Gambar di kiri:Barisan Pemimpin Syuhada yang membawa Politik Islam sebenar.Mereka muram sekrang kerana fikirkan masalah Islam di Palestin tetapi akan tersenyum gembira bila bertemu dengan Allah kelak.Amin.
Macam tak menarik je tajuk di atas.Apa kaitan keduanya?Semua sedia maklum keduanya adalah negara Islam dan cuma Islam dari segi apa yang membezakan mereka?Malaysia negara Islam yang aman damai.Palestin negara Islam yang berada di kancah pencerobohan.Malaysia negara Islam yang diiktiraf antarabangsa,Palestin negara Islam yang tidak diiktiraf kebanyakkan negara barat.Islam di Malaysia kebanyakkan hanya tinggal nama termasuklah dari segi pemerintahan, kewangan, undang-undang dan hiburan.Palestin memiliki Islam yang jitu dan teguh walaupun ada golongan munafik di situ.Islam di situ ramai berbanding yang munafik.Munafik di Malaysia begitu ramai hingga tidak dapat di bezakan munafik dan mukmin.
Gambar di kanan: Politik tak berlandaskan Islam Rasulullah.Senyum la kamu sekarang dan menangislah kamu di hadapan Allah kelak!
Mengapa ya saya kata macam itu?Tengok keadaan meruncing di Perak.Depan cakap lain belakang cakap lain.Depan cakap tak bertamadun pancing atau ADUN melompat parti. Tak hormati sistem demokrasi.Kini yang cakap itu yang mengamalkannya.Bukankah memungkiri janji itu salah satu 50 tanda Munafik?Yang memungkiri janji itu adalah pemimpin.Golongan pemimpin yang mengaku mereka Islam.Yang rasakan merekalah Islam yang benar.Islam yang benar adalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah bukannya Islam yang di bawa oleh cucu ulamak atau sebagainya.Nama Islam perlu satu iaitu Islam.Bukannya Islam Hadhari atau Islam Muhamadiyah.Jika hadhariyyah Islamiyyah,ianya masih boleh diterima kerana Islam mahukan penganutnya bersederhana dalam banyak perkara.Jangan sampai menukar nama dan mengasaskan 10 prinsip baru dalam Islam yang diciptanya.
Politik semuanya kotor tidak kisah ia dari mana KECUALI politik Islam.Apakah politik Islam? Sudah tentu Sistem Khalifah Islamiyyah.Bukannya demokrasi yang di lihat di luaran telus tapi di belakang penuh dengan kurap sogokan,pecah amanah dan ugutan.Malaysia dan Palestin.Kini,saat ini aku menulis,ketika ini aku menulis,seluruh jentera media di Malaysia hanya terarah di Istana Perak di Kuala Kangsar.Sudah kurang dan tiada yang mahu pandang ke Barat Laut di mana masjid umat Islam dan rakyatnya sedang sengsara di telan binatang buas Olmert dan bangsanya.Mengapa begitu taksub pada politik hingga sanggup menipu rakyat,hingga sanggup mencuri keputusan rakyat.Jika zaman Islam dahulu,orang saling menolak dan menangis jika memegang atau dilantik menjadi seornag ketua dalam pimpinan kerana tanggungjawab mereka dalam memimpin manusia sangat berat.Sebelah kaki mereka sudah berada di neraka Allah SWT.Sampai begitu sekali kegentaran mereka menerima amanah Allah. Ini tidak,lagi bangga jadi pemimpin adalah.Curi hak rakyat.Bangga dapat memegang jawatan. Kemudian banyak hak Allah,hak Islam dan hak rakyat diabaikan.Duit jadi taruhan.Inilah penyakit cintakan dunia telah menguasai pemimpin negara kita sekarang.Tidak ada Islam sebenar dalam diri mereka.Hanya Islam pada nama.
Palestin,walaupun mereka tidak memandang kamu lagi,aku dan sahabat dekatku masih memikirkan nasib mu di Gaza.Kami cintakan kamu seperti mana kamu cintakan diri kami sendiri. Palestin,inilah jihad kami di sini dengan menyedarkan umat Islam akan permasalahan yang kamu sedang hadapi.Percayalah,kemenangan akan tiba buatmu.Doa kami di sini senantiasa mengiringi mu wahai Palestina.Mereka yang sedar akan tanggungjawab sebagai seorang saudara Islam,yang duduk di Selangor dan punyai masa lapang,jihadkan dirimu untuk hadir ke:
- MALAM SAVE GAZA dan SOLAT HAJAT PERDANA (10 ribu Umat Bangi)
- Bertempat:Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi,Selangor.
- Masa: 8pm - 12pm
- Tetamu Jemputan: Dato Dr Harun Din,Salahudin Ayob,Wakil PAS dan UMNO,Wakil Hamas dan AMAN PALESTIN.
- Aktiviti:Persembahan Nasyid,Solat Hajat dan Pidato.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan