Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Tanah untuk mencipta Adam a.s


Tanah untuk mencipta Adam As

Para malaikat di tugaskan mengambil tanah untuk mencipta Adam As


Firman Allah:

"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang aku tugaskan untuk mencabut roh manusia."

"Jika demikian hamba khuatir yang hamba ini jadi dibenci anak Adam kerana pekerjaan hamba ini," kata Izrail.


"Tidak" jawab Allah:

"Mereka tidak akan memusuhi engkau." Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, sebab terbakar sakit dan sebagainya."


Menurut keterangan para Ulamak bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis.

2. Tanah Bukit Tursina.

3. Tanah Iraq.

4. Tanah Aden.

5. Tanah Al-Kautsar.

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.

7. Tanah Paris.

8. Tanah Khurasan.

9. Tanah (Babylon).

10. Tanah India.

11. Tanah Syurga.


12. Tanah Tha'if.


Kata lbnu Abbas:


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempat akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.

10. Kemaluannya dari tanah Babylon. Di situ tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

11. tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia

12.Dua kakinya dari tanah India tempat berdirinya dan jalan.

13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

14.Lidahnya dari tanah Tha'if temapt munyucap Syahadat bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Sumber dari buku Himpunan kisah-kisah Malaikat.

0 Kesan Parut: