Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

MachinE DesigN ProjecT


Lemah Longlai benar aku menaip beberapa artikel terbaru untuk blog aku ini.Sudah sekian lama..Tepat 9 Hari aku tidak update langsung blog ini menyebabkan blog ini dipenuhi semak samun.Penuh dengan habuk setelah lama tidak dicuci dengan artikel menarik dan bermanfaat buat sahabat sekalian.

Al-kisahnya nak cerita pasal raya sebenarnya dah malas dah kerana bagiku raya dan lepas dah.Yang mendatang yang terpaksa aku dan sahabat sekursus denganku akan hadapai ialah timbunan bukit projek,quiz,ujian dan akhirnya final exam.Arghhh....penat...

Kembalinya ku ke rumah sewa Bangi pada pagi Jumaat 25/9/2009 bukanlah tanda kerehatan selepas raya bagiku tetapi merupakan cabaran besar yang terpaksa ku tempuhi dalam menyiapkan dua tugasan yang begitu penting yang akan mempengaruhi keputusan final ku kelak iaitu Machine Design Project (MDP)dan Kerja Kursus KDKB.

Bermula secara rasminya pagi sabtu,aku,hakim dan adli bermula dengan langkah sumbang apabila masing-masing pening kepala memikirkan jalan penyelesaian MDP.Maka dalam kepeningan itu,aku mengambil kesempatan sebelum pening itu dengan menyiapkan K.Kursus KDKB yang berjumlah 30 muka surat untuk 8 jam tempoh untuk menyiapkannya!Penat sangat tetapi puas kerana siap satu tugasan besar yang perlu dihantar pada hari ini (28/9/2009).

Nak tak nak pening juga kepala apabila Hakim dan aku ditugaskan dalam Analysis Department manakala Adlie dalam bahagian Drawing Department untuk menyiapkan projek tersebut.Tak mampu nak buat kesemuanya sorang-sorang.Bantuan ditambahkan lagi dengan kehadiran saudara Waqar yang ditugaskan dalam Report Department dibantu oleh Tauhid untuk Special Task Department (tukang beli air,buat lawak,compile dan hantar report).

Kebuntuan tersebut dikurangkan dengan kehadiran jejaka tampan utama UNITEN iaitu saudara Pidot yang membawa laptop barunya yang begitu segar bugar dengan jenama Ususnya...hehe.. Asus la...Beliau membantu kami dalam menyiapkan separuh daripada Analysis Department.Mekacih saudara Pidotan...

Dan pada pgi tadi (28/9)berlakulah kacau bilau di UNITEN apabila COE KIOSK yang menempatkan kedai print usahawan berjaya UNITEN,saudara Husni dipenuhi dengan manusia yang mahu print Report MDP.Beraturlah memanjang sehinggakan aku terpaksa menunggu 45 minit sebelum dapat mencetak 22 muka surat untuk Report MDP dan 36 untuk K.Kursus KDKB.Alhamdulillah...akhirnya aku berjaya juga menyiapkan dan terpaksa menerima pelbagai teguran dari pensyarah ku kelak apabila kami semua akan ditemuramah mengenai projek yang telah dihantar untuk tempoh masa 10 minit setiap orang pada 9/10/2009 kelak.Doakan aku....

0 Kesan Parut: