melihat gerombolan datang, dicampakkan merekalah mayat itu ke dalam kubur Elisa, lalu pergi. Dan demi mayat itu kena kepada tulang-tulang Elisa, maka hiduplah ia kembali dan bangun berdiri. Malah Elisa lebih hebat kerana tulang beliau boleh menghidupkan orang mati 

~Kalau Jesus dianggap Tuhan kerana boleh menyembuhkan orang buta, Elisa (Ilyas) juga boleh menyembuhkan orang buta
[Raja-Raja 2 6:17] Lalu berdoalah Elisa: “Ya TUHAN: Bukalah kiranya matanya, supaya ia melihat.” Maka TUHAN membuka mata bujang itu, sehingga ia melihat. Tampaklah gunung itu penuh dengan kuda dan kereta berapi sekeliling Elisa. [Raja-Raja 2 6:20] Segera sesudah mereka sampai ke Samaria berkatalah Elisa: “Ya TUHAN, bukalah mata orang-orang ini, supaya mereka melihat.” Lalu TUHAN membuka mata mereka, sehingga mereka melihat, dan heran, mereka ada di tengah-tengah Samaria. 

~Kenapa Jesus (Tuhan) dibawa Iblis? 

[Lukas 4:5] Lalu Iblis membawa Yesus ke tempat yang tinggi, dan dalam sekejap mata Iblis menunjukkan kepada-Nya semua kerajaan di dunia. 

[Matius 4:5] Kemudian daripada itu Iblis itu pun membawa Yesus ke negeri suci, lalu ditaruhnya Dia di atas bubungan Bait Allah,

~Kalau Jesus Tuhan, sepatutnya dia tidak berdosa, mengapa dia mintak ampun?
[Matius 6:12] Dan ampunilah kiranya kepada kami segala kesalahan kami, seperti kami ini sudah mengampuni orang yang berkesalahan kepada kami. 

~Kalau Jesus tuhan kerana dia lahir tanpa bapa, bukan Jesus sahaja lahir tanpa bapa.
(Malkisedik juga, malah tidak bersalasilah lagi) 
[Ibrani 7:1] Adapun Malkisedik itu, yaitu raja di Salem dan imam Allah taala, yang sudah berjumpa dengan Ibrahim tatkala Ibrahim kembali daripada menewaskan raja-raja, lalu diberkatinya Ibrahim, 
[Ibrani 7:2] kepadanyalah juga Ibrahim sudah memberi bahagian sepuluh esa. Makna Malkisedik itu jikalau diterjemahkan, pertama-tama artinya raja keadilan, kemudian pula raja di Salem, yaitu raja damai:
[Ibrani 7:3] Yang tiada berbapa, dan tiada beribu, dan tiada bersilsilah, dan tiada berawal atau berkesudahan hidupnya, melainkan ia diserupakan dengan Anak Allah, maka kekallah ia Imam selama-lamanya. 

~Patutkah Manusia merancang membunuh Tuhan? (Jesus)
[Matius 27:1] Setelah hari siang, maka segala kepala imam dan orang tua-tua kaum pun berundinglah atas hal Yesus, supaya dibunuhkan Dia.

~Patutkan Tuhan (Jesus) berdukacita?
[Matius 26:38] Kemudian kata Yesus kepada mereka itu, “Hati-Ku amat sangat berdukacita, hampir mati rasa-Ku; tinggallah kamu di sini dan berjagalah serta-Ku.” 

~Wajarkah Tuhan dilahirkan oleh manusia?
[Lukas 2:11] Hari ini di kota Daud telah lahir Raja Penyelamatmu yaitu Kristus, Tuhan. 

~Wajarkah Tuhan tidak berkuasa?
[Yahya (Yohanes) 5:30] Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; 

~Mustahil Tuhan menjadi utusan Tuhan
[Yahya (Yohanes) 5:30] Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.

~Mustahil Tuhan (Jesus) mengutuk makhluk (pohon) yang diciptakannya sendiri 

[Matius 21:18] Pada pagi-pagi harinya, apabila Ia kembali ke negeri itu, Ia berasa lapar.
[Matius 21:19] Serta dipandang-Nya sepohon ara di sisi jalan, pergilah Ia ke situ, dan didapati-Nya satu apa pun tiada di pohon itu, melainkan daun sahaja. Lalu berkatalah Ia kepadanya, “Janganlah jadi buah daripadamu lagi selama-lamanya.” Maka dengan seketika itu juga layulah pohon ara itu.

~Wajarkah Tuhan digoda iblis , merasa lapar? 

[Lukas 4:1 Yesus] dikuasai oleh Roh Allah pada waktu Ia meninggalkan Sungai Yordan. Roh Allah memimpin Dia ke padang gurun. 
[Lukas 4:2] Di situ Ia dicobai oleh Iblis empat puluh hari lamanya. Sepanjang waktu itu, Ia tidak makan apa-apa. Jadi pada akhirnya Ia merasa lapar. 

~Wajarkah Tuhan diikat oleh manusia? 

[Matius 27:1] Setelah hari siang, maka segala kepala imam dan orang tua-tua kaum pun berundinglah atas hal Yesus, supaya dibunuhkan Dia.
[Matius 27:2] Maka diikatnya Dia serta dibawa pergi, lalu diserahkannya kepada Pilatus, yaitu wakil pemerintah. 

~Wajarkah Tuhan disunat?
[Lukas 2:21] Sesudah berumur delapan hari, anak itu disunat. Dan mereka menamakannya Yesus, nama yang diberikan malaikat kepada-Nya sebelum Ia dikandung ibu-Nya.  

~Kalau Jesus itu anak Tuhan

Hujah Kristian mengatakan Jesus anak tuhan [Matius 3:17] Maka suatu suara dari langit mengatakan, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nya pun Aku berkenan.” [Lukas 4:41] Roh-roh jahat pun keluar dari banyak orang, sambil berteriak-teriak, “Engkaulah Anak Allah!” Tetapi Yesus membentak mereka dan tidak mengizinkan mereka berbicara, sebab mereka tahu bahwa Dialah Raja Penyelamat.

~TETAPI, kalau Jesus itu anak Tuhan, kenapa Jesus tidak tahu bila qiamat walaupun dia anak tuhan? 

[Markus 13:31] Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu.
[Markus 13:32] Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja.”

~Kalau Jesus itu anak Tuhan, ramai lagi anak Tuhan yang lain

[Matius 5:9] Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, karena mereka itu akan disebut anak-anak Allah.
[Matius 5:45] supaya kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di surga; karena Ia menerbitkan matahari-Nya bagi orang yang jahat dan yang baik, dan Ia menurunkan hujan ke atas orang yang benar dan yang tiada benar.
[Matius 7:21] Bukannya tiap-tiap orang yang menyeru Aku, Tuhan, Tuhan, akan masuk ke dalam kerajaan surga; hanyalah orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di surga. 
[Keluaran 4:22] Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung; 

~Betulkah Jesus itu anak tuhan?  

Hujah Jesus Anak manusia (bukan anak tuhan) 

[Matius 1:16] dan Yakub memperanakkan Yusuf, yaitu suami Maryam; ialah yang melahirkan Yesus, yang disebut Kristus.
[Matius 1:21] Maka ia akan beranakkan seorang anak laki-laki, dan hendaklah engkau menamakan Dia Yesus, karena Ialah yang akan melepaskan kaumnya daripada segala dosanya.” 
[Matius 16:27] Karena Anak manusia akan datang dengan kemuliaan Bapa-Nya beserta dengan segala malaekat-Nya; pada masa itu Ia akan membalas kepada tiap-tiap orang menurut perbuatannya.
[Matius 26:2] “Kamu memang mengetahui bahwa dua hari lagi akan ada hari raya Pasah, dan Anak manusia akan diserahkan, supaya Ia disalibkan.” 
[Yohanes (Yahya) 3:13] Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.


Makna sebenar ANAK TUHAN. SUPAYA LEBIH JELAS, MAKNA ANAK ALLAH DALAM BAHASA IBRANI IALAH KEKASIH ALLAH ATAU MEREKA YANG TAATKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI PARA NABI DAN RASUL. BAPA ITU DIPAKAI BUAT TUHAN.
Sebagai contoh:- 

Daud Anak Allah yang sulung [Mazmur 89:27] Iapun akan memanggil akan Daku: Engkau juga Bapaku! Allahku dan gunung batu selamatku!  
Yakub Anak Allah yang sulung. [Keluaran 4:23] Maka firman-Ku kepadamu: Biarkanlah anak-Ku itu pergi, supaya ia berbuat ibadat kepada-Ku; jikalau engganlah engkau memberi akan dia pergi, bahwa sesungguhnya Aku akan membunuh anakmu laki-laki yang sulung. [Keluaran 4:24] Kalakian, maka pada tengah jalan, dalam rumah wakaf, datanglah Tuhan atas Musa, hendak membunuh dia. 
Erayim Anak Allah yang sulung [Yeremia 31:9] Maka mereka itu datang sambil menangis, dan Aku menghantar akan mereka itu sambil membujuk-bujuk; bahwa Allahku memimpin mereka itu menyusur sungai-sungai yang berair pada jalan yang rata, padanya tiada terantuk kakinya, karena Akulah bagi Israel akan bapa, dan Efrayim itulah anak-Ku yang sulung.

[Matius 5:9] Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, karena mereka itu akan disebut anak-anak Allah.  

Jesus mengakui ALLAH itu tuhan yang esa, dia hanya utusan , anak manusia 
Jesus mengakui Allah Tuhan yang Esa, Jesus pesuruh Allah 

Perjanjian Lama (Old Testament) 

Yahya(Yohanes) 17:3 Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka itu mengenal Engkau, Allah yang Esa dan benar, dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu 
[Ulangan 4:35] Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahwa Tuhan itulah Allah, dan kecuali Tuhan yang esa tiadalah yang lain lagi. 

[Markus 12:29] Jawab Yesus: “Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.
[Ulangan 4:39] Sebab itu ketahuilah pada hari ini dan camkanlah, bahwa Tuhanlah Allah yang di langit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain.
[Ulangan 6:4] Dengarlah olehmu, hai Israel! sesungguhnya Hua, Allah kita, Hua itu esa adanya
[Ulangan 6:14] Janganlah kamu mengikuti allah lain, dari antara allah bangsa-bangsa sekelilingmu 




Perjanjian Baru (New Testament)



Jesus hanya utusan :

[Yahya (Yohanes) 17:21] supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku. 
[Yahya (Yohanes) 17:23] Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam Aku supaya mereka sempurna menjadi satu, agar dunia tahu, bahwa Engkau yang telah mengutus Aku dan bahwa Engkau mengasihi mereka, sama seperti Engkau mengasihi Aku.
[Yahya (Yohanes)12:45] dan barangsiapa melihat Aku, ia melihat Dia, yang telah mengutus Aku. 
Jesus menerima firman dari ALLAH, jadi Jesus bukan Tuhan, cuma utusan [Yahya (Yohanes) 17:8] Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku. 
Jesus bukan tuhan kerana dia mengatakan “Bapa lebih besar dari pada Aku” [Yahya (Yohanes) 14:28] Kamu telah mendengar, bahwa Aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita karena Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar dari pada Aku 
Jesus mengakui dia tidak sama dengan Tuhan [Samuel ke 2 7:22] Sebab itu Engkau besar, ya Tuhan ALLAH, sebab tidak ada yang sama seperti Engkau dan tidak ada Allah selain Engkau menurut segala yang kami tangkap dengan telinga kami. 
Jesus penembus (pengampun) dosa, disalib untuk menebus dosa warisan? 
Hujah Jesus penembus (pengampun) dosa 
[Kisah Para Rasul 5:31] ialah yang telah ditinggikan oleh Allah sendiri dengan tangan kanan-Nya menjadi Pemimpin dan Juruselamat, supaya Israel dapat bertobat dan menerima pengampunan dosa. 
[Lukas 2:8] Pada malam itu ada gembala-gembala yang sedang menjaga domba-dombanya di padang rumput di daerah itu.[Lukas 2:9] Tiba-tiba malaikat Tuhan menampakkan diri kepada mereka, dan cahaya terang dari Tuhan bersinar menerangi mereka, dan mereka sangat ketakutan.[Lukas 2:10] Tetapi malaikat itu berkata, “Jangan takut! Sebab saya datang membawa kabar baik untuk kalian–kabar yang sangat menggembirakan semua orang.
Lukas 2:11 Hari ini di kota Daud telah lahir Raja Penyelamatmu yaitu Kristus, Tuhan.
Namun Jesus hanya melepaskan dosa kaumnya sahaja 
[Matius 1:21] Maka ia akan beranakkan seorang anak laki-laki, dan hendaklah engkau menamakan Dia Yesus, karena Ialah yang akan melepaskan kaumnya daripada segala dosanya.” 
[Matius 15:24] Maka jawab Yesus, kata-Nya, “Tiadalah Aku disuruhkan kepada yang lain hanya kepada segala domba yang sesat dari antara bani Israel  

~Mengapa Jesus mintak tolong sedangkan dia tahu dia akan disalib? 

[Matius 26:1] Setelah Yesus menyudahkan segala ucapan itu, maka bertuturlah pula Ia kepada murid-murid-Nya, 
[Matius 26:2] “Kamu memang mengetahui bahwa dua hari lagi akan ada hari raya Pasah, dan Anak manusia akan diserahkan, supaya Ia disalibkan.” 
[Matius 27:46] Maka sekira-kira pukul tiga itu berserulah Yesus dengan suara yang nyaring, kata-Nya, “Eli, Eli, lama sabakhtani!” Artinya, “Ya Tuhan-Ku, ya Tuhan-Ku, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku?” 

~Wajarkah orang yang disalib (yang terkutuk) menjadi pengampun dosa?
[Galatia 3:13] Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk karena kita, sebab ada tertulis: “Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!” 

Menurut Kristian, setiap manusia memikul dosa sejak dilahirkan.Tetapi bible/injil menjelaskan sebaliknya: -  

Dosa ditanggung sendiri:

[Yehezkiel 18:20] Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati. Anak tidak akan turut menanggung kesalahan ayahnya dan ayah tidak akan turut menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat kebenarannya, dan kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya.  
[Roma 2 2:5] Tetapi oleh kekerasan hatimu yang tidak mau bertobat, engkau menimbun murka atas dirimu sendiri pada hari waktu mana murka dan hukuman Allah yang adil akan dinyatakan. 
[Roma 2 2:6] Ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya, 
[Matius 16:27] Sebab Anak Manusia akan datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi malaikat-malaikat-Nya; pada waktu itu Ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya. 
[Korintus 5:10] Sebab kita semua harus menghadap takhta pengadilan Kristus, supaya setiap orang memperoleh apa yang patut diterimanya, sesuai dengan yang dilakukannya dalam hidupnya ini, baik ataupun jahat.
Bayi pun masuk syurga, tiada dosa warisan [Matius 19:14] Tetapi kata Yesus, “Biarkanlah kanak-kanak itu, jangan dilarangkan mereka itu datang kepada-Ku, karena orang yang sama seperti inilah yang empunya kerajaan surga.”  
 

9. Hujah kristian Jesus bersatu dengan tuhan ?
[Yahya(Yohanes) 10:30] Aku dan Bapa itu Satu adanya.”  
Kalau bersatu kenapa tuhan tinggalkannya:- [Matius 27:46] Maka sekira-kira pukul tiga itu berserulah Yesus dengan suara yang nyaring, kata-Nya, “Eli, Eli, lama sabakhtani!” Artinya, “Ya Tuhan-Ku, ya Tuhan-Ku, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku?” 
Bukan setakat “3 dalam 1” tapi “12 dalam 1”“Mereka” (Sahabat Jesus yang 12) juga menjadi satu dengan tuhan. [Yahya (Yohanes) 17:23] Aku di dalam mereka itu, dan Engkau di dalam Aku, supaya mereka itu sempurna di dalam satu persekutuan; supaya isi dunia ini mengetahui bahwa Engkau yang menyuruh Aku serta mengasihi mereka itu sama seperti Engkau mengasihi Aku. 

10. Jikalau bible/injil itu kitab yang suci, mengapa terdapat percanggahan yang ketara, contohnya:-

Kesaksian, benar atau tidak? 

[Yohanes (Yahya) 8:14] Jawab Yesus kepada mereka, kata-Nya: “Biarpun Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, namun kesaksian-Ku itu benar, sebab Aku tahu, dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi. Tetapi kamu tidak tahu, dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi.
[Yohanes (Yahya) 5:31] Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar;
John 8:14Though I bear record of myself, [yet] my record is true:
John 5:31If I bear witness of myself, my witness is not true 
Tuhan dilihat – 1.Hanya Jesus, 2. Ibrahim juga 
[Yohanes (Yahya) 1:18] Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.
[Kejadian 18:1] Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik. 
Yoram vs Hadoram 
[Samuel 2 8:9] Ketika didengar Tou, raja Hamat, bahwa Daud telah memukul kalah seluruh tentara Hadadezer,
[8:10] maka Tou mengutus Yoram, anaknya, kepada raja Daud untuk menyampaikan salam dan mengucapkan selamat kepadanya, karena ia telah berperang melawan Hadadezer dan memukul dia kalah, sebab Hadadezer sering memerangi Tou. Dan Yoram membawa barang-barang perak, emas dan tembaga.
[Tawarikh 1 18:9] Ketika didengar Tou, raja Hamat, bahwa Daud telah memukul kalah seluruh tentara Hadadezer, raja Zoba,[18:10] maka ia mengutus Hadoram, anaknya, kepada raja Daud untuk menyampaikan salam dan mengucapkan selamat kepadanya, karena ia telah berperang melawan Hadadezer dan memukul dia kalah, sebab Hadadezer sering memerangi Tou. Dan Hadoram membawa pelbagai barang-barang emas, perak dan tembaga.  
Betah & Berotai vs Tibhat dan Kun 
[Samuel 8:8] Dan dari Betah dan dari Berotai, yaitu kota-kotanya Hadadezer, raja Daud mengangkut amat banyak tembaga.
[Tawarikh 118:8] Dan dari Tibhat dan dari Kun, yaitu kota-kotanya Hadadezer, Daud mengangkut amat banyak tembaga; dari padanya Salomo membuat “laut” tembaga, tiang-tiang dan perlengkapan tembaga. 

Umur Ahazia – 22 tahun vs 42 tahun 

[Raja-Raja 2 8:26] Ia berumur dua puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri raja Israel.
[Tarawikh 2 22:2] Ahazia berumur empat puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri.

Tuhan atau iblis yang mengajak Daud? 

[Samuel 2 24:1] Bangkitlah pula murka TUHAN terhadap orang Israel; Ia menghasut Daud melawan mereka, firman-Nya: “Pergilah, hitunglah orang Israel dan orang Yehuda.”  
[Tawarikh 1 21:1] Iblis bangkit melawan orang Israel dan ia membujuk Daud untuk menghitung orang Israel.


Keturunan Yakjuj Makjuj


Kisah mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.


"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)


Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi).

Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel.

Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol).

Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s.

Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel.

Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.


"Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)


Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu.

Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin.

Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama.

Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini.

Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.

Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar.

Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit.

Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit.

Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub.

Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi).

Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19.

Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia.

Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub. Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu.

Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya.

Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman.

Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil.

Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi.

Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju.

Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.

Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak.

Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi.

Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman.

Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan.

Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem.

Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa.

Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.


Siti Masitah Pertahankan Imannya


Kisah ini berlaku di negara Mesir ketika pemerintahan Firaun yang terkenal sebagai pemerintah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Firaun ingkar kepada Allah dan membunuh sesiapa sahaja yang tidak mengakuinya sebagai tuhan. Pada ketika itu, ada seorang tukang andam istana bernama Siti Masitah yang beriman kepada Allah di istananya.

Suaminya bernama Hazaqil yang menjaga perbendaharaan kerajaan Mesir dan menjadi sahabat Firaun. Walaupun dia rapat dengan Firaun, hatinya sudah beriman kepada Allah. Pada suatu hari, Hazaqil tidak berpuas hati dengan hukuman mati yang dijatuhkan Firaun kepada 40 ahli sihir yang beriman kepada Allah. Dia berdebat dengan Firaun.

"Tuanku, saya tidak bersetuju dengan hukuman mati kepada ahli sihir kita. Walaupun mereka beriman kepada Allah, mereka sudah berjasa kepada negara Mesir." Hazaqil mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan oleh Firaun.

"Mereka dihukum mati kerana tidak mengaku beta sebagai Tuhan mereka!" Firaun kelihatan marah dengan kata-kata Hazaqil itu.

"Sekiranya kamu mempertahankan nasib ahli sihir itu, beta percaya kamu sebenarnya juga salah seorang daripada mereka yang beriman kepada Allah". Firaun mula berfikir mengapa Hazaqil mempertahankan nasib ahli sihir yang dihukum mati.

"Oleh kerana kamu salah seorang daripada mereka, beta jatuhkan hukuman mati ke atas kamu". Firaun tanpa teragak-agak menjatuhkan hukuman ke atas Hazaqil walaupun dia merupakan sahabat dan pegawai kerajaannya.

Hazaqil terus ditangkap oleh pegawai Firaun dan dibawa keluar dari istana. Dia diikat pada sebatang pohon kurma dan dipanah oleh pengawal Firaun sehingga mati. Kematian Hazaqil membuatkan hati Siti Masitah tidak tenteram dan hatinya semakin benci melihat muka Firaun yang membunuh suaminya.

Pada suatu pagi, Siti Masitah menyikat rambut puteri Firaun di bilik tidur. Pada mulanya dia menumpukan perhatian menyikat rambut puteri Firaun. Tiba-tiba hatinya teringat kepada Hazaqil yang mati dibunuh oleh Firaun kerana beriman kepada Allah. Jiwanya mula menjadi keluh resah sehingga dia hilang tumpuan. Justeru, sikat yang sedang dipegangnya terjatuh ke lantai.

"Allah". Kata Siti Masitah, lalu mengambil sikat dari lantai.

"Kamu akan dihukum kerana berkata begitu! Adakah tuhan lain selain bapa beta?" puteri Firaun bertanya kepada Siti Masitah dengan keras.

Siti Masitah tidak memohon maaf atas kata-katanya itu. Dia juga menyatakan ada tuhan lain yang patut disembah dan bukan bapanya.

Puteri Firaun terus mendapatkan ayahnya dan mengadu tentang apa yang diucapkan oleh Siti Masitah kepada Firaun. Firaun menjadi marah lalu memanggil Siti Masitah bagi dibicarakan.

"Siapakah Tuhan kamu?" bergema suara Firaun menakutkan Siti Masitah yang berdiri di hadapannya.

"Tuhan saya Allah," balas Siti Masitah dengan tenang dan berani.

"Kamu akan dijatuhkan hukuman berat atas kesalahan menghina beta!" Firaun memerintahkan pengawal memasak minyak panas di dalam sebuah kuali besar. Firaun juga memerintahkan tenteranya memanggil rakyatnya berkumpul dan melihat hukuman yang bakal dilaksanakan kepada Siti Masitah.

"Dengar rakyat semua, inilah hukuman kepada orang yang tidak mengaku beta sebagai Tuhan." Firaun terus memandang Siti Masitah. Dia berkata, "Beta berikan satu peluang terakhir kepada kamu, adakah kamu mengaku beta sebagai tuhan kamu?"

Sebelum Siti Masitah menjawab, syaitan datang lalu membisikkan hasutan di hatinya. "Kamu tidak sayang nyawa anak-anak kamu. Kamu tidak kasihan kepada bayi yang masih kecil itu. Beta tidak akan hukum kamu sekiranya kamu mengaku beta sebagai tuhan." Siti Masitah mula berjalan menaiki tangga menuju ke kuali besar yang berisi minyak mendidih.

"Wahai ibu, janganlah terpedaya dengan kata-kata syaitan yang dilaknat Allah. Kematian kita mendapat rahmat daripada Allah dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan kita," tiba-tiba, bayi dalam gendongan Siti Masitah berkata dengan izin Allah.

"Allahhu Akbar!" teriak Siti Masitah lalu terjun bersama dua orang anaknya ke dalam kuali besar berisi minyak mendidih itu.

Rakyat Mesir yang hadir melihat kejadian itu terhenti nafas seketika melihat keimanan Siti Masitah dan dua orang anaknya yang rela berkorban demi mempertahankan kebenaran agama Allah. Tiba-tiba mereka tercium bau wangian harum keluar dari periuk besar berisi minyak mendidih itu apabila Siti Masitah dan dua orang anaknya menghembuskan nafas terakhir di dalam minyak mendidih itu.

Keteguhan iman Siti Masitah sekeluarga tidak disembunyikan daripada pengetahuan Firaun. Mereka berterus terang dan mendapat hukuman Firaun kerana mengejar cinta Allah yang lebih agung dan yang lebih dirindui.


Potret Makkah Akan Datang:Menghapuskan Jejak Rasulullah s.a.w?






Apakah akan hilang jejak dan bangunan bersejarah tinggalan zaman Rasulullah s.a.w dan para saahabat dengan pembangunan tanpa henti di Mekkah kelak?Kelihatan seperti memudahkan urusan paraq jemaah tetapi tidak perlulah mengubah 100% lanskap Makkah kerana kelak anak cucu pewaris Islam tidak mengenali Makkah sebagai tempat penuh kesusahan dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh nabi dan sahabat dalam menyebarkan syiar Islam.Yang akan mereka lihat hanyalah kemewahan dan kesenangan serta teknologi di tanah suci pertama umat Islam ini.Tiada lagi penghayatan kepada perjuangan Islam terdahulu...

Salah Siapa Apabila Ini Berlaku???


Apalah nak jadik dengan budak-budak sekolah zaman sekarang yer.Itulah akibatnya apabila tanggungjawab mendidik anak diberikan kepada bibik.Akhirnya anak tidak dapat membezakan kasih sayang antara ibu dan bibik mereka.Tak mustahil lah jika ada anak kecil lebih selesa bersama bibik berbanding ibu mereka.Ada baik buruk mendapatkan bibik.Fikir-fikirkan...

5 Ayat Tackle Lapuk


1. Hai, boleh berkenalan?

Selalunya digunakan bila kita berjalan-jalan di pusat beli belah atau bertembung sekumpulan jejaka nakal. Kalau sudah berjumpa di tempat awam macam itu dan kita langsung tidak kenal dia, jangan haraplah hendak berkenalan. Lagipun, kita tahu mereka cuma main-main!


2. Larilah laju sikit!

Biasanya apabila kita sedang beriadah atau joging di taman, ayat inilah yang diajukan. Taktik yang sangat menjengkelkan - sudahlah suruh orang lari laju-laju, dia pula melepak tepi bangku sambil menghisap rokok. Tolonglah!

3. Hai, boleh tak I minta nombor you?

Sering berlaku di majlis keramaian dan kalau lelaki bertanyakan nombor telefon tidak sampai 10 minit selepas berkenalan, nampak sangat dia terdesak! Lebih elok jika dia beri calling card. Kalau hendak juga menghubungi kita, sebagai permulaan saya fikir e-mel paling sesuai.


4. Hai, kawan saya di sana itu kata awak cun!

Selalunya di parti atau majlis sosial. Kalau seseorang lelaki hantar kawan sebagai wakil, saya rasa kurang kagum. Kalau hendak, datanglah sendiri.


5. Pheeeewit...pheeewit! Hai kak ngah, kak long, Zizah, Yati!

Pelik lelaki yang suka bersiul di depan wanita, macamlah kita ini anak kucing. Ini contoh lelaki yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati wanita. Pangkah habis-habis!
Barang siapa ada ayat yang lain leh postkan..Ini sahaja yang biasa dijumpai

Kurang Ajar!!!


Kurang Ajar !!

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.


“Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji” kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak… “Kurang ajar!!!”

“Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!” bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan…

“Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!”

“Celaka!!!” teriak pengunjung tadi.

“Tenang, Bawa tenang!” teriak hakim dengan keras.

“Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakanparang..!” kata hakim.

“Keparat!!!” teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
“Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!”

“Maaf.. Yang Arif…” pengunjung tadi berkata…
“Saya adalah jiran pesalah… sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan parang… dia selalu cakap… tidak ada!”

Kenali Hati dan Hakikat Cinta Lelaki


Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.


1.Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10.Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.


Siapa Sasterawan Kita?


Seorang Guru melihat Shima sedang mengantuk dan hampir tertidur di dalam kelas.. Kerana itu Guru tersebut segera memberi soalan kepada Shima.. 

Guru : Shima.. Siapa Sasterawan Kita? 
Shima : eh.. tidak tau cikgu... Bukan saya cikgu.. 
Guru : Cepat Shima.. katakan siapa Sasterawan kita? 
Shima : Sumpah cikgu.. bukan saya..! 


Kerana kesal.. Guru itu mengadukan hal tersebut kepada Dato Rahman.. bapa Shima.. yang merupakan seorang pemimpin yang paling ditakuti. Setibanya di sekolah, Dato Rahman berjumpa dengan anaknya Shima.. 

Ayah : Shima.. cepat katakan siapa Sasterawan kita 
Shima : Sungguh ayah.. saya tidak tau.. 

Dato Rahman marah.. dan terus menampar Shima.. 

Ayah : Cepat!.. jangan malu2... katakan.. siapa Sasterawan kita
Shima : Betul Ayah.. Bukan saya.. saya tak tahu (sambil menahan sakit) 

Dato Rahman memukul Shima hingga jatuh ke lantai.. Dan pukulan demi pukulan, bahkan tendangan... dan Shima Tetap menjawab..
"Saya tidak tau.. bukan Saya.." Melihat anaknya sudah setengah mati.. akhirnya Dato Rahman kembali berjumpa Guru Shima.. 

Guru : Bagaimana Dato?... 
Dato Rahman : Entahlah cikgu.. nampaknya memang bukan dia...!



Tarbiah PAS lembab, teruk !!!


PAS teruk system tarbiah…takde tarbiah..tarbiah hanya peringkat pimpinan…ahli tidak ditarbiah…solat jama’ah orang Pas pun bermasalah…ukhwah hampas…akhlak buruk…usrah takde…tamrin takde…qiyamullail jama’ie tak buat…mukhayyam pun tak buat…pimpinan tak thiqoh..ilmu kurang…pelapis takde…PAS MEMANG TERUK TARBIAH !!! “ “ Macam mana bercita-cita nak perintah Malaysia ?


“ Tengok jama’ah ni, bagus ! ada system tarbiah, tersusun, baik, sempurna, ahli baik-baik, orang-orangnya rajin membaca buku, cerdik pandai, akhlak bagus-bagus…”



Begitulah lebih kurang suara di balik pintu gerbang kampus menjerit marah. Ya, yakinlah bahawa mereka yang menginap di bangunan batu yang indah, dilengkapi aircond , hampir saban hari mengenal LCD dan laptop, setiap hari bertemu buku-buku hebat dan pelbagai pemikiran-pemikiran hebat itu, sebenarnya mereka adalah pasukan tentera yang cukup hebat dan tentera yang luar biasa yang mahukan ketuanya diluar lebih gagah dari mereka.


Namun, saya yang mungkin salah seorang generasi yang lembab, jahil tarbiah dan tidak melihat ke depan dengan lebih luas, ingin menjerit juga dengan lebih kuat sebagai pengumuman kepada orang-orang cerdik di bangunan-bangunan batu di tengah kota di mana-mana sahaja :


“ PAS adalah sebuah gerakan Islam ( Harakah Islamiah ) yang memegang dua tugasan besar iaitu dakwah dan siasah. Asalnya, ia bukan parti politik. Namun, atas kerana menyuarakan soal Negara, undang-undang, kehakiman, jinayah dan yang bersangkutan dengannya memerlukan kepada kekuasaan, maka PAS mendaftar menjadi parti politik. Islam tetap menjadi dasarnya. Maka ia disebut parti politik Islam. Namun, bagi sesiapa yang merasakan jalan untuk memulihkan Negara yang bersistemkan jahiliyah mustahil dapat dilakukan melalui politik yang alatnya demokrasi, silakan sahaja diikuti keyakinan anda itu kerana anda mempunyai ulama’ yang memberikan pandangan dan PAS juga mempunyai ulama’ yang diguna pakai ijtihad atau fatwanya “.


“ PAS tumbuh hasil kesedaran ulama’ yang berpendidikan di luar Negara dan alim ulama’ di dalam Negara juga. Ia tidak datang dari cetusan idea Pak Mat di warong kopi atau Mak Cik Minah penjual karipap “.


“ PAS adalah gerakan Islam. Sifat gerakan Islam adalah keanggotaan yang terbuka tanpa pengelasan-pengelasan tertentu. Namun, duduk tinggi dan rendah khasnya di dalam urusan kepimpinan gerakan Islam, itu sudah pasti memerlukan penelitian kepada tahap-tahap atau criteria khusus agar pergerakannya nanti menjadi lancar kerana dipandu oleh orang yang faham apa itu gerakan Islam dan apa itu peranannya .“


“ Maka, di dalam PAS ada ulama’, intelektual atau ahli akademik, pensyarah, guru, pegawai kerajaan, polis, tentera, artis, pemandu lori, pengutip botol dan tin, penjual surat khabar, penjual kicap dan budu, nelayan, tukang pomen, penembak kijang dan rusa, pengutip kulat dan cendawan, penanam pisang dan jagung, pak cik yang berhenti sekolah ketika darjah 6, mak cik yang sempat masuk Tadika kemudian berhenti kerana tiada duit, budak muda lepak simpang jalan dan segala macam “


“ Bagi golongan yang cerdik pandai, alim, mungkin mereka memahami bahawa intima’ bersama PAS bukan sekadar untuk melawan UMNO yang rakus dan zalim memerintah Negara, tetapi lebih dari itu, intima’ ini adalah tuntutan Allah dan RasulNya agar bersama didalam perjuangan Islam. Namun, anda dan saya tidak boleh menafikan bahawa di dalam PAS juga adanya mereka yang intima’ kerana ingin melawan UMNO semata-mata, marahkan minyak naik, marahkan ISA, marahkn Najib, bencikan TOL dan seumpamanya. Mereka ini adalah orang yang memang tidak tahu atau tidak mengambil tahu apa sebenarnya fungsi gerakan Islam. Ya, itu kelemahan semua pihak dan perlu diperbaiki oleh orang-orang yang sedar. Tetapi, jangan anda nafikan juga, membenci kezaliman UMNO yang mengekalkan ISA, mendera rakyat dengan TOL yang tidak henti-henti..itu juga sebahagian dari tuntutan yang perlu diperjuangkan oleh Gerakan Islam “


“ Jika anda mengatakan bahawa PAS tiada tarbiah, itu jelas pembohongan. Jika anda mengatakan system tarbiah PAS lemah, itu benar dan jika anda mengatakan, tarbiah tidak sampai kepada keseluruhan ahli dibawah, itu juga benar. Namun, mengatakan PAS tidak mementingkan tarbiah dan tiada usaha menyampaikan tarbiah sehingga ke akar umbi ( ahli bawahan ), anda tersilap perhitungan.”


“ Saya juga mencadangkan anda yang cerdik pandai dan lumat serta ‘faqihan jiddan’ di dalam tarbiah di kampus agar bermesyuarat dan lakukan acara ‘SWOT’ yang hebat yang anda kuasai pelaksanaanya, bincangkan satu plan tarbiah yang sangat sistematik kepada PAS yang boleh sampai kepada ahli bawahan, senaraikan naqib-naqib pemuda di setiap cawangan yang boleh membawa silibus usrah anda, rencanakan program qyamullail yang praktis untuk setiap kawasan, jangan lupa program tamrin, mukhayyam, symposium nuqaba’ dan semua yang berunsur tarbiah. Setelah siap, anda ajukan kepada PAS di peringkat negeri atau terus ke unit tarbiah Pusat “.


“ Saya berkeyakinan, masih ada ruang untuk anda menyalurkan idea. Terlalu banyak pintu untuk anda masuk jika pintu pertama ditutup atau ada tuan rumah yang malas menjemput anda masuk. Keduanya, bila masuk rumah orang, perlulah fahami tuan rumah tersebut. Jika meluncur laju, mungkin kena halau dengan tuan rumah. Sebab, tuan rumah itu tidak semua ditarbiah di kampus macam anda “


“ Jangan menilai dan membuat keputusan tentang PAS semahu-mahunya, sekiranya anda hanya pemerhati jarak jauh sahaja yang tidak bersama menyelami PAS. Jika anda tidak turun ke masyarakat kampung, jangan anda membuat andaian-andaian seperti tarbiah anda di kampus. Jangan anda baru mengenal seorang dua pimpinan PAS dan anda melakukan program keluarga angkat ke tengah masyarakat, anda sudah mengaku “aku sudah bersama masyarakat”. Aku kenal dah PAS”


“ Jika anda seorang pengkritik tarbiah PAS yang baik, tetapi pulang ke kampung, muka anda pun tidak nampak solat jama’ah di masjid, ketua cawangan dan YDP Kawasan anda pun anda tidak kenal, cukuplah berteori dari gerbang kampus. Jika pimpinan Pemuda ditempat anda pun anda tidak kenal, kemudian anda pulang ke kampung terperap dirumah menunggu orang PAS mencari anda atau kad jemputan rasmi dipos ke rumah, buanglah jauh-jauh mimpi anda untuk perkasakan tarbiah PAS.”


“ jika anda berharap orang PAS yang mula mengenali anda dan bukan anda yang memperkenalkan diri, anda juga sebenarnya sedang melakukan kesilapan. Apakah anda ingat dengan mendiamkan diri di rumah atau ke program PAS bersembunyi-sembunyi, orang PAS kenal anda pimpinan mahasiswa di kampus? Atau anda beranggapan ketua cawangan anda selalu buka website gerakan mahasiswa kampus dan kenal anda ? atau anda merasakan bahawa memperkenalkan diri sebagai mahasiswa, ikut usrah, naqib usrah dan segala-galanya di kampus, menyebabkan penyakit riya’ yang perlu dihindari ? Sohih, anda tidak faham apa itu riya’ dan bila boleh memperkenalkan diri “


Akhir , jika semua masalah ini pun masih membaluti diri anda, akurlah dengan kelebihan dan kekurangan PAS. Kelebihan, gagahkan lagi, kekurangan, tambah baik segera sedaya upaya anda dalam lingkungan kemampuan anda sebagai mahasiswa. Jika tidak, jangan hanya pandai mengusulkan teori itu dan ini, pemikiran orang itu dan orang ini.
DIPETIK DARI SUARA ANAK MUDA

Kisah Seorang Wanita Dengan Nabi Musa a.s

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. 

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata, 

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." 

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.

"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. 

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,

"Saya ......telah berzina." 

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,

"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik
lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. 

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. 

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu.
Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? 

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? 

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. 

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. 

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.