Salam ukhwah fillah..perhatikan frasa ini yang diperolehi dari blog UNITENDaily:
Oi pimpinan baru MPP UNITEN !
Korang tak yah kerek la...
baru naik dah buat-buat busy...
kalau tak nak jadi MPP,
buat apa korang ambik borang daftar tuk bertanding MPP??
*walaupun tak bertanding..
Kalau orang mintak tolong, jangan la buat-buat tak bertanggungjawab. ..
w/pun tu bukan t/jawab dlm skop kerja korang...dah naik MPP...buat-buat friendly laaa,
w/pun korang ni hostile pada asalnya....
jangan sampai Pelajar UNITEN kata korang ni Bodoh Sombong!
dah la kerja lambat jalan, orang minta tolong kerek pulak...
kalau satu sesi korang buat macam ni, blaa la wei...!!!
Baik tak ada MPP kat UNITEN or korang letak jawatan!!!
Hopefully admin UNITENDaily is not muslim kerana jika muslim kenapa perlu berbahasa buruk dan keji ketika bulan puasa?Dimana tarbiyahnya?
Aku bukan nak back-up MPP Uniten atau tidak.Tapi banyak perkara yang kita sendiri kadang-kadang tak sedar dan suka hati melepaskan geram kepada pihak berkenaan tanpa disoal selidik kebenarannya.MPP Uniten sesi 09-10 tidak dipilih melalui pilihanraya kerana jumlah calon layak yang menghantar borang pencalonan adalah sama dengan jumlah kerusi jawatan yang dipertandingkan.Itulah yang berlaku setelah ia berlaku pada pimpinan MPP 07-08.Cuma tahun Syafiq sahaja yang ada pilihanraya dalam tempoh 3 tahun lalu.
Dimanakah silapnya?Silapnya adalah datang seperti orang yang mengendalikan UNITENDaily.Yang hanya pandai cakap belakang.Mengutuk yang tidak membina dan melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan akibatnya!MPP Uniten juga pelajar seperti kita. Mereka juga mahu berjaya dalam pelajaran kerana itu adalah goal utama mereka memasuki ke menara gading.Kebanyakkan daripada mereka adalah orang yang amat baru dalam MPP dan ada antara mereka tidak pernah pun memegang mana-mana jawatan dalam kelab mahupun menjadi AJK MPP.Semua perkara perlukan proses penyesuaian diri dan belajar dari kesilapan. Seperti seorang bayi,mana boleh terus berjalan tanpa perlu meniarap kemudian merangkak baru berjalan bukan?Berikan mereka masa dan diharapkan selepas raya mereka akan menjadi satu team yang kuat mempertahankan hak pelajar UNITEN.
Mengapa mereka beli borang MPP?Kerana mereka berani.Aku sendiri tidak berani tampil kehadapan.Si admin UNITENDaily juga tidak berani bukan?Mungkin kerana kamu pelajar tahun akhir ataupun pointer kamu tidak melebihi 2.5 ataupun kamu ini hanya pandai cakap belakang tanpa tampil membantu kehadapan membantu barisan kepimpinan MPP yang baru ini. Kita perlu sedar bahawa MPP Uniten tidak seperti MPP IPTA lain dimana Pilihanraya kita tidak semeriah mereka kerana beberapa faktor:
1)P/Raya kita tidak mempunyai dua kumpulan iaitu Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.Ini menyebabkan kehangatan P/Raya tidak terasa.
2)Uniten adalah IPTS dan matlamat utama IPTS adalah berorientasikan keuntungan.Maka dengan ini,pembangunan sahsiah pelajar diketepikan dahulu dan bukan diletakkan sebagai prioriti.
3)Mentaaliti pelajar UNITEN yang hanya belajar sahaja.Hanya segelintir sedikit yang mahu menyertai bidang kepimpinan di universiti.Apabila kepimpinan melakukan kesilapan atau lambat sedikit mengambil tindakan,maka dihentamnya tanpa memikirkan sebab musabab mengapa kes atau permasalahan yang dibawa itu lambat diselesaikan.
4)Pelajar yang memasuki UNITEN adalah golongan yang bukan benar-benar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.Kebanyakkan yang memasuki UNITEN mungkin yang cukup-cukup makan dan mempunyai duit untuk memasuki UNITEN.Maka tidak kisahlah jika UNITEN tidak mempunyai ramai pemimpin berkaliber.Jika yang memasuki UNITEN pun ada ciri-ciri tersebut,tetapi kerana suasana pembelajaran dan sahsiah pelajar UNITEN yang cukup-cukup makan dalam segala hal,maka mereka juga tidak mampu menonjolkan diri seperti mana ketika mereka di bangku sekolah.
Pelajar UNITEN sibuk dengan assigment+projek+test.Pimpinan kelab UNITEN sibuk dengan assigment+projek+test+komitmen kelab+aktiviti+report persatuan.MPP UNITEN sibuk pula dengan assigment+projek+test+komitmen MPP+aktiviti MPP+report MPP+Orang tengah pelajar+Orang tengah HEP+memantau aktiviti semua kelab dibawah MPP.So komitmen mereka sangat tinggi.Mereka bekerja untuk MPP sepanjang masa.Jika anda tidak mampu menjadi MPP,sokonglah mereka dan bantulah mereka cara baik jika mereka ada melakukan kesilapan.Jangan main kutuk mengutuk je.Golongan seperti inilah menjadi api dalam sekam. So fikir-fikirkanlah....Jika anda mahu lakukan perubahan,jadilah MPP dan bukan syok belakang mengomel dan mengutuk MPP.Cermin diri anda dahulu adalah anda setaraf seperti mereka di MPP!
Maaf zahir dan batin...
(Bukan mahu pertahankan MPP tetapi tuhan kurniakan kita pertimbangan untuk berfikir,maka gunakanlah ia!Kepada admin UNITENDaily,pohon maaf kerana cara anda sangat kasar dan tidak adil kepada MPP yang baru.Ampun salah silap.Hanya sekadar teguran di bulan mulia...)
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan