Seseorang yang dianiaya atau dizalimi mengadu masalahnya kepada hakim atau pihak yang bertanggungjawab membela nasibnya.Bagi menuntut keadilan,dia perlu bercerita dengan jelas apa yang telah berlaku,termasuklah menyebut perbuatan jahat orang yang telah berbuat aniaya kepadanya.
Wallahua'lam....
Mengingatkan Orang Lain
Mengingatkan orang lain mengenai kejahatan seseorang.Misalnya dia mengetahui seseorang itu jahat,lalu dia mengingatkan orang lain supaya berhati-hati dengan orang itu.Dia memberitahu dengan tujuan agar orang lain terselamat daripada kejahatan orang yang telah dikenali jahat itu. Bukan dengan niat memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang itu.Mengubah Kemungkaran
Ketika meminta bantuan orang lain untuk mengubah kemungkaran seseorang atau mengembalikan asi'(derhaka) ke jalan kebaikan.Dalam hal ini,orang yang meminta itu tidak boleh mengelak daripada menceritakan serba sedikit keburukan akhlak orang yang hendak ditegur itu.Berbangga Dengan Kejahatannya
Seseorang yang memang sengaja terang-terangan membuat kederhakaan kepada Allah S.W.T. dan bermegah-megah pula dengan kejahatannya itu,maka terhadap orang ini tidaklah terlarang melemparkan ghibah atau umpatan disebabkan perbuatannya itu.Memperkenalkan Seseorang
Seorang yang memang sudah dikenali ramai dengan gelaran atau panggilan yang dikaitkan dengan kekurangan atau kecacatan dirinya.Untuk memudahkan ia dikenali apabila ditanya orang, lalu disebutlah nama beserta gelarannya.Dibolehkan menyebut begitu sekadar memperkenalkan diri seseorang.Tetapi sekiranya dapat diubah dengan gelaran yang lebih baik adalah sangat utama dan lebih baik.Wallahua'lam....
2 Kesan Parut:
camne klu nak tau ciri2 calon zauj atau zaujah... boleh ke ngumpat? sbb kan wajib kne gtaw bila ade orang risik si polan atau si polanah...
Memperkenalkan Seseorang
Seorang yang memang sudah dikenali ramai dengan gelaran atau panggilan yang dikaitkan dengan kekurangan atau kecacatan dirinya.Untuk memudahkan ia dikenali apabila ditanya orang, lalu disebutlah nama beserta gelarannya.Dibolehkan menyebut begitu sekadar memperkenalkan diri seseorang.Tetapi sekiranya dapat diubah dengan gelaran yang lebih baik adalah sangat utama dan lebih baik.
JAWAPAN:
Daripada perenggan di atas,disimpulkan bahawa untuk mengenali seseorang dibolehkan mengumpat.Namun yang utama adalah kepada perkara yang lebih baik.Contohnya,pergilah mendengar dari mulut kawan baiknya akan perangai sebenarnya.Untuk kepastian boleh juga bertanya pada adik beradiknya mahupun ibu dan bapanya.Jika tidak mahu mengikuti cara ini,maka bertunanglah kerana di masa bertunanglah diberi tempoh kepada kita untuk mengenali pasangan kita.Jika rasa secocok untuk dijadikan suami isteri teruskan kpd pernikahan...jika tidak,boleh diputuskan dengan cara yang baik agar tidak menyesal kemudian hari..
Catat Ulasan