Kisah Dalam Al-Quran - Hati-Hati Dengan 'Maklumat Tambahan'
Apa maksud aku dengan 'maklumat tambahan'? Ia maklumat yang tidak ada di dalam Al-Quran tetapi 'dipasangkan' dengan kisah Al-Quran. Maka kelirulah sebahagian masyarakat kita lalu disangkanya 'maklumat tambahan' itu adalah 'Al-Quran' itu sendiri.Contoh?
Untuk meringkaskan cerita, kita ambil beberapa kisah dalam Al-Quran dan kita lihat bersama untuk membezakan antara 'fakta Al-Quran' dan 'maklumat tambahan'.
Kisah Nabi Yusuf...
-Seorang wanita, isteri seorang pembesar, menggoda Nabi Yusuf - fakta.
-Namanya Zulaikha, kisah dia jadi gila, kemudian disembuhkan dan kahwin dengan Nabi Yusuf - maklumat tambahan.
Kisah Nabi Daud...
-Dia membunuh panglima tentera kafir bernama Jalut - fakta.
-Nabi Daud pendek, kulit hitam, selalu sakit, dia bunuh Jalut dengan menggunakan lastik batu, tembus badan Jalut dan badan berpuluh ribu tenteranya - maklumat tambahan.
Kisah Nabi Ayyub...
-Nabi Ayyub sakit dan berdoa kepada Allah lalu disembuhkan - fakta.
-Badannya semuanya berulat kecuali hati dan lidahnya - maklumat tambahan.
Kisah Nabi Adam...
-Nabi Adam dan Hawwa' turun ke bumi dan meminta ampun di atas kesalahan yang dilakukan bersama - fakta.
-Nabi Adam turun di India, Hawwa' turun di Jeddah, bertemu kembali di Padang Arafah - maklumat tambahan.
Ini sekadar contoh. Apa yang ingin di ketengahkan?
1- Jangan sesekali bercampur aduk antara fakta dan maklumat tambahan.
2- Fakta adalah benar 100% kerana ia ada di dalam Al-QUran.
3- Cerita pula tidak dapat dipastikan sama ada benar atau salah. Mungkin ia benar, mungkin juga tidak. Ia perlukan penyelidikan.
4- Selalulah kita berdamping dengan Al-Quran dengan membaca terjemahannya dan membaca pula huraiannya. Barulah kita dapat mengenal pasti fakta yang ada di dalamnya.
5-Maklumat tambahan tentang kisah para nabi yang mencerminkan keburukan sifat nabi dan rasul seperti penyakit berulat,gemuk,pendek,hitam dan sebagainya diragui kerana Allah melantik Rasul dari kalangan mereka yang kuat imannya,sempurna fizikal dan mentalnya serta mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang utusannya.
1 Kesan Parut:
inilah yg dinamakan kisah2 israiliyyat atau kisah dongeng yg sngaja dtokok tambah dlm kisah yg t'mktub dlm Al-Qur'an..tp skrg dh dua jnis sme ada israiliyyat mu'asirah(masa kini) & israiliyyat klasik..so ht2la,dh byk dh blaku t'utme dlm ceramah2..kalo kite xtau,kita akn t'pengaruh..
nauzubillahi min zalik..
Catat Ulasan