Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Ada apa dengan lidah?


Tanda orang yang mengharap kepada Allahs.w.t itu juga tiga:

1. Hatinya digunakan untuk berzikir ( mengingati Allah ).
2. Lidahnya untuk berzikir.

3. Badannya untuk beramal.

Jaga Lidah Kerana Ia Merbahaya.Lidah banyak merbahaya dan membinasakan manusia.Antaranya ialah:

1 Berkata-kata pada perkara yang tidak perlu.
2 Berkata-kata dengan melebih-lebihkan sesuatu yang tidak sepatutnya.
3 Bercakap kosong pada hal yang batil atau bukan-bukan seperti menceritakan keburukan orang lain.
4 Bertengkar menbantah.

5 Mengeluarkan kata-kata seperti bersajak atau beerpidatu yang tujuan mencela
6 Mengutuk.
7 Menyanyi dan bersyair.
8 Menghina.
9 Mengejek dan memperolol-olokkan seseorang.

10 Membuka Rahsia atau Ômembawa mulutÕ.

11 Berjanji dusta.
12 Berbohong pada perkataan dan sumpah.

13 Mengumpat .
14 Memfitnah

15 Bercakap berdolak dalik - lidah bercabang
16 Memuja yang keterlaluan dan ada tujuan tertentu.

17 Lalai daripada kesalahan yang halus atau kecil
18 Memperkata tentang pengetahuan sedangkan ilmunya cetek.


Oleh itu, bahaya lidah itu pertu diatasi dengan cara:

1 Berdiamlah kepada perkara yang perlu.
2 Elakkan dari pada menunjuk-nunjuk pandai sekiranya anda tidak men dalaminya.
3 Jangan bertengkar dengan orang yang lemah-lembut dan bodoh.

4 Sebutlah temanmu deangan kata-kata yang menggembirakan.Jangan menyakitkan hatinya.

5 Bergaullah dengan cara yang disukai.
6 Jangan memakai atau mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar.
7 Elakkan daripada mengeluarkan kata gurauan yang menyinggung perasaan orang lain.
8 Jangan membuka rahsia yang dia manahkan kepada anda.
9 Jangan bersumpah dengan nama Allah pada perkara yang tidak benar.
10 Elakkan daripada mengumpat dan menfitnah kerana ia hanya membi nasakan orang lain.

0 Kesan Parut: