Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Warga Uniten derma RM16,857.40


KUALA LUMPUR 27 Feb. - Warga Universiti Tenaga Nasional (Uniten) membuktikan keprihatinan kepada nasib rakyat Palestin apabila mereka menghulurkan RM16,857.40 kepada Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) hari ini.

Penyerahan sumbangan itu kepada tabung anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) berlangsung dalam satu majlis di universiti tersebut di Bangi dekat sini hari ini.

Ia diserahkan oleh Naib Canselor Uniten, Prof. Ir. Datuk Dr. Mashkuri Yaacob kepada Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

Mashkuri yang ditemui berkata, wang sumbangan itu mula dikumpulkan untuk disalurkan kepada Dakap sejak Palestin diserang tahun lalu.

"Kutipan ini adalah hasil kutipan semua warga kerja serta pelajar Uniten daripada pelbagai penganjuran aktiviti sebelum ini.

"Antaranya penganjuran Forum Uniten Anti War-Save Human Lives pada 21 Januari lalu selain kutipan derma di Masjid Uniten sendiri," katanya.

Tambah Mashkuri, jumlah yang diperoleh itu adalah sebahagian daripada keseluruhan kutipan dengan separuh lagi telah diserahkan kepada Tabung Aman Palestin sebelum ini.

"Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keperitan rakyat Palestin dan membantu mereka membina semula kemusnahan negara akibat kekejaman Zionis.

DESTINASIMU:

Hehehe..apa-apapun tahniah la UNITEN yer..RM 16k tu banyak.Hope derma-derma gak,tapi kebajikan pelajar UNITEN jangan diabaikan.Jangan kerana anak kucing comel di rumah,anak di rumah kelaparan.Hehehe..apa-apapun tahniah pada Persatuan Pengajian Islam itu sendiri yang telah menyerahkan kutipan rm 5662 kepada Aman Palestin.Tak perlu nak masuk-masuk surat khabar pun.Yang penting ikhlas kan???Hope takdalah duit untuk kebajikan pelajar jadi negatif 300k yer...kesian kami yang membayar..ishk2..

3 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

semoga sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan di sana..

Tanpa Nama berkata...

UNITEN memang serabai...dah la soglapkan duit pelajar,lepas tu nak dapatkan nama+pujian+sanjungan atas sumbangan pelajar dan pensyarah UNITEN...PROF GHAZ la punca segala angkara UNITEN mengalami kerugian...kalau boleh, kita gulingkan beliau!!

Tanpa Nama berkata...

UNITEN memang serabai...dah la soglapkan duit pelajar,lepas tu nak dapatkan nama+pujian+sanjungan atas sumbangan pelajar dan pensyarah UNITEN...PROF GHAZ la punca segala angkara UNITEN mengalami kerugian...kalau boleh, kita gulingkan beliau!!