Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Jin Masuk Syurga atau Neraka?


JIN MASUK SYURGA ATAU NERAKA?


Para ulama sepakat bahawa jin kafir akan masuk neraka. Tetapi para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan hukum sama ada jin Muslim akan masuk syurga atau neraka.

Al-Hafiz mengemukakan empat pendapat berhubung perkara ini: 1. Jin Muslim akan masuk syurga. Ini merupakan pendapat majoriti ulama. 2. Jin Muslim hanya berada di halaman syurga. Pendapat ini berasal dari Imam Malik dan beberapa ulama lainnya. 3. Jin Muslim akan menghuni satu tempat yang bernama "Al-A'raf" (tempat transit antara syurga dan neraka). 4. Sebahagian ulama pula tidak memberikan sebarang ulasan dalam perkara ini.

Ibnu Katsir berkata, bahawa yang benar adalah jin Muslim sebagaimana manusia Muslim akan masuk syurga berdasarkan ketaatan mereka kepada Allah. Hal ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. " (Ar- Rahman: 74).


Dengan itu Allah menganugerahkan kepada manusia dan jin, nikmat syurga sebagai ganjaran atas amal soleh yang mereka lakukan.Ibnu Taimiyah mengatakan, jin kafir akan diseksa di akhirat, sebagaimana kesepakatan ulama. Sedangkan jin Mulim, menurut jumhur ulama, dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Segolongan ulama pula mengatakan bahawa jin Muslim berada di halaman syurga di mana manusia melihat mereka tetapi mereka tak dapat melihat manusia. Pendapat ini berasal dari Imam Malik, Imam Syafi'i, Ahmad, Abu Yusuf dan Muhammad. Abu Hanifah pula ber-kata, bahawa jin Muslim akan diselamatkan dari neraka.

0 Kesan Parut: