"Akhi,terima kasih"
Ayat di atas sudah cukup membuatkan diriku dihargai.Ianya bukan diluahkan oleh sebarangan orang.Yang meluahkan mempunyai kaitan dengan hati ini.
Aku kadang-kadang tidak mengerti juga apa perancangan Allah.Allah menggagalkan aku untuk menuntut ilmu di negeri Hitler.Dan Dia tidak menggagalkan aku selama-lamanya jika ada kemahuan dalam diriku untuk mengubah nasibku.
Memang telah ditakdirkan Allah,kamu bertemu denganku.Bertemu untuk diperelokkan kehidupanmu yang kian jauh dari beroleh kejayaan sejak saat pertama kami menjejak kaki ke dunia menara gading.Aku tidak mengharapkan ucapan itu tanpa perubahan darimu.Biarlah ianya perlahan namun kesannya membawa kembali kamu ke landasan sebenar yang pernah kamu harapkan suatu ketika dahulu.InsyaAllah.
"Akhi,saya ada masalah belajar dan banyak masalah dalam kehidupan"
Setiap manusia telah ditetapkan musibah dan ujian yang akan melanda hidupnya setelah roh ditiupkan kedalam janin bayi yang berusia 4 bulan di kantung rahim ibunya.Tidak kisahlah dia bakal dilahirkan sebagai muslim atau sebaliknya,kehidupan di dunia tidak lari dari tipu daya dan ujian dariNya.Kecuali bagi bayi yang mati dalam kandungan yang tidak bisa menatap kehidupan di dunia.
Allah memilihmu sebagai makhluk yang menerima ujian lebih dari yang lain kerana Dia tahu kamu mampu melaluinya dengan jayanya.Jika ini dapat kamu lakukan dengan bergantung harap kepada illahi,maka syurgalah menantimu.Mereka yang hanya hidup dalam kesenangan juga merupakan ujianNya kerana untuk melihat sejauh mana kealpaan yang menyelubungi jiwa individu berkenaan diulit rasa kemewahan dunia yang hanya sementara itu.
Namun Allah uji kamu dengan kepayahan kerana ada kesenangan yang diselindungkan dari diperlihatkan olehmu kini.Tidak akan Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Lebih-lebih lagi dengan sifatmu yang solehah,Allah akan menjadi penemanmu yang abadi dunia dan akhirat.Bergantung haraplah padanya.Tiada yang lebih berkuasa dariNya.
"Akhi,tak malu ke bersahabat dengan saya yang banyak masalah ini?"
Aku melahirkan rasa penuh kesyukuran dikurniakan oleh Allah dengan seorang insan yang dapat memotivasikan diri ku tidak langsung.Bagaimana ianya berlaku?Kamu dilanda masalah.Aku menggeligakan otakmu untuk mencari jalan penyelesaian buatmu.Tatkala ku memberi kata motivasi,secara indirect nya dipantulkan kembali kata nasihat itu padaku samada apa yang ku perkatakan itu telah aku lakukan atau tidak?Adakah aku ini cukup baik untuk perkatakan sedemikian.Pabila ku melihart sebegitu rupa,aku mahu memperbaiki diri ini untuk menjadi contoh yang baik buatmu.
Tidak ada rasa malu yang terkandung dalam kamus hatiku pabila mengetahui timbunan masalah dan dugaan hidup yang terus menimpa hidupmu.Tidakkah kamu sedar kekusutan yang maha tinggi yang dihadapi oleh para nabi ulul-azmi?Bagaimana pula saudari-saudari semuslim kita yang ketiadaan suami dan anak lelaki yang terbunuh dan ditangkap oleh Zionis Laknatullah di Gaza?Mereka lebih diuji berbanding mu.Adakah kita perlu merungut dengan sedikit ujian yang dijalankan keatas kita berbanding nikmat yang bertimbun yang diberikan olehNya sejak kita lahir?
"Akhi,apa yang Allah beri nikmat pada saya?Saya nampak kesusahan sahaja"
Manusia tidak akan puas dengan apa yang dimilikinya.Kepuasan maksimum bagi seorang muslim itu adalah apabila dia melangkah kaki ke syurgaNya.Allah mahu memberi peluang kepadamu menjadi tetamu syurgaNya.Maka diuji kamu dengan pelbagai ujian untuk diberikan ganjaran besar kemudian hari.Itu salah satu nikmat yang dihijabkanNya buat kita.
Kamu dikurniakan ibu dan ayah yang masih hidup walaupun mereka ada kekurangan.Di luar sana,tatkala kamu ada tempat menyandarkan kepada di riba ayah untuk dipicit kepala mu,tatkala kamu mampu berbual mesra dengan ibu kandungmu,ribuan yang tercari-cari dan menagih rasa dicintai ibu dan ayah mereka yang pasti tidak akan kembali lagi.Mereka lebih sengsara darimu.Itulah nikmat yang mungkin kita telah lupakan.
Walaupun langit tak selalunya cerah,bersedialah dengan payung jikalau hujan menyerang. Hidup ini penuh cabaran.Dahulu kita senang kini kita susah.Kemudian senang kembali.Itu semua mainan hidup yang telah ditetapkan sunatullah.Jika dulu kita pernah menjadi pelajar cemerlang,ianya tidak berkekalan jika tiada bibit positif terhadapa diri sendiri yang istiqamah. Jika kamu terus jatuh dan malas untuk bangun kembali,kamu akan terus jatuh tersungkur sehinggakan perlukan seseorang untuk memapah mu untuk meneruskan sisa perjuanganmu.Insan itu juga nikmat buatmu.
Insan itu memberikan kamu pelbagai nasihat dan sokongan kepadamu tatkala kamu dihimpit kesusahan.Ingatlah insan itu juga manusia biasa.Dia juga ada masalahnya tersendiri.Namun kerana kamu bukan orang sebarangan dan dia telah menerima segala kekuranganmu, dikorbankan masa dan tenaganya dalam menyedarkan dirimu hakikat kehidupan yang penuh pancaroba ini.Kamu perlu laluinya dengan penuh keyakinan dan sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkanNya.Tiada yang lain....
"Akhi,doakan perubahan diri saya"
Hidupmu senantiasa diiringi doaku.Namun dapatkan keberkatan hidup serta keredhaan dari kedua orang tuamu.Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibu-bapamu. Maafkan atas kesalahan mereka.Mereka juga manusia biasa.Besar mana pun kesalahan mereka, mereka tetap ibu dan bapamu.Pohonlah keampunan dari mereka dan jauhilah prasangka buruk kepada mereka.Tanpa mereka siapalah kita.
Ku mendoakan dirimu.Namun doakan aku menjadi sisa habuk ditepian jalan apabila kamu sendiri tidak kukuhkan imanmu kepadaNya.Kamu perlu mengubah dirimu sendiri.Berani lakukan sesuatu yang memberi impak positif kepada dirimu.Jangan mengalah di tengah jalan.Itu semua kerja Syaitan dan Iblis laknatullah yang mahu merosakkan harapan murni mu.Dua makhluk ini ada kesemua manusia hatta pada orang yang soleh pun mereka cuba menghasutnya. Bukan kamu sahaja hadapinya.Ingat akan perkara ini.Kita semua sedang berperang dengan musuh bani Adam ini sejak di syurga lagi.
Saudariku,ingatlah.Aku hanya membantu dari luaran mu namun dari dalam hanya kamu sahaja yang mampu bertarung melawan kejahatan hawa nafsu dan hasutan jahat syaitan laknatullah.Sesungguhnya dirimu bersih dari gangguan makhluk lain.Cuma kini emosi menguasai dirimu yang mahu memikirkan sesuatu masalah itu menjadi lebih besar dan kompleks untuk diselesaikan.Berfikirlah secara matang,tenang,waras,positif dan tabah menghadapi segala yang berlaku.Kita hidup di dunia hanya sementara.Akhirat jua tempat destinasi yang kekal abadi.Dengan semangat dan janji yang tersemat,akan diri ini terus memberi sokongan dan bantuan yang termampu kepadamu selagi hayat dikandung badan.Doakan yang terbaik buat dirimu,keluargamu dan seluruh orang yang kamu kenali dan tidak kenali.Kamu wanita muslimah yang gagah perkasa.Tewaskan nafsu dan hasutan syaitan!!!Allah hu AKhbar!!!
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan