Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

78 Sudu dan Garfu Dalam Perut!!!


AMSTERDAM – Seorang wanita Belanda, Margaret Daalman menelan sebanyak 78 sudu dan garpu kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada memakannya, lapor sebuah akhbar semalam. Dia pergi ke sebuah hospital selepas mengadu perutnya sakit dan doktor yang membuat pemeriksaan X-ray berasa terkejut melihat banyak sudu dan garpu dalam perutnya. Wanita yang berumur 52 tahun itu kemudian dibedah dan semua sudu serta garpu tersebut telah dikeluarkan. Namun, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu dan gambar sudu dan garpu tersebut disiarkan buat pertama kali dalam sebuah majalah perubatan Belanda. Daalman memberitahu doktor: “Saya tidak mengetahui kenapa (saya menelannya) tetapi saya berasa mahu untuk memakannya. Saya tidak dapat membantu diri saya (untuk tidak menelannya).” – Agensi
MY_DeSTiNaTioN:"Apa lah nak jadi orang sekarang.Negara dah kaya raya tapi mentaliti terjerumus teruk ke pelusuk bawah tanah!Orang yang kebuluran di Afrika pun tak makan sudu!!!Itulah apabila nafsu melebihi akal yang waras!

0 Kesan Parut: