Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

"Cinta Dari Langit" vs "Silence"


CINTA DARI LANGIT PART 1
(Produced by SAQ UNITEN)

CINTA DARI LANGIT PART 2
(Produced by SAQ UNITEN)

VS

"SILENCE"
(Produced by Mr Flinch ,COIT UNITEN Student)


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua filem pendek di atas kerana memenangi tempat pertama (Silence) dan kedua (CDL) untuk anugerah Ilham Kreatif UNITEN 2009.

Kepahlawanan Khalid Al-Walid



ORANG seperti dia, tidak dapat tanpa diketahui dibiarkan begitu saja. Dia harus diincar sebagai calon pemimpin Islam. Jika dia menggabungkan diri dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya kedalam golongan pemimpin” demikian keterangan Nabi ketika berbicara tentang Khalid sebelum calon pahlawan ini masuk Islam.

Khalid dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Dia anggota suku Banu Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk diantara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, bibi dari Khalid, adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini main adu gulat. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu perawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik.

Ayah Khalid yang bernama Walid, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa diantara orang-orang Quraisy. Dia sangat kaya. Dia menghormati Ka’bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun dialah yang menyediakan kain penutup Ka’bah. Pada masa ibadah Haji dia memberi makan dengan cuma-cuma bagi semua orang yang datang berkumpul di Mina.

Ketika orang Quraisy memperbaiki Ka’bah tidak seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang tua itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju kedepan dengan bersenjatakan sekop sambil berteriak, “O, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumahMu”.

Nabi mengharap-harap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul karena Walid seorang kesatria yang berani dimata rakyat. Karena itu dia dikagumi dan dihormati oleh orang banyak. Jika dia telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya.

Dalam hati kecilnya Walid merasa, bahwa Al Qur-’an itu adalah kalimat-kalimat Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahwa dia tidak bisa berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu.


10 Dangerous Man!!!





78 Sudu dan Garfu Dalam Perut!!!


AMSTERDAM – Seorang wanita Belanda, Margaret Daalman menelan sebanyak 78 sudu dan garpu kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada memakannya, lapor sebuah akhbar semalam. Dia pergi ke sebuah hospital selepas mengadu perutnya sakit dan doktor yang membuat pemeriksaan X-ray berasa terkejut melihat banyak sudu dan garpu dalam perutnya. Wanita yang berumur 52 tahun itu kemudian dibedah dan semua sudu serta garpu tersebut telah dikeluarkan. Namun, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu dan gambar sudu dan garpu tersebut disiarkan buat pertama kali dalam sebuah majalah perubatan Belanda. Daalman memberitahu doktor: “Saya tidak mengetahui kenapa (saya menelannya) tetapi saya berasa mahu untuk memakannya. Saya tidak dapat membantu diri saya (untuk tidak menelannya).” – Agensi
MY_DeSTiNaTioN:"Apa lah nak jadi orang sekarang.Negara dah kaya raya tapi mentaliti terjerumus teruk ke pelusuk bawah tanah!Orang yang kebuluran di Afrika pun tak makan sudu!!!Itulah apabila nafsu melebihi akal yang waras!

Paderi Kristian Palestin Pertahan Al-Aqsa???


Seorang Uskup di Jerusalem yang bernama Atallah Hanna yang juga merupakan salah satu tokoh Kristian Ortodoks Rom Jerusalem mendesak semua gereja di dunia untuk membantu membela Masjid Al-Aqsa dari serangan Israel.

Uskup Agung Atallah Hanna menyerukan kepada seluruh semua umat Islam dan Kristian untuk bersatu dalam rangka mencegah serangan dan penodaan terhadap Masjid Al Aqsa.

Seruan ini datang setelah pasukan khusus Israel menyerang Masjid Al-Aqsa di wilayah pendudukan Jerusalem Timur, dengan menembakkan peluru karet dan tabung gas air mata.

Hanna mengatakan dalam sebuah pernyataan, "Kami menyerukan semua gereja Kristian di dunia untuk berdiri menentang tindakan Israel terhadap Al Aqsh dan tindakan diskriminatif terhadap saudara-saudara Muslim kami di Palestin."

Dinyatakan olehnya bahwa orang umat Kristian Palestin juga mesti melindungi tempat-tempat suci umat Islam, Hanna kemudian berkata "Kami, sebagai orang Kristian di Palestin,akan melihat setiap serangan terhadap tempat-tempat suci umat muslim sebagai serangan terhadap tempat suci kami juga. Kami berdiri dengan Masjid Al Aqsa, dan kami sangat mengutuk pengepungan dan serangan-serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Masjid Al Aqsha."

Hanna juga mengatakan bahawa Israel berusaha untuk menghancurkan semua tempat suci, kecuali tempat suci umat yahudi, sembari mengingatkan bahawa Israel sebelumnya juga pernah menyerang gereja Ortodoks Rom.

Kerana larangan dari zionis Israel, warga Palestin tidak boleh masuk ke dalam kompleks Masjid Al Aqsa. Warga Palestin, tidak boleh melaksanakan solat di dalam masjid, seruan azan dan solat pun terpaksa mereka lakukan di luar masjid.

Warga Palestin melaksanakan solat Zuhur di dinding luar masjid Al-Aqsha




UFO Di Langit...Kebesaran Allah...

KEAJAIBAN DI LANGIT DUNIA MILIK ALLAH SWT!!!

Tiada Terlepas Dari Iblis


(Gambar Hiasan)

IBLIS juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia.

Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu mematuhi perintah Tuhan supaya memberikan peng hormatan kepada Nabi Adam.

Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga meng ingkari perintah Tuhan, ia menjadi hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya.

Ia menerima ketentuan itu walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka.

Justeru, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara daripada Allah: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dan dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.

Perkara ini ada diceritakan dalam al-Quran. "Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. Melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: "Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?"

Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk."

Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.

"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat."

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan."

Allah berfirman: "Maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum."

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah me nyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka."

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-Ku, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang yang sesat." (al-Hijr:30-42)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia, datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia, sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi dalam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: "Sesung guhnya syaitan (iblis) berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah mem benci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan ke untungan peribadi sahaja, tanpa mempedulikan hak dan kebajikan orang lain.

Demikian juga jika ia bertempat dalam badan atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, gemar kepada perkara yang bertentangan dengan kebenaran.

Semua manusia termasuk rasul, nabi, ilmuan dan cen dekiawan didatangi iblis, dirayu dan mahu disesatkan se boleh-bolehnya. Nabi Adam dapat dirayu oleh iblis hingga membuatkannya terkeluar dari taman keindahan.

Iblis juga memujuk rayu putera Nabi Adam, Qabil sehingga beliau membunuh saudaranya Habil. Hati Zulaikha juga dimasuki iblis hingga merayu Nabi Yusuf.

Qarun yang kaya-raya juga tewas dengan pujuk rayu iblis hingga membuatkan beliau berasa sombong, tidak mahu mentaati perintah Allah sehingga beliau dan kekayaannya ditelan bumi.

Sehingga hari ini apabila terjumpa harta benda di perut bumi, manusia menggelarkannya harta karun sempena nama Qarun.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya, tidak mentaati Allah dan melanggar segala perintah-Nya sehingga sama-sama memasuki neraka.

"Dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu." (al-Hijr:43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan mengingati Allah. Tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya me nyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokan.

Dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis berusaha menampakkan perbuatan yang baik, malah berpura-pura turut bersolat.

Ia turut sama melakukan rukun dan perkara sunat dalam solat, tetapi lama-kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit.

Tindakan iblis itu menyebabkan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan, malah disebabkan terpengaruh dengannya sama ada sedar atau tidak, setiap pergerakan rukun dipandang remeh sehingga kadangkala tidak begitu sempurna.

Bagi suami yang rajin beribadat juga iblis tidak lupa membisikkan tipu dayanya supaya hanya beribadat tanpa melakukan pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga, anak dan isteri.

Begitu juga si isteri, dibisikkan supaya sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian suami.

Si miskin ditanamkan iblis rasa kebencian dan iri hati kepada orang berharta sehingga berasa tidak yakin dengan keadilan Allah.

Mereka yang hartawan juga dipengaruhi kononnya semua harta terbabit adalah diri sendiri yang punya, jadi tidak perlu diagihkan kepada fakir miskin.

Pendek kata semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis. Cuma bezanya ialah se setengah mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman terjerumus ke dalam perangkapnya.

Isyarat Si Dia Mahukan Perpisahan





Kahwin Memang Best???


1. Jom kita bercerita tentang sesuatu yang romantis. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah berumahtangga. Bagi yang belum berumahtangga, ketahuilah – kahwin memang best! Hehehe tapi nak kahwin tu, pilihlah jalan yang baik, yang mudah, dan paling penting diberkati Allah. 2. Hari ni aku nak berkongsi sikit tentang rahsia ciuman. Sumber ni aku dapat daripada bahan bacaan d internet, oleh Imam Khalid. Bagi para suami yang suka sangat cium isteri, hati-hati. Ciuman ni memberi tanda kepada seseorang tentang tingkah lakunya. Bagi para isteri, ketahuilah suami anda dengan ciumannya. Selamat menilai sendiri!
* Suka cium dahi isteri – suami yang romantis.
* Suka cium pipi isteri – suami yang penyayang.
* Suka cium mulut isteri – suami yang gelojoh.
* Suka cium tengkuk isteri – suami yang mata keranjang.
* Suka cium telinga isteri – suami yang sensitif.
* Suka cium leher isteri – suami yang penyabar.
* Suka cium buah dada isteri – suami yang suka bermanja.
* Suka cium tangan isteri – suami yang hipokrit.
* Suka cium ketiak isteri – suami yang menerima isterinya seadanya.
* Suka cium kemaluan isteri – suami yang pemalu.
* Suka cium punggung isteri – suami yang suka bergurau.
* Suka cium kaki isteri – suami yang terlalu menghormat isteri.
* Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri – suami yang memtingkan diri.
* Suka cium seluruh bahagian badan isteri – suami yang baru balik dari outstation. Kuang kuang kuang!

(Mungkin banyak perbezaan pendapat mengikut individu yang telah melaluinya-Yang sudah berkahwin sahaja!!!)

Satu Penyesalan


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya. . siapa dia…. tiba2 aku merasa dada ku sesak… sukar untuk bernafas…. namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku…… terus erjalan….. kekerongkongku. … sakittttttttt. …….sakit. …..rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,… Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku…..Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku…kkhh. …….. khhhh….. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit….. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras…. mataku terbelalak.. … air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu….. aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia.. ????? Mengapa anak2 dan isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia……….????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia…….. dia……. dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan…????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu….. Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak… tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku… Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati… aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis…. berteriak. ……Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis……. masaku telah terlewat…. aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca artikel ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

2 DOWN 3 TO GO

Salam ukhwah dan salam bertemu kembali...

Setelah seminggu lamanya aku tidak mengisi pengisian di dalam My Destination (dulunya dikenali Destinasimu),kini aku ada kelapangan dikurniakan untuk mencoret sedikit beberapa patah perkataan dalam entri kali ini...

Tempoh 23/10-6/11 merupakan tempoh kritikal bagiku bersama-sama rakan seperjuanganku di UNITEN apabila 2 minggu ini kami menghadapi peperiksaan akhir semester yang menentukan GPA kami untuk sem ini.Atas sebab itu,agak aku mengabaikan blog ini dan aku menyusun seribu jari memohon maaf kerana tidak mampu berkongsi pengisian bersama kalian dalam tempoh seminggu lebih ini.

Alhamdulillah aku telah menjalani 2 kertas akhir semester iaitu KDKB (Kepimpinan dan Keusahawanan) dan MD (Machine Design).Kini aku mempunyai jarak seminggu sebelum kertas seterusnya iaitu Modeling pada 3/11,Measurement 5/11 dan akhir sekali Fluids II 6/11.

Kepada para sahabatku yang bertanya khabar akan pengisian di blog ini,aku amat hargai.Terima kasih banyak-banyak kerana senantiasa menjenguk blog ini.InsyaAllah jika ada kelapangan antara kertas peperiksaan,aku akan cuba mengisi sedikit artikel manfaat untuk kalian.

Kini aku persembahkan wajah baru My_Destination sempena menyambut segenap penubuhan blog ini iaitu pada tanggal 7/11/2008 yang lalu....Alhamdulillah dan jazakallah atas sokongan antum sekalian!!!

Kebesaran Allah di Tasik Obor-Obor di Palau Filipina....

Petua Cover Malu




Untuk Hilangkan Stress Bulan Peperiksaan Ini,Jom Layan Petua Yang Tak Leh Pakai!!!



Para Wanita Jangan Cemburu Dengan Bidadari Syurga..




“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.!!

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. “Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi "uruban atraaba", yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah "uruban" juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah "atraaba" pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi *shopping* ke?” ; )

“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan super komputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’… ‘latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. “Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” .. cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorang pun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;- ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu salaaman-salaama~ * Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

(SUMBER DIATAS DIPEROLEHI DARI RILEKS.INFO)

Tergempar Seksyen 8 Bandar Baru Bangi!!!

Saat akhir mangsa bersama teman baiknya Hakim

Bangi,22 Oktober : Penduduk Seksyen 8 Bandar Baru Bangi di sini digemparkan kejadian aneh yang berlaku di kawasan penduduk tersebut apabila penemuan lagi satu perkara aneh selepas kejadian sejadah berdiri di Kelantan apabila sebuah gambar menjadi bukti saat-saat akhir seorang penduduk Seksyen 8 di situ sebelum tercekik biji durian ketika sedang menjamah durian di rumahnya.

Seorang saksi berkata iaitu Hakim,21 tahun berkata "Ketika saya sedang makan,tiba-tiba mangsa merampas biji durian dari saya dan terus menelannya sedangkan tiada lagi isi diluarnya. Akibat besar biji itu,manga tercekik lalu pengsan dan koma di tempat kejadian".Apabila wartwaran ditanya adalah mangsa menunjukkan tanda pelik sebelum kejadian berlaku,Hakim berkata "Mangsa sering bermimpi mahukan memakan durian sebanyak yang mungkin untuk menggemukkan tubuhnya",jawab Hakim dalam nada pilu kerana kehilangan seorang sahabat baiknya.

Pakar Orthopedik Hospital Queen Elizabeth Singapura berkata,manga telah dimasukkan ke Wad Kecemasan dengan diberikan suntikan cegah kehamilan.Disamping diberikan sebuah kipas duduk yang besar yang tidak boleh dipusing-pusingkan tengkuknya agar mangsa senantiasa sejuk ketika di dalam koma.

Sehingga kini waris mangsa masih tidak dapat dihubungi...Kesian...

Apabila Dinasour Kembali Hidup



Kecanggihan Teknologi German....
Masih tidak dapat menandingi Penciptanya....

Ayat Allah Pada Tubuh Bayi Russia!


Salam.... Subhanallah, satu lagi keajaiban telah ditunjukkan oleh Yang Maha mencipta. Di wilayah Dagestan, Russia, ada seorang bayi yang baru berusia 9 bulan, lahir bersama tanda lahir berupa ayat2 Quran dan hadith yang mengandungi nama Allah di bahagian2 tubuhnya. Pada mulanya keluar nama Allah di bahagian dagu sebaik sahaja budak lelaki itu lahir. Kemudian muncul pula ayat2 itu di bahagian belakang badan, lengan, kaki dan perut. Di bahagian kaki pernah tertulis yang bermaksud “Allah pencipta segala sesuatu”. Yang mengujakan lagi ialah, tanda2 itu sentiasa berubah2, 2 kali seminggu. Seperti muncul ayat lain pula menggantikan ayat yang sedia ada. Budak yang bernama Ali Yakubov itu akan merasa tidak selesa ketika perubahan2 ayat itu berlaku dan akan menangis dan suhu badannya akan naik. Pakar medik pun masih tidak dapat menjelaskan keadaan sedemikian. Walaupun begitu, mereka menafikan bahawa tulisan2 itu ditulis oleh manusia pada kulit. Ibunya yang bernama Madina, mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan agama Islam sebelum ini. Sehinggalah kepada kejadian kelahiran pada bayi mereka ini. SUBHANALLAH …….

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53



Perkara Mendebarkan Buat Lelaki dan Perempuan..

Salam sejahtera....

Artikel kali ini mungkin hanya sekadar hiburan dimana hiburan ini mungkin ada faktanya (yakni kebenaran) dan ada autanya (iaitu tidak berasaskan fakta).Fikirlah sendiri ya!:

Beberapa perkara mendebarkan lelaki sepanjang hayatnya:

  1. Di saat mahu disunatkan.
  2. Di saat sesudah bermimpi basah pertama.Kepala akan jadi bingung kerana seluar basah. dengan luar biasa.
  3. Di saat suara bertukar menjadi garau akibat baligh dan pertumbuhan bulu-bulu di tempat-tempat tertentu.Malu katakan...
  4. Di saat mengetahui arah tuju kerjaya dalam kehidupan apabila menunggu keputusan SPM (UPSR dan PMR tidak sepenting SPM).
  5. Di saat pertama kali menatap wajah kekasih yang berjaya menambat hatinya.
  6. Di saat duduk di hadapan bapa mertua ketika saat akad nikah.
  7. Saat pertama kali bersalaman dengan isteri setelah disarung cincin pernikahan.
  8. Semasa memasuki bilik pengantin pada malam pertama perkahwinan.
  9. Di saat menemani isteri bersalin anak pertama di hospital.
  10. Di saat sakaratul maut datang menjemput.
  11. .........SILA TAMBAHKAN PADA KOMEN JIKA ANDA ADA IDEA........
10 perkara mendebarkan wanita sepanjang hayatnya:

  1. Di saat mahu disunatkan walaupun ketika itu masih kecil.
  2. Di saat keluar haid yang pertama.Berlari mendapatkan ibu bertanya kenapa berdarah.
  3. Di saat ketika dadanya terasa sakit kerana mahu menjadi gadis.
  4. Di saat mengetahui setiap keputusan peperiksaan besar seperti UPSR,PMR dan SPM.Wanita peka terhadap kejeyaan berpanjangan berbanding lelaki.
  5. Di saat pertama kali menatap wajah kekasih yang berjaya menambat hatinya.
  6. Di saat menerima surat cinta dari jejaka yang dicintainya.
  7. Saat berjumpa pertama kali dengan ibu dan ayah keluarga si lelaki.
  8. Di saat duduk di dalam bilik untuk menunggu bakal ibu mertuanya menyarungkan cincin pertunangan.
  9. Di saat duduk berdekatan dengan ayahnya ketika bakal suaminya melafazakan akad nikah.
  10. Saat pertama kali bersalaman dengan suami setelah disarung cincin pernikahan.
  11. Di saat pertama kali dicium ubun-ubunnya oleh suaminya.
  12. Semasa malam pertama perkahwinan.
  13. Di saat mengetahui dirinya hamil.
  14. Di saat merasakan kandungannya bergerak-gerak di dalam perutnya ketika kehamilan.
  15. Ketika mahu melahirkan anak. (tidak kisah anak ke berapa pun)
  16. Ketika menjaga anak-anaknya yang sakit agar cepat sembuh.Berdebar-debar jika ada perkara buruk berlaku pada anaknya.
  17. Saat ketika menunggu keputusan pelajaran anak-anaknya.
  18. Di saat menunggu jualan runtuh/jualan murah di gedung membeli belah ketika musim perayaan.
  19. Di saat sakaratul maut datang menjemput.
  20. .........SILA TAMBAHKAN PADA KOMEN JIKA ANDA ADA IDEA........

Penghinaan Kepada Rasulullah-Badges Muhammad S.A.W!!!

Pin yang mempunyai gambar lelaki yang disebut sebagai Nabi Muhammad beredar di Makassar, Sulawesi. Peredaran pin badges ini meresahkan masyarakat, khususnya umat Islam.

Pin tersebut pertama kali ditemui oleh seorang anggota Forum Komunikasi Muslimah Makassar. Pin tersebut milik kepada seorang wanita bernama HDY (samaran).

Namun HDY mengaku, dia bukan pemilik pertama benda tersebut. Pin itu dibelinya dengan harga Rp 20 ribu (RM7.19) dari seorang wanita bernama MAR. HDY dan MAR selama ini memang kawan perniagaan busana muslimah.

Pin yang menggemparkan itu berbentuk bulat, berdiameter sekitar 5 cm dan berwarna asas hijau muda. Pada pin itu, gambar wajah jejaka yang disebut sebagai Nabi Muhammad sangat tampan.

Hidungnya mancung dengan bibir yang tidak tipis atau tebal. Alisnya juga tebal rapi. Demikian pula matanya yang berwarna cokelat. Kepalanya tertutup serban putih bergaris-garis hijau. Di sebelah telinga kanan terlihat gulungan serban yang menyerupai kembang.

Gambar hanya tampak sampai leher saja. Di bawah gambar, ada tulisan Arab berbunyi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wassalam.

Tulisan Muhammad Rasulullah berhuruf besar. Hampir sepuluh kali lebih besar dibandingkan tulisan Sallallahu Alaihi Wa Alihi wa Sallam.

Ini merupakan anasir jahat untuk menjatuhkan maruah Nabi Muhammad S.A.W.Jangan benda ini sampai di Malaysia.Jika tidak akan kita perangi pengedarnya.

Pengaruh FACEBOOK Dalam Kehidupan Umat Islam Kini~~~


Adesss...xleh blah....

19th November,Mengingati Memali....


anggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.


Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.


Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya.


Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.


Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.


Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.


Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.


Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.


Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan.


Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.


Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”


Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.


Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.


Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan.


Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.

Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.
Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan.

Wallahua’lam.
Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Pindahkan Al-Aqsa ke Makkah???!!!


Kelompok-kelompok Yahudi ektremis di Israel makin terang-terangan ingin menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu Haram Al-Sharif yang ada di Al-Quds (Jerusalem Timur). Mereka menyatakan, kedua tempat suci umat Islam dunia itu sebaiknya dipindahkan ke Makkah, Arab Saudi.

Pernyataan tersebut dilontarkan organisasi Yahudi ekstrim antara lain Gershom Salomon, Orthodox Temple Mount dan Eretz Yisrael Faithfull Movement. Akhbar Israel Israel Yedioth Ahronoth edisi Rabu kemarin melaporkan bahawa organisasi-organisasi Yahudi fanatik itu akan menyewa banyak insinyur untuk memindahkan Masjid Al-Aqsa dan Kuba Batu Al-Sharif ke Makkah.

Pimpinan kelompok ultra nasionalis-kanan Israel, Yehuda Etzion pada akhbar itu bahkan mengancam akan meledakkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu jika pemerintah Israel tidak mahu menghancurkan dan memindahkan bangunan itu ke tempat lain. Etzion pada tahun 1980-an ditangkap dan divonis hukuman lima tahun penjara kerana merencanakan peledakan di masjid-masjid di Palestin, terutama Masjid Al-Aqsa dan Haram Al-Sharif dan dia bersumpah akan melakukan rencana itu lagi.

Sejak rejim Zionis Israel menguasai Jerusalem Timur pada tahun 1967, mereka secara haram menganeksasi dan menguasai tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian di wilayah itu. Para pemukim Yahudi ekstrim berulangkali melakukan perusakan dan penyerbuan ke masjid Al-Aqsa.

Insiden terbaru terjadi awal bulan kelmarin, ketika sekelompok pemukim Yahudi fanatik menyerbu masjid sehingga terjadi bentrokan dengan jemaah Muslim Palestin. Selanjutnya, rejim Zionis menutup lokasi masjid dan melarang warga Muslim Palestin yang berusia di bawah 50 tahun beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Bukan cuma para pemukim Yahudi yang berusaha merosak Al-Aqsa tapi juga pemerintahan Zionis Israel yang terus melakukan penggalian di bawah kompleks Masjid Al-Aqsa yang membahayakan tapak masjid. Penggalian dilakukan sebagai bahagian dari program yudaisasi Al-Quds yang dilakukan rejim Israel.

Negara Jordan adalah negara yang diberi wewenang untuk menjaga dan melindungi tempat-tempat suci kaum Muslimin dan Kristian di Jerusalem Timur, berdasarkan perjanjian perdamaian Jordan-Israel tahun 1994. Tapi negara itu juga tidak memiliki kekuatan untuk menghentikan tindakan Israel yang membahayakan Masjid Al-Aqsa dan tempat-tempat suci lainnya.

Sumber:Satu Umat

Promo 4 Our KQ-Enterprise!!!


Sila ke untuk tempahan: http://kq-enterprise.blogspot.com/

Himpunan Kemalangan Pelik Yang Ngeri!!!





















HATI-HATI BAWAK KERETA YA!!!