Faktor utama yang mencorak keluarga atau rumah tangga keluarga islam ialah suami dan isteri. Rumah tangga mesti dibina atas takwa yang kukuh yakni dengan menjadikan tuhan sebagai cita-cita dan matlamat utama. itulah bezanya rumah tangga biasa dan rumah tangga luar biasa.
Biasanya Suami..
Kalau baik pun setakat jaga makan dan minum keluarga sahaja.Tanggungjawab utama dalam sola memberikan ilmu dan? didikan agam biasanya terabai.
Suami LuarBiasa..
Ahli keluarganya dijaga keperluan hidup lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat dititik beratkan.
Biasanya Suami..
Mudah melenting apabila isteri atau anak-anak buat salah.Ataupun ada juga suami yg biarkan isteri dan anak anak buat apa saja tak kira betul atau salah tanpa dinasihatkan.
Suami LuarBiasa..
Apabila isteri atau anak-anak buat salah, diberinya tunjuk ajar untuk perbetulkan kesalahan itu. Dia tahu mereka buat salah itu akibat daripada kecetakan ilmu, kurang bimbingan, terleka atau kerana nafsu.
Biasanya Suami..
Menyerahkan bulat-bulat tugasan mengurus urusan rumah tangga kepada isterinya sekalipun dia tahu isterinya pun turut sama bekerja dan penat. Baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.
Suami LuarBiasa..
Sentiasa bagi dorongan pada isteri dalam urusan rumah tangga, karier dan anak-anak alam mengejar keredhaan tuhan.Menyelesaikan kerja rumah tangga adalah satu kerja yang sangat besar? bagi seorang ibu demi untuk melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang takut dan cinta Allah.
Biasanya Suami..
Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab tu banyak suami main kayu 3 dan porak peranda rumahtangga dibuatnya.
Suami LuarBiasa..
Berpegang pada larangan Allah supaya tidak memandang wanita lain. yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perasaan atau perhatian kepada wanita lain.Maka hati suami tertumpah kasih sayang pada isterinya sahaja. baru aman rumah tangga.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan