MELBOURNE 4 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyanjung tinggi peranan yang dimainkan oleh industri perfileman dalam mendidik manusia. Dalam mesejnya sempena Festival Filem Malaysia-Australia yang bermula di sini malam ini, Najib berkata “filem adalah media yang menarik bagi memberikan kehidupan kepada cerita dan imaginasi”. “Tetapi apa yang lebih penting ialah ia merupakan cara terbaik dalam mendidik manusia mengenai kepelbagaian tempat, budaya, gaya hidup dan nilai-nilai daripada pelbagai masyarakat di seluruh pelosok dunia,” katanya. “Melalui filem, kita dapat mempelajari lebih banyak mengenai sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain dan dan adalah diharapkan ini akan membawa kepada hubungan yang lebih kukuh dan saling faham memahami antara satu sama lain,” katanya. Najib berharap festival filem ini “ akan menjadi satu cara yang hebat bagi bertukat-tukar pengetahuan dan idea mengenai kreativiti, teknik dan trend dalam seni pembuatan filem yang semakin canggih”. - Bernama
________________________________________________________
Salam ukhwah fillah...
Apa yang kalian rasakan apabila membaca keratan akhbar dari Utusan Malaysia di atas?Mungkin ada yang tak merasa apa-apa dan mungkin juga ada yang merasakan bahawa ianya adalah pujian terhadap pengusaha filem antarabangsa.Bagi aku pula,ia adalah pujian yang tak sepatutnya diberikan oleh pemimpin yang beragama Islam.Mengapa?
Benarkah filem antarabangsa mahupun filem tempatan membawa satu nilai moral yang baik kepada kehidupan masyarakatnya?Jika adapun ianya sangat sedikit dan jika adapun,ianya tidak sepopular seperti filem yang mencanak tinggi hasil kutipan filemnya.Lihat sahaja apa yang berlaku pada filem Syukur 21 mahupun filem yang berorientasikan agama untuk mendidik masyarakat ke arah yang baik,semuanya tenggelam popularitinya dan hanya segelintir mengetahui akan keuwujudannya.
Namun sebaliknya berlaku pada filem yang berunsurkan seks,ganas dan adegan jenayah yang sememangnya dijadikan sajian kepada kehidupan kita saban hari."Evolution KL Drift","Bohsia","Rempit" dan sekutu dengannya memang benar-benar mempamerkan kerosakan akhlak muda mudi kini.Jika pengarahnya dengan lantang mengatakan jalan cerita yang disampaikan adalah untuk memberi peringatan kepada penonton akan masalah sosial sekarang,namun yang pastinya cara penyampaian itu salah.Lihat sahaja dalam filem-filem tersebut, dipertontonkan wanita melayu seksi yang berpegangan tangan tak sudah seperti pasangan barat.Malah kadang-kadang filem ini lebih kebaratan dari industri filem barat itu sendiri.Apa sudah jadi?
Itu belum lagi adegan filem barat yang memang terang-terangan menggugat iman serta merosakkan institusi kekeluargaan di Malaysia serta di seluruh dunia.Kehidupan bebas tanpa ada batasan agama serta adegan bunuh membunuh,peperangan serta perang psikologi dalam memerangi pengganas yang kebanyakkan difokuskan kepada Islam semata-mata telah menanamkan dalam pemikiran penontonnya akan aliran ajaran agama baru yang cuba dibawa oleh anasir-anasir luar seperti Yahudi dan Freemason.Tidak sedarkah kita?
Filem yang terdapat dipasaran amat sukar didapati kandungannya yang membawa kepada keamanan.Filem mega iaitu "2012" yang bakal ditayangkan kelak boleh memesongkan akidah umat Islam dengan menggambarkan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun tersebut.Jika Muhammad s.a.w sendiri iaitu makhluk Allah yang paling rapat,kanan dan dicintaiNya juga tidak mengetahui bilakah kiamat,maka bagaimana tangan-tangan kotor barat menafsirkan kiamat berlaku 3 tahun dari sekarang?Mempercayai tilikan adalah salah satu dari perkara yang membatalkan iman kerana ianya adalah syirik!
Sedih benar apabila untuk menjaga hati rakan sejawat dari luar negara,pemimpin kita memuji industri filem antarabangsa tanpa memikirkan kesan buruk yang dibawa dalam filem yang disampaikan.Bahkan seperti menggalakkan lagi rakyat seperti kita melariskan jualan filem luar dan tempatan tanpa memeriksa maksud tersirat kandungan filem itu yang mahu disampaikan. Sampai bila kita perlu memiliki pemimpin Islam yang begitu liberal seperti ini yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah jauh dari jalan pimpinannya?Fikirlah sendiri,carilah destinasimu yang hakiki berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah..Wallahua'lam...-Destinasimu
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan