Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Rintihan Pelajar Untuk Didengari

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Kami pelajar UNITEN.Kami pelanggan kamu dan kami perlu juga melanggani UNITEN untuk pengajian kami.Kami penuhi tuntutan yuran pengajian kami yang anda tuntut dan kami juga mahu tuntut hak dan kesenangan kami.Kepuasan kami juga tanggungjawab anda.Tanpa kami,tiada kalian.

Ini adalah artikel kedua bagi tag "Suara UNITEN" dari buah fikiran aku untuk tempoh 2 hari.Di sini aku cuba bangkit beberapa isu yang sepatutnya pihak HEP UNITEN sudah mengambil langkah untuk menangani masalah ini.Antaranya:

1)Isu pengambilan tiket exam:Aku cadangkan pada pihak pengurusan UNITEN untuk melewatkan sedikit tempoh pengambilan tiket exam.Maksudnya,jika hari pertama final exam UNITEN yang jatuh pada tanggal 26/11/2009,tidak perlulah diambil 2 minggu awal sebelum tarikh pertama peperiksaan ini.Cuba dilewatkan sedikit kerana pertamanya ditakuti kehilangan tiket exam jika diambil terlalu awal dan keduanya menyebabkan ramai pelajar terganggu kerana minggu pengambilan tiket exam dipenuhi dengan ujian dan presentation project.

Cadangan:Dibawa tarikh pengambilan tiket lewat.Seperti ketika study week ataupun sebelumnya.Tidak 3-4 minggu sebelum final exam.Dicadangkan juga untuk mengelakkan kesesakan,buat jadual pengambilan tiket mengikut kursus.Hanya cadangan.

2)Isu tempat jalan kaki sekitar UNITEN:Mungkin perkara ini boleh dibawa oleh MPP yang baru untuk diamdbil kira keperluan pelajar UNITEN.Jika kita perasan,jika waktu hujan lebat,nyatakan laluan yang pasti kita pelajar COE tidak kena hujan untuk bergerak dari COE ke COE Foodcourt?Adapun berdekatan dengan surau COE itupun masih terkena hujan dan berlecak.

Cadangan:MPP atau HEP UNITEN bolehlah memikirkan untuk membuat laluan pejalan kaki berbumbung dari COE Foodcourt hingga ke surau.Tidakpun laluan berbumbung dari tangga meunuju ke COE foodcourt hingga ke pintu masuk di BL berdekatan dengan Lab MoM.Maksudnya full bukannya 'terkantoi' apabila merentasi tempat parking motor COE.Juga boleh dipertimbangkan membuat bumbung di tempat laluan antara surau COE dan tempat mengambil wuduk muslimin.Kalau hujan,kami ambil wuduk satu badan.HeHeHe.Dan tidak dilupakan,tempat menunggu bas depan COIT,tiada laluan pejalan kaki berbumbung.Jika hujan terpaksa meredah hujan untuk menuju ke bus stand tersebut.

3)Aircond COE:Bukanlah mahu membangkitkan bahawa COE tidak sesejuk COIT.Itu tak mengapa namun.Namun yang mahu diutarakan ialah,jika adalah kuliah mahupun kelas tambahan di COE BN/BM/BL pada jam 6pm onward,selalu sangat main aircond COE ditutup selepas jam 6pm mahupun jam 7pm.

Cadangan:Mungkin COE perlu memeriksa jadual kuliah di BN/BM dan BL dimana jika ada kuliah pada waktu berkenaan,maka perlulah dilanjutkan tempoh pengoperasian penghawa dingin.

4)Palang ada tapi tak berfungsi:Ini berkaitan dengan pintu masuk utama UNITEN.Aku mengetahui palang automatik pintu masuk Uniten tidak sehebat di tol kerana kadar efficiencynya tidak baik seperti kata penyelia keselamatan.Orang luar akan sesenang masuk ke UNITEN tanpa sebarang sebab.Bukan untuk menyusahkan pelajar namun untuk juga mendisiplin pelajar dengan membawa ID untuk memasuki UNITEN.Apabila touch pada pad palang,ianya akan terbuka seperti mana ketika mula-mula palang automatik itu diperkenalkan.

Cadangan:Mendapatkan bajet untuk menaik taraf palang tersebut agar tidak hanya menjadi perhiasan di UNITEN.Seperti menunjukkan UNITEN itu canggih namun sama seperti KLIUC malah mungkin KLIUC lebih baik.

5)Traffic Light di pintu masuk 1 UNITEN:Ini untuk kesenangan staff,lecturers dan pelajar UNITEN itu sendiri ketika waktu puncak.Kenderaan yang melalui jalan besar depan UNITEN adalah berkelajuan tinggi.Bahaya buat penunggang motor UNITEN.

Cadangan:Merujuk pada JKR untuk memasang lampu isyarat di hadapan pintu masuk 1 UNITEN.Lebih baik beroperasi pada waktu puncak sahaja iaitu jam 7.30am-9.30am dan jam 4.30pm-6.30pm.Mungkin boleh dibangkitkan isu ini oleh MPP baru.



6)Isu melihat nama pensyarah,section dan waktu kuliah sebelum Registration Subject Day:Memang kadang-kadang tak logik apabila sistem online UNITEN yang canggih tidak mampu memasukkan senarai nama pensyarah dan waktu kuliahnya ketika mana sampai waktu untuk hari pendaftaran subjek secara online.Lihat sahaja minggu ini,penuh orang bertapa di HEP.

Cadangan:Amat diharapkan masa akan datang,HEP dan ITMS boleh memasukkan secara online data nama pensyarah beserta waktu kuliahnya bukannya sekadar seksyen dan waktu kuliah tanpa nama lecturernya seperti mana yang berlaku sekarang.

Rasanya cukup dulu setakat ini.Jika sahabat sekalian ada tambahan sila nyatakan.Mahu juga sahabat-sahabat lain dari UNITEN mengetahuinya.


Admin Destinasimu.blogspot.com dan Penalis Unitenkini.blogspot.com...

0 Kesan Parut: