Gambar disebelah saya copy dari blog YB Idham Lim sebentar tadi. Entah siapa yang mencetak dan mengedarnya, wallahua’lam. Logikanya, tidak mungkin Y.A.B Nizar atau Anwar atau DAP membuatnya yang hanya memerangkap diri sendiri. Jadi, siapa yang buat? Anggaplah UMNO dan yakinlah UMNO !
Baiklah, saya juga rakyat Malaysia yang berhak bersuara. Maka, ada baiknya jika poster ‘perang saraf’ ini diberi penilaian.
1) Bagi saya, poster ini tidak lain hanya disediakan untuk melaga-lagakan diantara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat dan menaikkan kemarahan bangsa Melayu khasnya kepada Y.A.B Nizar yang dianggap menderhakai Sultan.
2) Y.A.B Nizar diketahui umum dan berkali-kali menyatakan bahawa beliau tidak pernah berhajat ingin menyaman Sultan, tetapi terus berusaha merayu kepada Sultan agar membubarkan DUN Perak. Beliau hanya akan menyaman MB Haram dan exco-exconya yang dilantik. Yang ingin menyaman Sultan adalah cetusan dari Karpal Sigh dan bukan keputusan rasmi dari pimpinan Pakatan Rakyat ataupun Nizar sendiri.
3) Y.A.B Nizar menggunakan istilah ‘menyembah mohon derhaka’ iaitu satu nada bahasa yang paling lembut untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap keputusan Sultan yang tidak berdasarkan peruntukan undang-undang Negeri Perak tentang kaedah yang membolehkan MB diturunkan. Hebatnya UMNO kerana mendidik rakyat bahawa ada kelompok atau individu yang boleh terlepas dari undang-undang. Semua arahan dan keputusannya adalah benar dan tidak ada yang benar, melainkan yang benar-benar belaka. Besarnya dosa Nizar menegur Sultan yang silap. Bagaimana pula dengan ‘makluman’ dari Nabi s.a.w : Sebaik-baik jihad adalah menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zolim. ? Zalim maksudnya meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Perasuah dilantik menjadi Tim.PM adalah zalim, menghina rakyat yang menegur adalah zalim.
4) UMNO sebuah parti yang sangat hebat kerana telah berjaya menanam kepada rakyat akan berdosanya menderhakai Raja. Namun, UMNO gagal ‘mendoktrin’ rakyat terhadap bahayanya menderhaka Allah. (saya tidak bermaksud mengatakan Raja tidak perlu dihormati dan saya juga tidak mengatakan Raja tidak boleh diderhakai ). Rujuk Surah An-Nisa’: 59. Rujuk tafsir mengapa kalimah ‘Ulil Amri’ tidak diletakkan kalimah ‘Athi’u’ sebelumnya. Fahami baik-baik…
5) UMNO juga memperalatkan Qur’an dan Islam jika begitu kerana menggunakan ayat Al-Qur’an untuk tujuan politik seperti yang tertera digambar. UMNO perlu malu. PAS sebagai gerakan Islam tidak perlu malu dan rasa bersalah menggunakan ayat Al-Qur’an dan Islam dalam politik kerana kita berpolitik mengikut Islam dan Al-Qur’an. Berpolitik tidak mengguna agama dan Al-Qur’an, itu adalah fahaman secular. UMNO memang tercatat sebagai parti secular yang sengaja dibiarkan hidup oleh British disaat Hizbul Muslimin sebagai gerakan Islam diharamkan pada tahun 1948 dengan berselindung dibelakang insiden darurat yang sengaja dicipta.
6) Berdasarkan ayat Al-Qur’an ini, Y.A.B Nizar dianggap sombong kerana berkeras tidak mahu melepaskan jawatan. Bagaimana pula dengan orang yang naik memegang jawatan dengan cara yang salah, disukai oleh Allahkah? Menculik, menghilangkan wakil rakyat, mengugut wakil rakyat, menawar rasuah, menggunakan polis membelasah rakyat, membedil masjid dengan gas pemedih mata, menangkap orang yang tidak bersalah, mengenepikan isak tangis rakyat Perak yang mahu diadakan semula pilihanraya dan memfitnah dahsyat batang tubuh YAB Nizar dimedia massa, disukai oleh Allah kah? Tidak sombong dengan Allah kah semua perbuatan ‘mafia’ ini?
1 Kesan Parut:
betol3...sumer ni dunia semata2..
kkadang aku rase mnyampah sgt ngn citer2 politik ni..tapi, dh nama nya pjuangan kan..mmg perit utk menegakkan kbnaran, tapi, `innaLLAH ma`a ssobirin..`~
Allahuakbar!!
Catat Ulasan