Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

2 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

salam, sekadar menziarahi,

saya kurang pasti, whether this entry is intended as a joke, or as something serious. Saya fikir, mungkin anda hanya melawak sahaja.

Tetapi, pendapat saya, memang tidak adil untuk anda men-stereotaipkan sahaja semua perempuan sebegitu. Saya tahu banyak sahabat2 saya yang sama sekali tidak akan berkata sebegitu. Bukankan kita semua sudahpun dewasa? sudah cukup besar untuk menilai hati budi dan bukan hanya pada fizikal? Saya akui, mungkin, ada sesetengah yang akan berfikiran cetek dan melihat pada luarannya sahaja, tapi saya rasa majoritinya tidak.

Saya pasti, jika saya membuat suatu entri yang sama, tetapi menukarkan jantina dlm entri ni, i.e. perempuan cantik vs. perempuan x cantik, anda mungkin juga tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan, betulkah? Kalau anda masih percaya dengan apa yang anda tulis dalam entri ni, saya rasa anda adalah orang yang paling cetek pemikiran pernah saya jumpa. Sebagai seorang da'ie, tampilkan pemikiran yang lebih luas dan global, dan bukannya sesuatu yang pada saya agak cetek dan merendahkan kaum perempuan sebegini. Maaf sekiranya saya terkasar bahasa, bukan niat saya begitu, sekadar teguran sahaja.

KaYRaiL FaREasT berkata...

Salam ukhwah buat Tanpa Nama...
Terima kasih kerana memberi pendapat dan ulasan mengenai artikel tersebut.Buat pengetahuan saudari saya kira,saudari kan?Artikel ini bukan ana yang menulis dan ianya dilabelkan sebagai hiburan semata-mata.Ana tak langsung terniat atau terdetik hati untuk merendahkan mana-mana pihak.Ianya hanya sekadar melawak dan menggembirakan hati antum sekalian.Ana tahu bukan semua muslimah berfikiran seperti itu. Ianya hanya sekadar HIBURAN.Bukan serius dan bukan ana yang menulisnya. Ana perolehinya juga dari website yang bertemakan lawak semata-mata...