Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Kecantikan Lelaki vs Kegagahan Wanita???

Kecantikan Lelaki:

Perhatian buat semua muslimah di luar sana!Kecantikan lelaki bukan kepada rupa fizikalnya sahaja tetapi pada rohani yang murni dan ikhlas.Antaranya ialah:

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
  2. Lelaki yang sedia menerima teguran kerana kesalahannya.
  3. Lelaki yang memberi madu selepas menerima racun.
  4. Lelaki yang tenang dan berlapang dada.
  5. Lelaki yang baik sangka.
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa.
  7. Lelaki yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan.
Kecantikan lelaki itu berdiri atas kemulian hatinya.Ini semua berketepatan dengan ciri yang dimiliki oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Carilah lelaki seperti baginda jika tidakpun janganlah meletakkan fizikalnya sebagai agenda utama dalam memikat hatimu.

Kegagahan Wanita:

Kegagahan wanita bukan pada kemantapan ototnya atau bentuk badannya tetapi pada kekuatan dan ketahanan perasaan dan emosinya:

  1. Wanita yang tahan menerima kehilangan.
  2. Wanita yang tidak takut kepada kemiskinan
  3. Wanita yang tabah menanggung kerinduan selepas ditinggalkan.
  4. Wanita yang tidak meminta-minta untuk dipenuhi segala permintaannya.
Kegagahan wanita berdiri akan keteguhan imannya seperti mana imannya Siti Khadijah r.a.Dialah wanita syurga kesayangan baginda.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat"

0 Kesan Parut: