skip to main |
skip to sidebar
Alhamdulillah sebentar tadi ana telah berusrah bersama naqib ana Ismail dan ahli usrah lain iaitu Shah,Azrie dan Chot.Bermula jam 5.30 pm dan berakhir jam 7.00pm tadi,banyak perkara yang kami bincangkan.Tajuk usrah yang di bawa oleh Ismail ialah Berbudi kepada Allah. Antara input yang ana dapat dari pengisian tersebut ialah:- Segala yang ada di dunia ini ialah pemberian Allah.
- Rezeki yang diterima oleh kita smeuanya kurnian-Nya
- Pusingan hidup alam ciptaan-Nya telah diatur sebaik mungkin oleh Allah SWT.
- Kita wajib mensyukuri nikmat Allah dengan berzikir,bertakbir,bertahmid,bertasbih dan sebagainya.
- Jangan kita sombong di atas muka bumi Allah ini.Siapalah kita ini di muka buminya kerana di langit dunia yang dapat di lihat dengan mata kasar terdapat 7 sixthtrilion bintang tidak termasuk matahari.Lebih banyak dari bilangan manusia di bumi.Maha kerdilnya kita dan Maha agungnya Allah.
Selain itu kami bincangkan hal berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia.Apabila manusia tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah maka dia juga tidak mampu mempunyai hubungan baik dengan manusia dan jika adapun ada tujuan yang lain selain kerana Allah.Kami juga bincangkan masalah isu semasa seperti yang berlaku di dalam sesebuah organisasi seperti Persatuan Pengajian Islam.Insya-Allah dalam masa terdekat, akan ada orang yang menjadi orang tengah untuk menyelesaikannya.Amin...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan