Salam Ukhwah Fillah ana ucapkan...
Alhamdulillah telah selesai sudah ana mengemaskinikan blog ini.Dan telah selesai juga peranan ana as Timbalan Pengarah untuk Program Hati Ke Hati anjuran PPI Uniten.
Al kisahnya yang mahu ana kongsikan bersama,petang Jumaat jam 6.30pm di Masjid Uniten,ana mahu bergegas pulang ker rumah setelah 2 jam mesyuarat bersama MT Program GTK.Mesyuarat yang diadakan di dalam bilik kuliah masjid turut ditumpangi oleh pelajar-pelajar UNITEN yang berbangsa Arab.Mereka sering belajar di masjid.Cemburu juga ana dibuatnya.Tetapi tak mengapa kerana ana sendiri tinggal di hadapan Masjid Hasanah Bangi.Ketika aku mahu melangkah pulang, terdapat 3 orang sahabat dari negara luar sedang belajar bersama.Salah seorangnya bertegur pada ana ketika ana mula angkat langkah pulang keluar dari bilik tersebut.Dia berkata,"Sorry because we are disturbing you guys"."Its ok",balas ana.Ana bertanya dari mana mereka berasal.Jawapan yang diberikan ialah Somalia, Yaman dan Sudan.
Ah!Begitu akrab mereka.3 negara yang berlainan tetapi disatukan dengan akidah yang sama.Subhanallah.Mereka sudah tahu kewarganegaraan ana.Maka rakyat dari 4 negara berada di dalam satu bilik yang berhawa dingin itu.Ana tidak ingat sangat topik apa yang dibincangkan cuma di sini ana ingin berkongsi bagaimana mereka ini mempunyai ilmu agama yang tinggi selain ilmu dunia.Sesi soal jawab berlangsung antara kami.Di antara persoalan yang dibangkitkan ialah isu palestin,Ahmedinijad,Turki,Israel,krisis dunia Arab,bidaah dan dakwah di Malaysia. Salah satu point soalan yang ana masih ingat ialah mereka merasa begitu pelik kenapa budaya kapel (bercinta sebelum bernikah) sangat sinonim dengan gaya hidup masyarakat Melayu Islam di Malaysia.Ana menjawab,semuanya dari rumah dan persekitaran.Didikan agama yang kurang dan pemantauan dair pihak bertanggungjawab tiada.Media massa mempengaruhi juga hidup mereka.
Mereka juga bertanya,kenapa umat Islam di Malaysia ketika waktu di antara dua khutbah,mengaminkan doa bilal.Sedangkan bagi mereka,sepatutnya kita diam dan beristighfar. Ana tidak mendapat jawab ketika itu kerana ana tiada ilmu dalam hal bidaah.Sesiapa sahabat tahu boleh berkongsi dengan ana.Mereka juga berkata bahawa kenapa dakwah kepada orang bukan Islam di Malaysia amat lambat dan kurang.Ana menjawab,semuanya kerana tiada semangat juang yang jitu selain tekanan dari pelbagai penjuru kehidupan seperti cintakan dunia, kesibukan yang melampau serta malu untuk menuntut ilmu.
Kami akhiri perbualan kami sekitar jam 7.15pm dengan memperkenalkan diri masing-masing.Ana lupa pula mahu perkenalkan diri pada mereka.Mereka yang ana berbual tadi ialah Alauiddin dari Sudan,Ridwan dari Yaman dan Mustofa dari Somalia.Perbualan kami semuanya dalam English.Ana fasih bahasa kebangsaan mereka pula fasih arab.Maka berlaku kekurangan dari segi komunikasi di situ.Tetapi,ana bersyukur,dapat berbual dengan saudara seakidah dari 3 negara tersebut.Moga ana bertemu dengan mereka lagi...Amin...Ukhwah Fillah!

0 Kesan Parut:
Catat Ulasan