Salam Perjuangan....
Sedikit teguran untuk diri ini dan kepada sahabat yang lain;
Pemimpin dan dipimpin:
Aku tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Qayyim sebentar tadi iaitu,walaupun yang hadir dalam program Liqa' Mawabbah hanya 40 orang dari 100 lebih,namun 40 orang inilah akan memimpin baki yang tidak hadir.Ini berdasarkan teori 20% menjadi pemimpin dan 80% menjadi pengikut.Sungguh cantik penjelasan yang dilontarkan olehnya.
Dalam kita memimpin,kita perlukan sokongan dari pihak yang dibawah.Perlunya kita mendengar pendapat yang dilontarkan oleh bawahan kita.Walaupun kita mempunyai Main Power untuk membuat sesuatu keputusan,sesungguhnya kita bukanlah malaikat yang sempurna.Kita pasti akan lakukan kesilapan yang tak disangka-sangka.
Oleh itu,dengarlah pendapat orang dibawah dan terimalah jua pandangan dari mereka kerana tanpa batu asasnya tiada lah pucuknya pimpinan sesuatu organisasi itu.
Last Minutes:
Kita selalu dan sering mendengar frasa ini untuk belajar iaitu belajar last minit.Namun dalam sesebuah persatuan atau organisasi,ada juga pekerjaan last minit.Tak perlulah kita mahu berbangga dengan kerja last minit kerana kerja yang teratur yang mempunyai urutan dan tertib, adalah lebih baik dari pekerjaan yang last minit walapun pada kasarnya nampak cantik namun hakikatnya banyak kecacatan.
Dalam Islam,dititik beratkan disiplin dan tata tertib seperti urutan dalam solat dan mengambil wuduk.Jika tidak mengikut tertib maka tidak sah.Begitu juga dalam sesebuah aktiviti, pihak penganjur perlu ada flow program agar program tersebut nama cantik,tersusun dan dalam menggamit jiwa para peserta.Tidak kisahlah sesebuah persatuan itu baru atau lama,hal yang berkaitan dengan Biro Program adalah amat penting.Penting mengapa?Diperjelaskan dalam sub topik seterusnya.
1st Assumption:
Selain menarik minat orang ramai mendekati program berkaitan dengan dakwah islamiah,kita juga mahu mencari pelapis atau tidakpun menjadi peserta untuk program yang bakal kita anjurkan masa depan.Namun jika dalam sesebuah program yang pertama kali mereka sertai yang dianjurkan oleh kita,terlalu banyak kesilapan,ini akan membuatkan para peserta bosan dan tidak melihat pengurusan sesebuah persatuan itu baik dan pimpinan dalam persatuan itu tidak mengambil serius dalam melakukan sesebuah tugasan.Ini sedikit sebanyak mengurangkan minat mereka mendekati persatuan itu.Mungkin akan ada mengatakan,'target kita tak semua tapi sekurang-kurangnya ada yang mengambil ikhtibar'.Yang memang ada yang akan terkesan dengan pengisian tetapi sampai bila kita mahu memberi pengisian yang dapat didalami oleh majoriti peserta berbanding minoriti?Sampai bilakah?
Jika anggapan pertama mereka mengenai flow program yang berterabur dan tidak teratur, maka akan menjauhkan mereka dari program seperti ini dan akan lari ke program hiburan yang lebih teratur perjalanannya yang dijalankan oleh kelab di luar sana.Makin hilang seri dalam persatuan tersebut.Pengisian seperti menjadi tetapi perasaan mereka sejak mula mengikuti program tersebut iaitu bosan akan menjadi faktor yang membawa sikap ini hingga habis program.
Penyelesaian:
Duduklah bersama untuk memperbaikinya.Jika sering diadakan post-moterm namun yang sama juga diulangi masa akan datang,lebih baik tidak perlu diadakan post-moterm.Persatuan yang berteraskan dakwah Islamiyah dan kehidupan islamik tidak perlu mengasingkan terus dengan persatuan yang berlandaskan kehidupan dunia semata-mata.Mana yang baik dari kelab yang berlandaskan kehidupan dunia ini,ambillah seperti cara pengurusan dan cara mereka menyusun flow sesebuah program.Jika ini diambil perhatian,kelak program Islamiah akan menjadi favourite kelak di kalangan orang di luar sana kelak.Wallahua'lam....
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan