Salam ukhwah fillah dan salam sejahtera...
Memandangkan diri ini salah seorang pelajar UNITEN dan diberi hak untuk memberi pendapat dalam mengimarahkan UNITENKINI,maka ada sesuatu yang mahu aku kongsikan dengan sahabat sekalian.Setuju atau tidak itu pendapat masing-masing.
Untuk pengetahuan kalian,aku pernah bekerja rapat dengan pihak pengurusan keselamatan UNITEN apabila aku dan persatuanku menjalankan suatu kerjasama yang perlu ku rahsiakan untuk kebaikan agama Islam di UNITEN.Sebagai AJK Tertinggi program tersebut,aku sering dipanggil bermesyuarat bersama pihak keselamatan UNITEN untuk membincangkan gerak kerja untuk operasi kami.
Pihak yang kami membuat rundingan ialah Penyelia Keselamatan UNITEN dan namanya perlu dirahsiakan.Sejak dari saat itu aku tahu kenapa pihak keselamatan UNITEN tidak mengambil berat soal keselamatan di UNITEN.Apakah sebab musabab utama yang dia hujahkan?Sudah tentu perniagaan.Beliau berkata UNITEN adalah IPTS dimana UNITEN berkonsepkan perniagaan.Maka pelajarnya adalah aset penting universiti kerana merekalah pelanggan.Majikan pihak keselamatan UNITEN ialah UNITEN sendiri.Dan pelanggan UNITEN ialah pelajar UNITEN sendiri.Disini kelihatan siapa yang lebih tinggi dalam kedudukan di UNITEN.Pelajar UNITEN tertinggi kerana kuasanya sebagai pelanggan diikuti pengurusan UNITEN dan syarikat keselamatan yang diberi tender oleh UNITEN adalah Security UNITEN itu sendiri.Maka kesimpulannya,Security UNITEN dibawah pelajar itu sendiri.
Ini memang fakta.Penyelia terbabit mengatakan bahawa,jika pihak keselamatan UNITEN mengetatkan tahap keselamatan di dua pintu masuk utama,maka akan berlaku konflik yang berpanjangan.Pelajar UNITEN dan ibubapa mereka akan memikirkan kesusahan kerana tahap disiplin yang terlalu tinggi.Ini akan menyebabkan kurang minat pelajar UNITEN mahu memasuki UNITEN pada tahun yang akan datang kerana kelihatan seperti di IPTA.Mindset mereka mengatakan IPTS adalah bebas dan merekalah yang berkuasa dalam banyak hal kerana duit mereka memberikan sumber rezeki kepada pihak UNITEN itu sendiri.
Pelajar yang memasuki UNITEN bukan calang-calang orang.Beliau ada menyatakan,konflik UNITEN dan pelajarnya ada juga berlaku dimana ada juga dibawa kepada tribunal pengguna.Ini memburukkan nama UNITEN.Dalam hal ini tidak diketahui salah siapa tetapi kadang-kadang pelajar UNITEN yang bersalah tidak mahu mengaku kesalahannya dan membawa sesuatu perkara yang boleh diselesaikan hanay di meja rundingan.Tak perlu dibawa hingga ke mahkamah tribunal pengguna.Last-last ianya diselesaikan di luar juga kerana kes yang dibawa oleh pelajar tersebut tidak kukuh.
Mengenai kecurian di UNITEN,memang menggila dan semakin menjadi-jadi.Terbaru ada motor 125z kawan yang lesap disambar orang walaupun dikunci dengan mangga.Bulan lepas kereta Honda yang diletakkan di perkarangan parking COE juga dicuri orang dan Security perasan masa kereta tersebut dibawa keluar UNITEN iaitu kira-kira 15 minit selepas pelajar yang memiliki kereta itu masuk ke kuliah.Apa tindakan Security dalam hal ini?Hanya memandang sepi?Terbaru lagi,berlaku pula kisah seorang pelajar UNITEN lelaki membawa pelajar perempuan ke AMANAH!Security di AMANAH sangat teruk berbanding di Cendi namun di Cendi pun kes kehilangan barangan elektronik tak pernah surut.Tapi kontra akan berlaku pula apabila kempen keselamatan dijalankan di AMANAH,dimana pelajar Asasi dan Tahun Pertama UNITEN yang membawa kereta tanpa sticker akan memaki hamun Security yang hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak atasan.Bila kereta dan motor hilang kerana tiada pengawasan Security,pihak ini juga dipersalahkan.Maka Security UNITEN menjadi 'bahan' antara dua pihak iaitu pelajar UNITEN dan pengurusan UNITEN.
Hal kedua yang mahu dikongsi bersama ialah,adakah kita memerlukan Pro-Asprirasi dan Pro-M di UNITEN menjelang pilihanraya MPP kelak?Aku sendiri berpendapatan kita memerlukan dua kelompok yang berlainan ideologi ini namun banyak kekangan akan dihadapi antaranya:
Admin Destinasimu.blogspot dan Penalis Unitenkini...

- Ianya akan dicantas oleh HEP kerana beranggapan pelajar bermain politik di kampus.Ada yang sokong kerajaan dan sokong pembangkang.
- Pelajar UNITEN yang ramainya lemau yang hanya tahu belajar sahaja tanpa mengaktifkan diri dengan kepimpinan.Namun keputusan peperiksaan majoritinya tidak pun gempak.
- Pelajar UNITEN berbeza dengan pelajar IPTA.IPTA adalah terpilih namun syarat memasuki UNITEN rendah berbanding IPTA.Maka kualiti yang memasuki UNITEN tidak sebaik IPTA.
- Kempen pilihanraya MPP UNITEN disponsor oleh siapa?Pelajar atau UNITEN?Yuran pengajian UNITEN yang mahal membantutkan minat pelajar menceburi bidang kepimpinan kerana mereka tidak mahu merugikan duit yuran yang mahal dengan tidak skor dalam pengajian.Maka dipinggirkan kepimpinan.
- Lebih ramai yang mengutuk MPP dari yang mahu membantu mereka dari belakang.Benda yang baik tak pernah dihargai namun yang buruk senantiasa diingati.Itu lumrah kehidupan manusia.
Admin Destinasimu.blogspot dan Penalis Unitenkini...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan