Manusia yang mempunyai perasaan pasti dan pasti pernah jatuh cinta mahupun sedang jatuh cinta. Ada yang cuba mengelakkan dari dimalukan,dikecewakan dalam percintaan,bergelora hati terkenangkan si dia dan sebagainya.
Perkara ini mungkin nampak peil bagi yang masih belum merasai cinta.Namun bagi yang pertama kali jatuh cinta,tak semuanya berjaya dalam meluahkan perasaan mereka kepada insan yang berjaya menawan hatimu.Begitu juga yang beberapa kali gagal dalam perhubungan cinta,tak semestinya cinta kedua ketiga dan sebagainya membawa kejayaan kepada kalian ketika mahu meluahkan perasaan kepada si dia.Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh dilakukan dan diamalkan ketika menghadapi situasi sedemikian:
RANCANG DENGAN MATANG: Percintaan bukanlah perkara yang main-main.Ianya melibatkan hati.Pastikan kita mempunyai sebab kenapa menyintainya adakah semata-mata kerana paras rupa yang sementara ataupun kerana agama dan akhlaknya?Mereka yang merancang sebelum meluahkan perasaan,amat perlu mengetahui masa dan keadaan yang sesuai serta bertindak matang ketika meluahkannya iaitu jangan melulu dan kolot.
KENALI SI DIA DENGAN BAIK: Bahayanya cinta pandang pertama ialah kita tidak begitu mengenali siapa gerangan tuan empuanya badan.Maka perlulah melalui sahabat atau kenalan si dia,kita mengetahui latar belakang keluarganya,taraf pendidikan dan akhlaknya.Mengetahui namanya,keluarganya sedang kesukaannya mungkin menjadi suatu kelebihan untuk kita mendekatinya dirinya dengan cara yang baik dan membuatkan dia teruja mengetahui akan kita mengambil berat terhadapnya. Hal ini penting agar kita tidak kecewa di saat melafazkan rsa cinta kepadanya.Jika kita yakin diterima,maka luahkan kepadanya setelah mengetahui dia tidak berpunya iaitu bukan tunangan orang lain dan bukan zaujah orang lain.
UNGKAPKAN CINTA DENGAN SESUATU: Ungkapkan cinta tidak semestinya dengan kata-kata indah namun boleh diselitkan dengan sesuatu yang menggembirakan hatinya seperti bunga,kad,kek mahupun pertolongan ikhlas di saat dia mengalami kesukaran hidup.Untuk lelaki,berikan cincin ,kad dan hadiah kesetiaan dan kejujuran dan bagi wanita pula,berikan pada jejaka kesayanganmu dengan kata-kata serta senyuman yang sudah cukup menggembirakan si laki itu.
CARI WAKTU DAN KEADAAN YANG ROMANTIS: Jangan mengungkap cinta ketika dia bersedih mahupun sibuk dengan kerja,belajar ataupun baru bangkit dari tidur.Carilah masa yang sesuai seperti ketika mana dia gembira dan berlapang dada untuk berbual dengan anda.Jangan terus meluahkan perasaan padanya.Bukalah cerita yang menarik untuk dibualkan dan apabila mengetahui dia seronok berbual,maka carilah titik permulaan untuk meluahkan perasaan kepadanya.
UNGKAPKAN CINTA SECARA LANGSUNG: Wanita suka lelaki yang berani dengan mengungkap kata cinta secara terus melalui mulut dihadapannya walaupun pada waktu itu mungkin si wanita seperti malu-malu ataupun tidak memberi respons yang baik kerana wanita sinonim dengan sifat malunya.Bagi lelaki pula,wanita yang ungkapkan terus rasa cinta boleh menimbulkan rasa egonya.Maka lebih baik wanita menggunakan orang tengah untuk meluahkannya.
JIKA BERANI,UMUMKAN DI HADAPAN UMUM: Cara ini adalah cara berani mati.Jika berjaya,pasangan akan berasa si dia sangat serius dengannya dan memang benar-benar mahu dirinya sebagai buah hatinya.Namun perlu tebalkan muka anda!
SIAPKAN MENTAL: Kebanyakkan orang lupa akan persediaan mental.Apabila mahu meluahkan,pastikan tidak tergagap atau tersasul atau mengubah topik lain ketika saat yang amat sesuai untuk melafazkannya.Pastikan tenang dan redha dengan apa yang berlaku kerana jika dia bukan jodoh kita,tuhan sudah sediakan yang lebih baik buat kita.
DOA SEBELUM MENGUNGKAP KATA CINTA PADANYA: Ada menganggapnya remeh.Namun setiap pengharapan dan usaha kita tidak berguna jika tidak mengharapkan pertolongan Allah S.W.T.Berserah diri kepadaNya dan berdoa agar Allah lembutkan hatinya untuk dijadikan pasangan hidup kita kelak.InsyaAllah.
SEMOGA BERJAYA!!!
4 Kesan Parut:
camne ngan cinta cyber skrg yang menjadi2? minta ulas
InsyaAllah saya akan ulas kelak... maaf kerana tiada kelapangan kini.perlu mencari idea...
artikel yang menarik...boleh tak saya copy artikel ini?
Silakan....
Catat Ulasan