Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Guru 220 Tahun Beribadat Ditipu Syaitan


Pada zaman dahulu ada seorang alim yang amat takut kepada Allah dan sangat warak. Dia mempunyai ramai anak murid yang belajar dengannya. Suatu hari,ada seorang lelaki (syaitan) berjumpa dengannya dan merayu supaya dia diterima sebagai anak murid.

Tetapi lelaki itu (syaitan) lebih alim daripada gurunya.Bayangkan,dia berpuasa selama 40 hari tanpa berbuka.Dia tidak pernah tidur tetapi sentiasa bersolat semalaman.Gurunya berasa takjub lalu menyoal dia apa rahsianya sehingga dia berupaya berbuat sedemikian.

Anak murid itu berkata,"Tuan Guru perlulah melakukan maksiat dahulu barulah beribadat,maka akan datang rasa takut kepada azab Allah."Anak murid itu tersenyum sendirian kerana rancangannya hampir berjaya.Gurunya menyoal lagi apakah maksiat yang boleh aku lakukan?

Dia menjawab engkau pilihlah samaada berzina,rogol,berjudi,membunuh atau minum arak. Dia meminta supaya gurunya meminum arak kerana ianya lebih mudah.Gurunya pun mengikutinya.Gurunya pun meminum arak.

Dalam keadaan mabuk,dia tidak tahu apa yang dia buat lalu dia pun bermain judi.Dia menang besar kerana syaitan telah menolongnya.Selepas itu,dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.Tiba-tiba seorang perempuan melintas di hadapannya.Oleh sebab mabuk,dia pun merogol perempuan itu.Seorang anak muridnya telah ternampak kejadian tersebut. Gurunya telah membunuhnya kerana takut diketahui orang lain.Syaitan amat seronok lalu pergi berjumpa dengannya.

Gurunya dengan ketakutan bertanya kepada syaitan bagaimana hendak bertaubat lalu syaitan menyuruh supaya gurunya menundukkan kepala kepadanya lalu diturutinya.Selepas menunduk kepala lalu dia pun mati...

0 Kesan Parut: