Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Profil rumah kami Baitul Junnud

BAITUL JUNNUD

Rumah kami dinamakan Baitul Junnud yang bermaksud Rumah Tentera atau Rumah Pejuang.Mengapa ya diberi nama sebegitu rupa?Sebelum itu,mari lihat sedikit profil Baitul Junnud:

  • Alamat:No 11,Jalan 9/9B,Seksyen 9 Bandar Baru Bangi,43650 Selangor Darul Ehsan.
  • Jumlah Bilik: 4 Bilik Tidur,3 Bilik Air,1 Ruang Tamu.1 Ruang Makan,1 Dapur dan tanah.
  • Penghuni: 5 orang
  1. Abdul Hakim bin Adzman (Ketua Rumah - 21 Tahun)
2.Muhammad Nazmie bin Abdul Razak (Timbalan Ketua Rumah - 22 Tahun) 3.Mohamad Khairil Faiz bin Sapari (Exco Media - 23 Tahun) 4.Adli Ariff bin Che Hamid (Setiausaha - 21 Tahun) 5.Afizhi bin Atan (Exco Kebersihan - 21 Tahun) 6.Abdul Shakor bin Zamani (Exco Tarbiyah - 22 Tahun)
  • Sejarah:Rumah ini merupakan kepunyaan ibu bapa Hakim di mana mereka masih lagi bekerja di KM Negeri Sembilan. Sementara mereka masih bekerja di N9 untuk tempoh 4 -5 tahun,maka kami diberi kebenaran untuk tinggal di rumah ini hingga tamat pengajian insyaAllah.Kami berpindah ke Baitul Junnud pada bulan Mei 2008 setelah 6 bulan menetap di rumah sewa kami di Desa Dahlia.Sedikit demi sedikit pembaharuan atau renovation telah dibuat di rumah ini.Dari segi penambahan peralatan rumah juga dapat dilihat di mana sekarang kami mempunyai wireless internet,TV 25 Inch,Aircond,6 Katil dan Tilam, 5 Meja Belajar,1 Dapur,6 Almari Pakaian,5 Kipas Syiling,DVD Player,Shower,Peti Sejuk,Water Filter,2 Set Meja Makan,2 Rak Buku (Mini Library),Rak Pinggan Mangkuk,Stor,4 Karpet, Mesin Basuh,Penyidai Baju dan juga Reban Arnab.
  • Aktiviti rumah:
  1. Holiday Homestay
  2. Iftar Ramadhan
  3. Aman Palestin (Save Gaza)
  4. Malam BBQ dan Jamuan Raya
  • Coretan tentang kehidupan kami:
  1. Yang paling awal bangun subuh ialah Hakim dan Nazmie.Yang paling lewat samada ana dan Afizhi.(Alhamdulillah masih mampu berjemaah di masjid).
  2. Yang paling handsome: Hakim (kot)
  3. Yang paling serius :Afizhi
  4. Yang paling konsisten buat kerja :Nazmie
  5. Yang paling tenang:Hakim
  6. Yang paling kelam kabut:Shakor
  7. Yang suka tidur :Faiz (ana)
  8. Yang paling sengkang mata : Nazmie
  9. Yang paling gelap : Afizhi kot
  10. Yang paling cerah :Hakim
  11. Yang paling sempoi :Shakor
  12. Yang sayang pada Arnab :Adli
  13. Yang paling dekat untuk berkahwin :Afizhi
  14. Yang paling jauh untuk berkahwin :Shakor
  15. Yang pandai masak: Shakor
  16. Yang tak reti masak :Faiz (ana)
  17. Yang selalu basuh baju :Faiz dan Nazmie
  18. Yang selalu ada kerja luar :Faiz,Hakim...senang cerita semua sekali.
  19. Yang paling suka duduk depan TV:Afizhi
  20. Yang paling suka menatap laptop:Faiz (ana)
  21. Katil single: Faiz
  22. Katil tumpuan:Faiz
  23. Bakul sampah tumpuan:Afizhi
  24. Orang tumpuan: Shakor
  25. Penghibur:Hakim
  26. Pelawak:Shakor
  27. Hyper Aktif:Shakor
  • Mengapa di panggil Baitul Junnud?
  1. Nazmie (SAQ+PEMBINA+Aman Palestin+ISMA+IsacStudio)
  2. Hakim (SAQ+PEMBINA+Aman Palestin+ISMA+Sahabat Al-Farabi)
  3. Faiz ( PPI+SAQ+Aman Palestin+PEMBINA)
  4. Adli ( SAQ+PEMBINA+Aman Palestin+ISMA)
  5. Shakor (SAQ+PEMBINA+Aman Palestin+ISMA)
  6. Afizhi (PEMBINA+Aman Palestin+ISMA)
  • Secara umumnya boleh dikatakan Baitul Junnud sebagai pusat gerak kerja SAQ+Volunteer Aman Palestin+PEMBINA.
  • Kami serumah adalah bloggers kecuali Shakor.
  1. Nazmie (http://lensahati.wordpress.com)
  2. Faiz (http://destinasimu.blogspot.com)
  3. Adli (http://pusingbandar.blogspot.com)
  4. Hakim dan Afizhi (http://perjalananjauh.wordpress.com)
  • Jom lihat sekitar Baitul Junnud!:(Maaf,inilah keadaan rumah kami jika kami benar-benar sibuk.Tiada kesempatan untuk berkemas.Bujang katakan!)


(p/s:ni jap lagi adalah artikel ni kena tembak dengan budak rumah.Hehehe..maaf la yer housemate ku,ini la masanya kita perkenalkan rumah kita pada sahabat yang lain.^-^)

0 Kesan Parut: