Salam ukhwah fillah...
Alhamdulillah perancanganku dimakbulkan Allah pada sabtu lepas.Setiap manusia ada rasa cintanya dan ada perancangannya untuk melanjutkan lagi sesi perkenalan dan seterusnya percintaan.Yang pemalu macam pokok semalu tidak mahu memberanikan diri memperkenalkan diri kepada keluarga empunya si gadis yang menambat hatinya.Mungkin belum tiba masanya lagi namun untuk memastikan siapa 'sahabat' yang mencuri hati anak gadis mereka,maka perlulah si lelaki itu berani seperti sambarnya seekor helang kepada seekor ular berbisa untuk dijadikan juadah makanannya.
Sabtu,3 Oktober,aku mengembara 150km menuju ke pekan Bahau Negeri Sembilan dengan menaiki kereta ayahku(pinjam sementara).Tolaknya pada jam 8.30am,pagi itu sungguh dingin dan indah sekali.Menyusuri Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Senawang,aku berhenti sebentar di GIANT Senawang membeli sedikit buah tangan buat orang yang bakal ku kunjungi. Perjalanan ku diteruskan namun kelajuan purata 100km.j yang dipanduku dibantutku dengan melalui laluan bukit putus yang benar-benar mencabar.Puratanya mencecah 50km/j sahaja ketika melalui laluan itu.
Ya laluan simpang di Kuala Pilah pernah aku lalui sebelum ini.Jika lebih setahun yang lalu aku membelok ke kanan menuju ke KM N9 untuk melunaskan projek Malaysian Studies ku ketika tahun pertama semester keduaku,kini aku membelok ke kiri menuju ke Bahau.Beberapa kali juga terbabasnya aku dari simpang yang sepatutnya aku lalui.Namun akhirnya ku sampai jua di rumah destinasi yang ku tujui.
Jam menunjukkan jam 11am.Dimuka pintu ku disambut gadis itu bersama ibunya yang masih memiliki raut indah seperti anaknya walaupun sudah berumur 55 tahun.Tidak kisahlah jika si dia pernah memberitahuku bahawa ibunya dahulu adalah gadis idaman jejaka Malaya tahun 70an.
Aku disambut girang oleh ibunya dan nenek saudaranya.Wan nama dipanggil untuk nenek saudaranya merupakan mak saudara kepada ibunya yang masih hidup dan sudah menjangkau umur menghampiri 80-an.Mendengar cerita anaknya yang sudah duduk berjauhan menjadikan ikhtibar diriku bahawa itulah putaran hidup masa kini.Anak-anak yang sudah berkeluarga mahupun bekerja sukar mahu hidup bersama ibu bapanya yang sudah senja.Mungkin perkara ini berlaku pada diriku kelak.Namun ku mohon terus menjadi anak yang soleh menjaga mereka hingga saat akhir mereka melihat dunia ini.
Aku dijamu makanan terkenal orang Nogori Sembelian iaitu Masal Lemak Ayam Cili Api yang merupakan salah satu dari makanan kegemaranku!Waa...ini bukan calang-calang orang yang memasaknya.Ibunya anak watan Negeri Sembilan dan memang seorang yang pandai dalam hal-hal kerja dapur!Baunya yang harum dan warnanya yang menguning bagaikan kuningnya kertas kuning.Aku dijamu bersama kobis goreng kicap dan ianya benar-benar membuka seleraku untuk juadah tengah hari itu.Habis pelbagai topik yang dibualkan dan kemuncaknya adalah topik berkenaan masa depanku dan anak gadisnya.Perancangan telah dilakukan dan kata putus akan diberitakan pada penghujung bulan November kelak apabila akan ada pertemuan antara diriku dengan ayahnya si gadis tersebut kelak bersama abang sulungnya yang ketika itu insyaAllah baru kembali dari Mesir.
Menambat hati bakal ibu mertuaku (amin) adalah strategi rapi perlu aku lakukan.Aku berlapang dada menemani ibunya dan si dia ke rumah terbuka kenalan ibunya di Pekan Bahau.Disitu, ibunya menyedari akan makanan sukaan ku iaitu kek puding!HeHeHe.Ibunya berkata padaku "InsyaAllah Faiz nanti ibu tempah kek puding ini tahun hadapan untuk majlis tersebut".Tersenyum sipu-sipu aku dibuatnya.Terima kasih makcik.
Ku terus menerus menemani pasangan anak-beranak yang bakal menjadi sebahagian keluargaku kelak membeli keperluan harian di Billion Bahau.Seperti sudah bernikah pula.Namun realitinya belum.Ia memangkinkan diriku untuk menghalalkan secepat mungkin hubungan ini agar aku dapat memanggilnya sebagai ibuku yang kedua dalam hidupku.
Jam menunjukkan jam 5pm.Aku bergegas pulang ke KL.Namun sementara aku mahu menuju ke kereta,kelihatan sejak ketibaan ku tadi,halaman rumah ibunya kemas dengan rumput baru dipotong.Apabila ibunya berkata "Tahu Faiz nak datang,makcik suruh saudara potongku rumput ni",membuatkan aku terharu.InsyaAllah makcik,saya sedang berusaha sekurang-kurangnya menanda anak makcik dalam tempoh kurang setengah tahun dari sekarang.
Inilah hari yang bahagia buat hidupku.Mengapa tidak aku jumpai sekali ayahnya?Kerana kedua ibubapa si gadis itu tidak mempunyai jodoh yang berkekalan namun tanggungjawab mereka terhadap kebajikan anak mereka masih mereka hulurkan. Bak kata orang,mahu tackle anaknya kena tackle ibunya.Mungkin aku hampir berjaya menambat hari ibu si dia dan sebelum masa itu tiba,aku akan berjumpa pula dengan ayahnya yang tinggal hanya 30 minit perjalanan menaiki kereta dari rumah ibunya itu.Ya Allah permudahkan urusan ku untuk mendirikan Masjid... Panjangkanlah hubungan kami hingga ke jinjang pelamin kelak.Amin!!!
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan