Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Kisah Pertemuan Dengan Mereka Ini...


Setiap orang akan mengingati bagaimana titik pertemuan persahabatan itu berlaku.Jika mereka hanya kawan anda,maka ianya bukan satu kenangan indah ketika berkenalan dengannya,bersama dengannya dan hidup bersamanya.Namun jika dia kamu anggap sebagai seorang sahabat,maka titik pertemuan akan kita ingati sampai bila-bila,saat manis tinggal bersamanya,dikongsi masalah peribadi antara kamu dan dia dan sebagainya.

Ketika pertama kali menjejak kaki ke UNITEN,aku hanya mengenali beberapa kenalan yang sudah tentu senasib denganku ketika di GMI seperti Hafiz(Roy),Pijoe(Hafizul),Nik Faiz dab beberapa kawan yang lain.Kegagalan kami bukan menandakan kegagalan kami selamanya.

Kini setelah menghampiri 3 tahun ku di UNITEN,sudah ku kumpulakan puluhan kawan dan dozenan sahabat.Dari yang berumur semuda 18 tahun hinggalah yang berumur 27 tahun.Untuk entri "Kisah Pertemuan Dengan Mereka Ini",aku khabarkan saat yang masih ku ingati bagaimana aku mengenali mereka yang ku anggap sebagai sahabat dunia akhirat insyaAllah:

  1. Abdul Hakim bin Adzman:Masih ku ingat,dalam kuliah Bahasa Melayu Korporat,ketika mana sem pertama tahun pertama pengajian ku di UNITEN.Ku duduk di meja tepi dan kemudian dia datang duduk di kerusi selang satu dari meja ku tadi.Seusai pensyarah mengumumkan tugasan kumpulan dalam Ujian Lisan,aku tergesa-gesa mencari rakan kumpulan dan secara tidak sengaja ku menjemput Hakim menjadi rakan sekumpulan denganku.Dari situ titik kerjasama antara kami.Tajuk forum kumpulan kami adalah berkaitan dengan industri automotif.Dan aku masih ingat lagi,sejak itu juga aku mula berjinak mengenalinya hinggalah kami menjadi rakan serumah selama 1 1/2 tahun sehingga Jun 2009 sebelum dia tinggal bersama keluarganya di Seksyen 9 BB Bangi.
  2. Adli Ariff bin Che Hamid: Melalui Hakim yang tinggal serumah dengannya,aku mula mengenali Adli.Seorang pendiam sesuai dengan wataknya sebagai Perfect Melancholic.Mengenalinya setelah pertama kali melawat rumah Hakim di Amanah semasa kami masih tinggal di asrama.Tinggal bersebelahan bilik Hakim,dia juga menjadi rakan serumah sewa kami sehinggalah sekarang.
  3. Muhammad Nazmie bin Abd Razak:Seorang yang cerdas dan pintar.Sebatch dengan ku ketika berorientasi sesi Jun/Julai 2007.Dulu aku pernah mendengar cakap belakang kawan dari batch FD yang Nazmie seorang yang pendiam dan suka buat kerja bersendirian tanpa bersosial dengan orang lain.Setelah menjadi rakan serumah untuk Julai 2008,baru ku memahami sebalik apa yang diperkatakan oleh mereka.Dia bukan menyendiri diri tetapi menjaga dirinya dari yang tak baik.Berkata bila perlu dan melakukan sesuatu perkara dengan penuh tekun selain seorang yang berwawasan tinggi.
  4. Abdul Syakur bin Mohd Zamani:Kelakar dan seperti seorang ayah.Mengenalinya di dalam kereta Honda City milik ayah Hakim apabila perjalanan malam kami menuju ke Taman Negara Pahang.Disitu pertama kalinya ku mengenalinya apabila beliau menjadi pemandu serta rakan se xpdc kami ke TN Pahang.Baru menjadi ahli keluarga rumah sewa kami pada Jun 2009 dan sanggup tinggal bersama kami walaupun rumahnya berdekatan dengan UNITEN.Seorang yang main-main ketika melakukan tugasan namun tugasan yang diberikan mampu dilunaskan mengikut waktu yang ditetapkan.
  5. Wan Baihaqi:Mengenalinya ketika menjadi pimpinan PPI sesi 2008/2009..Agak kekok pada mulanya untuk bertaaruf dengannya namun setelah mengetahui beliau seorang yang kelakar,mudah untuk ku dekati.Orangnya kecil dan cimel-comel gitu.Seorang yang bergurau senda ketika dalam perbualannya.Menjaga tingkah lakunya dan layak menjadi Presiden PPI 2009/2010 yang baru ini.
  6. Ismail - Merupakan pangkat abang bagiku kerana sudah menjangkau umur 24 tahun.Namun aku tak memanggilnya abang tapi sebagai Mail bukannya mail (surat).Raut wajahnya tenang dan menggoda untuk ramai wanita di luar sana.HeHeHe.Merupakan juga Naqib ku untuk kumpulan Usrah 2008/2009.Kini menyepi dariku kerana sibuk dengan usrah barunya.Jangan marah.

Setakat ini sahaja penulisanku mengenai memori perkenalan dengan mereka-mereka ini yang bersahabat dengan ku.InsyaAllah lanjutan dari entri akan dipostkan seusai masa sibuk ku.Salam ukhwah...

2 Kesan Parut:

waqarena berkata...

kenapa muhamad waqar hamman bin alias tiada? timbul persoalan di situ!!! waqar hamman bukan kawan faiz ke?
kenapa mr hamman tiada? apa yang dia buat pada encik faiz?
mr hamman is hurt...

waqarena berkata...

kenapa saya tiada???