Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Hak Aku Dinafikan!!!


Assalamualaikum...

Salam ukhwah fillah dan salam mendatang ke 10 malam terakhir Ramadhan.Terasa begitu pantas ya Ramadhan mahu bergegas meninggalkan Umat Muhammad yang alpa.Ah,apakah baki 10 malam terakhir ini dapat aku manfaatkan sepenuhnya?Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan lalu?Tidak dapat aku pastikan hal ini kerana farsa paling kritikal adalah 10 malam terakhir kerana ketika ini,telah terasa 2 bahang iaitu bahang kedatangan Hari Raya Eidulfitri yang menyebabkan ramai umat Islam lebih mengutamakan kehadirannya berbanding menangisi pemergian bulan Umat Muhammad S.A.W. ini.

Apakah pula bahang yang kedua?Bahang kedatangan sahabat karib kafir laknatullah.Itulah dia kembalinya Iblis bersama bala tenteranya iaitu syaitan setelah mereka berkampung di Bermuda Triangle untuk melakukan sesi post mortem prestasi tahunan menyesatkan anak bani adam.Adakah kepulangan mereka ini disambut dengan gilai ketawa di pagi raya ataupun takbir kesyukuran atas kemenangan kita menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu? Tepuk dada tanya selera.

Sebentar tadi baru sahaja aku menghabiskan Test 1 FLUID 2 di mana ianya merupakan lanjutan kepada Fluid 1.Agak memenatkan pada hari ini kerana 3 perkara perlu aku selesaikan pada saat sebelum aku menulis warkah ini.Pertamanya perlunya aku menyiapkan report assignment CAD Lab yang menggunakan perisian Pro-E dan Pro-M.Setelah lebih setahun aku meninggalkan software ini,kini aku kembali membelainya untuk jangka masa 3 hari lalu hinggalah petang tadi. Dan setelah bertungkus lumus selama separuh hari,maka saat ini 90% telah aku siapkan dan bakinya akan ku bereskan selepas artikel ini diterbitkan!

Kemudian seperti mana yang kalian ketahui,aku juga perlu membuat persediaan untuk Test 1 Fluid 2 petang tadi.Namun aku bersyukur kerana aku telah mengulang kaji sedikit pada hari Ahad dan Isnin lalu yang membolehkan aku mengurangkan ketegangan urat otakku pada hari ini. Bagaikan aku menjadi Core 2 Duo dalam melakukan 2 perkara dalam satu masa.Apakah ini semua?Itulah akibat dari menangguhkan tugasan yang telah lama diberikan.Insaf-insaf!

Eh sebenarnya tugasan ku pada hari ini sama seperti jenama processor desktop yang aku gunakan sekarang iaitu AMD PHENOM 2 X3 720 BE.Triple Core!!!Aku lakukan 3 perkara penting pada malam ini iaitu tambahan kepada menyiapkan log book Measeurement Lab yang sepatutnya dihantar semalam!Arghhh...aku maih mampu bersabar dengan kerenah 3 makhluk 'ganjil' yang seperti melakukan kerja tanpa memperdulikan aku sebagai ahli kumpulan labnya! Apakah mereka hanya bertiga dan mengetepikan aku sebagai ahli ke-4?Aku tahu aku lewat memasuki lab section tersebut atas sebab aku baru menukar section ketika tempoh add drop yang lalu.

Aku tahu aku bukan sebangsa dengan kamu!Sudahlah seorang ini bangsa india/singh tapi reti lak berbual dalam bahasa Mandarin.Mana lah aku nak paham apa korang bercakap.Cakaplah dalam Inggeris leh jugak aku masuk topik berdikusi.Berkenaan projek kumpulan lab ini,kumpulan lain semua dah hantar tajuk dan proposal namun korank masih relax lagi.Sekarang aku dah berjumpa dengan Dr Shahida Begum dan Mr Abdul Talip yang aku dengan rasminya keluar dari kumpulan 4 korank.Terasa terasing.Tiada kerjasama langsung.Nak meniru laju je.Buat lab nak cepat je balik walaupun experiment belum selesai sepenuhnya!

Dan kini aku lega telah terlepas dari kumpulan ini.Selamatlah korank bertiga dalam menyiapkan tugasan seterusnya.Ketidak hadiran aku dalam group mu tidak menggugat kepoyoan korang semua.....Asif Jiddan....

~Mohamad Khairil Faiz bin Sapari~



0 Kesan Parut: