Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Bagan Pinang Pula Menguji...


Assalamualaikum...

Berita yang baru aku bukak sebentar tadi menyatakan bahawa akan diadakan PRK ke-9 di Negeri Sembilan apabila ADUN Bagan Pinang baru sahaja meninggal dunia kerana sakit jantung.Al-Fatihah kepada arwah dan takziah diucapkan kepada keluarga jenazah.

Kini ujian melanda lagi di Malaysia apabila PRK menyusul dan menyusul selepas satu dan satu. Mungkin ianya hanya satu kebetulan namun setiap perancangan Allah itu pasti ada sebab musababnya.

Negeri Sembilan negeri yang terletak dengan negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor di bawah pimpinan PR,merupakan negeri yang sebenarnya kaya dengan sumber alam namun tidak mampu menjadi maju kerana keadaan geografi dan akibat penumpuan kerajaan pusat kepada Selangor dan Melaka maka tersepitlah N9 yang menumpang kasih pembangunan dari negeri jirannya.

Sekarang,apakah pula permainan politik yang akan dimainkan oleh kedua-dua belah pihak dalam menghadapi PRK ke-9 ini yang dijangkakan akan diadakan pada minggu kedua Syawal.Paling awal pun mungkin akhir Ramadhan namun persediaan perlu dibuat oleh pelbagai pihak iaitu SPR,parti penyandang kawasan ADUN dan pembangkang.

Bagi aku,sekarang adalam masa titik kelemahan pihak kerajaan telah mula terserlah dan makin terserlah.Antara isu yang boleh dimainkan oleh pembangkang iaitu PR ialah:


1)Isu pembangunan N9 yang mundur berbanding negeri jirannya.
2)Isu panas perkauman yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan Media Prima.
3)Isu PPSMI yang pasti diteruskan.
4)Isu kenaikan HARGA MINYAK dan harga barangan keperluan akibat tempias kenaikan harga minyak.
5)Isu perarakan kepala lembu yang amat menyentuh sensitiviti penganut Hindu yang didalangi oleh puak UMNO.
6)Isu perpecahan MCA akan menyebabkan pengundi Cina beralih arah ke PR.
7)Isu tindakan lembab kerajaan dalam menangani isu H1N1.
8)Isu SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA.
9)Isu penyalahgunaan dana kerajaan untuk meraih undi di MU dan penggunaan aset kerajaan seperti helikopter untuk berkempen di MU.
10)Isu rasuah yang berleluasa dalam BN.
11)Isu krisis perpecahan UMNO Terengganu.
12)Isu membawa artis barat seperti Black Eyes Pies dan MLTR ke Malaysia yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
13)Isu kekejaman BN menggunakan pelbagai pihak menghalang sebarang bentuk demokrasi dan himpunan tunjuk perasaan aman di Malaysia.
14)Isu Kartika yang memperlihatkan BN memperlekehkan hukum Allah dan lebih tunduk kepada sivil.
15)Dan isu perampasan PR Perak dan kerja jahat BN dalam perampas hak rakyat dengan mahu merampas Selangor dengan rasuah kepada ADUN PR!

Jika dilihat kepada isu yang akan dimainkan oleh PR untuk mendapatkan Bagan Pinang.Cuma semuanya bergantung kepada rakyat di kawasan tersebut.

Ana meramalkan BN akan menang tetapi dengan majoriti yang lebih tipis iaitu sekitar 500-1000 undi sahaja dan mungkin melambangkan kekuatan PR di N9 makin kuat.Namun ianya bergantung juga strategi licik yang biasanya dimainkan oleh BN di N9.Mungkin faktor geografi iaitu Bagan Pinang tidak begitu dekat dengan bandar seperti mana MU yang menyebabkan sumber berita hanya diperolehi dari lidah media kerajaan sahaja.Media alternatif kurang disalurkan ke kawasan berkenaan.

Kes SPR tidak mengadakan PRK di ADUN Seputeh melegakan UMNO seketika namun kini mereka kembali mengelabah apabila diuji pula PRK di negeri yang diperintah oleh mereka sendiri namun majoriti di DUN N9 tidak besar buat UMNO dan BN.Maka akan ada PRK yang menarik apabila ianya merupakan PRK pertama selepas PRU 12 yang diadakan di selatan tanah air.Sebelum ini PRK semuanya bertumpu di Utara,Timur dan Sarawak.Kini ianya menguji sejauh mana sokongan rakyat selatan kepada BN dan PR.Mungkin boleh menjadi petanda kepada pihak yang akan menguasai kerajaan pusat PRU ke 13 kelak.Allah hu Akhbar!Wallahua'lam...



(p/s:Seronok dapat bersalam dengan tangan Dato' Seri Anwar Ibrahim seusai solat Jumaat di Masjid Hasanah sebentar tadi!)


0 Kesan Parut: