Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Selamat Pengantin Baru


Kelihatan bakal pengantin baru saudara Luqman sedang menerangkan sesuatu semasa perjumpaan Naqib dan Naqibah SAQ

Petang ini,insya-Allah seperti yang dirancangkan, saya bersama sahabat-sahabat Baitul Junnud dan Sahabat Al-Quran UNITEN akan berkonvoi tiga buah kereta ke Sungai Rambai Melaka untuk menghadiri majlis Akad Nikah dan Persandingan saudara Luqmannul Hakim,mantan Presiden Sahabat Al-Quran.Dalam perancangan kami akan bermalam dahulu di rumah saudara Nazmie di Melaka dan akan menjamu selera menu Ikan Bakar yang memang kami idam-idamkan.InsyaAllah kami akan bergegas pulang ke Bangi selepas Zohor esok (7/2/2009) dan akan terus membantu AMAN PALESTIN dalam menyiapkan tugasan yang akan diberikan sempena Malam Sava bertempat di Stadium Seksyen 15 BB.Bangi.Semua di jemput hadir.Gambar sekitar majlis perkahwinan sahabat saya itu akan diupdate pada hari Ahad bersama-sama gambar ketika Himpunan Malam Save Gaza itu berlangsung.Doakan keselamatan kami pergi dan pulang hendaknya.Amin.Malacca Here We Come!

0 Kesan Parut: