Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Ibuku,aku menantimu di 'sana'...

Bulan ini,sudah hampir sembilan bulan aku dikandung ibu dan dibawa ke sana ke mari.Rasanya,sudah tidak sabar lagi untuk aku keluar melihat dunia.Aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahan dunia.Betapa cantiknya alam ciptaan Tuhan ini.Dan yang paling aku nantikan ialah menatap wajah kekasihku,ibuku.Ah!Sebulan ini bagaikan setahun rasanya bagiku.Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua.Dengan penuh kepayahan,dengan jeritan tangis dan sakitnya,akhirnya aku dilahirkan.Sebaik keluar,aku menjerit dan menangis ketakutan.Bilik kecil iru begitu asing bagiku.Aku berasa begitu takut apabila melihat dunia yang aku impikan.

Tiba-tiba aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku.Aku memberanikan membuka kelopak mataku dan mengerling ke arah manusia itu.Oh!Inilah ibuku.Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan.Cantik orangnya.Apabila ibu mendakapku,terasa aman jiwa ini.Aku berhenti daripada menangis.Aku begitu selesa berada di dalam dakapan ibu.Aku memerhati sekeliling.Ayah,dimana ayah?Aku ingin menatap wajah ayah.Tapi ayah tiada.Ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain.Aku tidak tahu siapakah wanita itu,lalu aku kembali menangis.Lantas wanita itu menyuapkan aku sebotol susu dan aku menghisap semahu-mahunya.Tetapi rasanya tidak seenak dari susu yang aku inginkan dari ibuku.Ibu,aku mahukan susumu.

Tidak lama kemudian,aku melihat ibu bersiap-siap.Ibu….ibu mahu kemana?Ibu tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang sedang mendukungku ini.Aku menjadi pelik,kenapa ibu tidak mahu mengendongku aku.Bukankah aku ini anaknya?Selama sembilan bulan aku menunggu untuk menatap wajahmu ibu,kenapa tiba-tiba ibu bersikap dingin terhadapku?Apa salahku padamu ibu…?Kemudian,ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta.Ibu memelukku erat,matanya tepat memandang ke wajahku.Mataku dan mata ibu bertentangan.Terasa begitu bahagia apabila aku dapat menatap wajahmu ibu…

Aku melihat sekeliling.Gelap.Ada bulan di atas sana dan di sekelilingnya berkelip-kelipan jutaan butir bintang.Alangkah indahnya dunia ini.Mungkin inilah yang ibu katakan sebagai malam.Sedang aku mengelamun,tiba-tiba kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti di sebuah taman permainan kanak-kanak.Wanita itu kemudiaannya mengambil aku dari pangkuan ibuku.Aku kembali menangis.Entah kenapa,aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.Aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakkanku.Namun,ibu hanya melihatku dengan pandangan sayu dengan geningan air mata di kelopak mata ibu.Kemudian dia berpaling ke arah lain.Wanita itu membawa aku pergi,lantas meletakkan aku di atas tanah yang berumput,bersebelahan dengan tong sampah yang jijik dan hapak baunya.

Aku menangis dan menjerit.Kenapa aku diletakkan di sini!Aku mahu kembali ke pangkuan ibuku!Mana ibuku?Ibu,aku takut!Aku menjerit sepuas-puasnya,namun tangisan aku itu sia-sia sahaja.Ibu dan wanita itu meninggalkan aku seorang diri di situ.Ibu,kenapa ibu tinggalkan aku disini?Di sini bukanlah tempat seorang bayi seperti ku ini.Bukankah aku sepatutnya dibelai dan dimandikan,lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuhku ini?


Semut-semut merah yang berbisa berkeliaran itu mula merayapi tubuhku.Seekor daripadanya menggigit tubuhku yang masih dipenuhi darah ibu.Aduh!Ibu……sakit ibu…sakit….!!!Aku terus meraung apabila semut-semut itu menggigit tali pusatku.Ia kemudian menggigit pula bibirku.Aduh,aku tidak tertahan lagi.Tidak bisa aku melawannya kerana aku seorang manusia yang lahir sebentar tadi yang tiada kekuatan fizikal.Aku tetap mahu cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga,kaki,tangan dan seluruh tubuhku tetapi masih tidak terdaya.Tanganku ini terlalu kecil dan lemah.

Aduhhhhh….ibbbuuuuu!!! Aku menangis kesakitan tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.Waktu berlalu,akhirnya aku menjadi lese sendiri.Aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan aku tidak berdaya bagi menepis semut yang semakin garang dan lahap menggigit tubuh kecilku ini.Aku juga tidak lagi berminat lagi untuk melihat kegelapan malam dan bulan yang terapung tanpa tiang di langit.Ibu…aku sayangkanmu,ibu.Aku tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia,semata-mata untuk menatap wajahmu ibu,tapi ini yang kau lakukan padaku.

Langit beransur cerah,matahari muncul dan cahanya makin terik.Terasa aku sudah tidak mampu lagi untuk menghembuskan nafas ini.Tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil namamu ibu.Kini,aku benar-benar lemah.Sisa nafas tinggal di tenggorokku.Telingaku yang berdarah dan kemerahan tiba-tiba terdengar suara-suara manusia di sekelilingku.Kemudian aku diangkat dan dipeluk oleh seseorang,lalu dibawa aku pergi dari situ.Namun aku sudah tidak bersemangat lagi untuk hidup.Aku sudah tidak mahu lagi melihat dunia ini.Aku juga tidak mahu lagi menatap wajah ibuku.

Ibu biarlah aku pergi,kalau itu yang engkau mahukan dan inginkan.Hanya satu yang ingin aku tanyakan padamu ibu…tidakkah engkau takut kepada tuhan yang menjadikan diriku dan dirimu?Tidakkah engkau tahu bawah aku adalah kurniaan yang paling besar buat mu ibu?Aku berdoa,semoga tuhan mengampuni segala dosa-dosa ibu.Aku tahu sebentar lagi aku akan kembali ke pangkuan Tuhan.Itu memang pasti.Aku kan bertemu dengan dua lagi abangku dan kakakku yang pernah dibuang sebegini oleh ibu.Nanti aku akan mendengar pula kisah sedih mereka yang senasib dengan diriku ini.

Terima kasih ibu,kerana melahirkan aku.Terima kasih jua kerana membuangku.Tunggu ibu…tunggu aku akan menunggu ibu di ’sana’ nanti…kau akan bertemu ku kembali jua……..

0 Kesan Parut: