Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Menghitung Hariku...


Salam ukhwah...

Menghitung hari?apakah signifikannya dengan diriku ini?Hitung adalah suatu perkara yang biasa kita jumpai terutamanya dalam ilmu hisab.Contohnya:



Hitungkan jawapan berikut, 25 x 25 =?



Namun itu adalah hitung dalam matematik,salah satu cabang dalam ilmu Allah yang Maha Luas. Perhitungan dalam Islam yang paling kita biasa dengar ialah perhitungan di Padang Mahsyar kelak dimana setiap manusia akan dihitung amalan baik dan buruknya.Jika baik maka selamatlah ia menyeberangi jambatan yang paling digeruni oleh manusia jika tidak,terjunamlah ke lembah neraka Allah!



Kita umat Islam kini menghitung banyak perkara dalam kehidupan.Kita menghitung hal kewangan,menghitung hal umur dan menghitung segalanya.Lihat sahaja kini kita di memasuki frasa ketiga dalam Ramadhan,kita mulai menghitung untuk berhari raya yang nun jauh dilubuk hati dirindui oleh kebanyakkan orang Islam yang biasa imannya.Namun jika diperhatikan bagi pihak yang tebal keimanannya,maka yang dihitungnya adalah memperkasakan diri dalam meningkatkan stamina tubuh badan untuk menhadapi 10 malam terakhir Ramadhan yang dijanjikan di dalamnya Lailatul Qadar.



Jika diluar Ramadhan pula.kita sering alpa dan lalai akan perhitungan yang amat menggerunkan setiap manusia iaitu Ajal dan Maut.Sesuatu takdir yang tidak dapat dipercepatkan atau dilewatkan.Ini terbukti sendiri oleh salah sebuah filem kafir yang cuba memesongkan akidah kita apabila filem The Final Destination menggunakan ramuan cubaan manusia mengubah waktu kematiannya berakhir dengan kegagalan apabila manusia tidak mampu melawan takdir yang telah Allah tetapkan sejak bayi itu berada 4 bulan di kandungan ibunya.



Aku juga menghitung akan banyak perkara.Aku menghitung kestabilan kewanganku serta belanjawan seharianku.Sebaik-baik manusia adalah mereka yang sering mengingati akan kematiannya.Terngiang-ngiang di telinga ku akan mafhum hadis ini.Maka aku juga perlu menyediakan diri ku ini untuk melangkaui ke alam yang amat berbeza dengan alam dunia yang sedang aku layari kini.



Memasuki umur 24 tahun,insyaAllah lagi beberapa bulan,mungkin ada transformasi yang akan mematangkan diri ini ke peringkat yang lebih tinggi.Namun aku masih dan terus berpegang akan frasa ini "Kita merancang Allah jua menentukan".Memang dalam hati ini,mahu sahaja aku mendirikan bait muslim untuk menjaga nasab keluargaku yang mulia.Aku tak mahu mencemarkan maruah ku dan ibubapaku serta maruah dan kesucian Islam yang ku cintai ini.Ku sering berdoakan agar dimurahkan rezeki yang melimpah ruah untuk diri ini terus membina masjid tanpa perlu ada tanda ikatan sebelum nikah.



Namun apakah daya,menghitungkan diri ini yang masih dibangku Universiti membantutkan sedikit usahaku untuk terus ke arah itu?Apakah alternatif lain dapat aku gapai untuk menenangkan diri ini?Ah,sudah tentu dengan pertunangan.Umur ku kini 24tahun dan menganjak ke 25 tahun adalah target dan misiku untuk berbait muslim.Perancanganku untuk menanda kepada si dia sebelum ku memasuki 1/4 abad umur ku.Telah ku khabarkan berita ini kepada keluargaku dan mereka tidak menghalangnya.Kini perlu aku menyimpan wang untuk membeli sebentuk cincin kepadanya sebagai tanda semangat dan setianya ku untuk mendirikan masjid bersamanya.



Tapi ingatlah,perancangan Allah untuk hambanya lebih hebat dan tak tercapai fikiran kita akan jalan ceritaNya.Mungkin jika dipercepatkan adalah kerana rezeki ku yang cukup diberikanNya namun jika dilewatkan,maka aku perlu melihatnya dari sudut positif iaitu belum tiba masa yang cukup mematangkan diriku dan dirinya bersama-sama kerana masing-masing ada tugasan lebih besar yang perlu dilakukan agar masa depan tidak kabur.Itulah pelajaran.Si dia dalam tahun akhir di sebuah universiti terkenal di Malaysia yang terletak di ibukota Malaysia.Aku mendoakan dia menghadiahkan keputusan terbaik iaitu segulung ijazah buat ayah dan ibunya. Aku pasti dan pasti tumpang gembira dengan kejayaannya.Dan diharapkan ketika itu aku telah menandakan dirinya untuk dijadikan zaujahku kelak.



Dan kini aku pula masih bertungkus lumus di tahun ke-3 perjuanganku di UNITEN.Masih berbaki setahun setengah untuk ku habiskan pengajianku.Tiada aral melintang maka Ogos 2011 adalah tarikh aku menaiki pentas untuk bersalaman dengan Tun Abbas,Canselor UNITENku.Doakan kejayaanku.AKu tak mahu menghampakan abah dan makku setelah ku menghampakan mereka kerana kegagalan ku di GMI.


Akhir kata,aku berceloteh di sini bukan niat menggedik atau menggatal namun untuk berkongsi sedikit berita gembira yang menggembirakan hati si dia.Kegembiraan si dia adalah mencerminkan situasi ku kini yang turut berasa gembira.Selama ini dirinya dipalit rasa kesedihan berpanjangan,moga kehadiranku ini menjadi cahaya dalam meluruskan tulug rusukmu.Amin.Ku berusaha ke arah itu.Doakan kejayaanku dan kejayaannya...Salam Ramadhan...

...Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...


0 Kesan Parut: