Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

PPI dan AMAN PALESTIN...



Alhamdulillah setelah 7 hari jawatankuasa SAVE GAZA anjuran Persatuan Pengajian Islam UNITEN menganjurkan pameran SAVE GAZA di COE dan COIT UNITEN,kami berjaya mengumpulkan RM 5662.00 dari 7 buah tabung dan telah selamat diserahkan ke wakil AMAN PALESTIN di pejabat mereka di seksyen 3 Bangi sebentar tadi pada jam 9.30pm.Wakil AMAN PALESTIN ialah Al-fadhil Ustaz Annas.Ana bersama Hakim Khatib(Setiausaha Agung PPI) dan Ameer (Mantan Exco DIO) bekerja keras selama sejam untuk membuka kesemua tabung dan mengira jumlah kutipan derma untuk diserahkan kepada AMAN PALESTIN.

Ana di sini as Pimpinan PPI UNITEN mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa secara langsung atau tidak langsung atas kesudiaan antum sekalian mengorbankan masa dan tenaga dalam menjaga booth serta mempromosikan SAVE GAZA anjuran PPI UNITEN.Tidak juga dilupakan semua AJK PPI yang banyak memberi sokongan dalam bentuk buah fikiran,tenaga dan wang ringgit.Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa antum semua.Dan jika tiada sahabat-sahabat yang bukan PPI yang menderma maka tidak tercapailah sasaran kami.Sasaran kami hanya sekitar rm 4000 tetapi telah melepasi angka tersebut.Syukur pada semua yang menderma yang terdiri daripada pelajar,pensyarah dan pekerja UNITEN.Moga Allah rahmati antum sekalian.

RM 5662 bukanlah nilai yang besar tetapi cukup untuk menunjukkan keprihatinan siswa dan siswi UNITEN dalam membantu saudara kita di GAZA.Dan alhamdulillah PPI juga merupakan pencetus kepada pihak Universiti dalam menganjurkan program Malam Anti War.PPI jauh kehadapan dalam isu kemanusiaan ini dan moga PPI terus maju.Dan jangan lupa untuk menyertai program Minggu SERIKANDI edisi 3 anjuran Helwanie PPI UNITEN pada 3 hingga 7 March bertempat di Bangunan Admin UNITEN.Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut program ini sila kunjungi website http://serikandiuniten.blogspot.com/ ... Akhir kata "Di mana bumi di pijak di situ Islam ditegakkan!"..

0 Kesan Parut: