Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Sepetang di Taman Tasik Chempaka Bangi


Jam 6.20pm setelah menyiapkan tugasan Theory of Machine dengan sahabat sekumpulan,ana bergerak ke Tasik Chempaka dengan menaiki motor.Ana dalam hati ingin sangat merehatkan pemikiran yang sangat kusut disebabkan tugasan yang menimbun.50 Meter sebelum ana tiba lagi,telah penuh pengunjung parking kereta hingga menyebabkan jalan agak sesak.Di udara puluhan layang-layang sedang bermain di udara.Dipandu oleh pengunjung tasik yang seronok dan leka bermain bersama kelaurga mereka.Tidak kisah lelaki atau perempuan,ayah atau ibu,remaja atau anak kecil semuanya bergembira di taman tasik tersebut.

Taman Tasik Chempaka dahulu kalanya begitu panas sekali apabila pernah menjadi topik utama dalam majalah Mastika.Ketika itu isu yang dibangkitkan adalah sumbang mahram di mana tasik tersebut menjadi pusat maksiat tidak kira siang dan malam.Ana masih ingat lagi pada masa itu, ana masih lagi bersekolah menengah rendah.Ketika itu tidak ana tahu di mana terletaknya tasik hangat itu.Dan setelah ana menjejak kaki ke Bangi,baru ana tahu,lokasi petang tadi yang ana pergi adalah lubuk kemaksiatan buat satu masa dahulu.

Ana mahu sangat melihat suasana sihat di sana.Berjalan kaki memang menyihatkan badan.Tetapi pandangan ana sangat menyakitkan.Sedih dan kaku ana melihat apa yang berlaku. Tempat tumpuan ibu bapa membawa anak-anak kecil yang sedang membesar untuk beriadah dicemari dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku:

  • Ramai yang berjongging tidak menutup aurat sepatutnya.Yang peliknya yang jogging berseluar pendek tu lelaki Muslim.Pendek sangat.Dah jadi budaya.Tak tahu mereka ada ilmu tentang aurat atau tidak.
  • Remaja berpeliseran.Kawasan jalan kaki di tasik jadi tempat mereka lumba naik motor.Tak takut jika terlanggar anak orang ke.Berseluar pendek dan merokok. Jika anak kecil melihat mereka,apakah pengajaran yang mereka dapat?
  • Ibu bapa pun ada yang bermasalah.No wonderlah jika melihat anak-anak gadis dan teruna sekarang seksi dan tidak jaga agama.Ada bapa yang pakai sleuar pendek dan membenarkan diri mereka dilabel sebagai DAYUS.Isteri mereka dibiarkan membuka aurat dan kadang-kadang mengalahkan remaja.Malu ana dibuatnya kerana ada juga bangsa lain yang sedang menatap keseronokkan kehancuran akhlak Melayu Islam.
  • Jam 7.00pm tapi masih ramai di tasik.Adakah ibu bapa yang membawa anak mereka beriadah tidak mahu mengisi kerohanian anak mereka selain jasmani mereka?Adakah mereka sanggup melewatkan solat maghrib untuk menggembirakan anak mereka bermain di tasik?Dimanakah didikan agama buat anak-anak mereka?
Bukanlah niat ana untuk menyalahkan sesiapa tetapi inilah keruntuhan akhlak dari pelbagai peringkat yang ana dapat lihat.Sedih ana lihat.Ana sangat geram di hati tetapi apakah kuasa ana untuk mengubah segala yang berada di depan mata.Moga Allah bukakan hati mereka.AMin.

1 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

kalau nk ckp psl moral org kita,scra peribadi,agak susah la nk bndung.sbbnya skrg byk unsur luar yg dh pengaruh budaya kita.disbbkan hal2 yg mcm dlm artikel tu la yg akan mnjadi punca kpda yg lebih serius lg..