Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Kenyataan SU Agung MPP UNITEN...


Maklum balas rasmi wakil pimpinan MPP kepada UNITENDaily:
Assalammualaikum w.b.t.

Tahniah saya ucapkan kepada insan yang mnullis artikel tersebut sebab berani memberi kata-kata seperti itu. Namun, dia tidak sedar bahawa dialah seorang penakut yang hanya mampu meluahkan perasaan di tempat orang-orang segolongannya berada dan apabila dia bersuara, tiada yang tahu siapakah dia. Yang bertambah pelik lagi, dia tidak menyatakan apakah jenis bentuk pertolongan yang dia minta dari pihak MPP. 
 
Di sini kita boleh simpulkan bahawa dia sengaja ingin menjatuhkan maruah MPP sesi baru ini atas hal-hal peribadi. 

Selaku Setiausaha Agung MPP Sesi 09/10, saya ingin memberi kenyataan bahawa MPP pada sesi ini terdiri daripada kalangan pelajar yang tidak menyombongkan diri malah selalu bertanyakan kepada siapa sahaja yang mereka terjumpa untuk bertanyakan jika terdapat masalah yang boleh pihak MPP bantu. Antara isu yang diutarakan di HEP ialah, permintaan perkhidmatan bas tambahan untuk solat terawikh namun tidak dapat disediakan atas isu pemandu. Kami juga memohon untuk membenarkan pelajar keluar untuk bersahur. Bagi masalah 'parking' pula, pihak Uniten telah bersetuju untuk menambahkan 'parking' di sebelah banggunan BN. Insyaallah, perkhidmatan bas juga akan ditingkatakan kekerapannya. Disini, anda perlu faham bahawa pemandu juga ada isu mereka sendiri. Kita harus fikirkan tentang kedua-dua pihak dan bukan pentingkan diri sendiri sahaja. Insyaallah, banggunan DNIM, yang kini digelar semula sebagai Pusat Pelajar akan mula beroperasi sepenuhnya selepas hari raya. 

Saya juga ingin menyangkal pendapat mengenai kami sombong kerana, pada minggu pertama selepas hari pencalonan, kami terus mula menghadiri jemputan kelab dan persatuan ke AGM mereka dan juga melawat induksi-induksi saf pimpinan baru kelab dan persatuan. Kami juga boleh dilihat selalu berada dikalangan pelajar. Cuma yang membuatkan anda tidak sedar adalah anda belum kenal siapakah kami. 

Masalah yang kami hadapi pada sesi ini adalah agak rumit kerana pihak HEP telah mengambil masa lebih dari 2 minggu untuk memberi surat pelantikan kami (sukar untuk memulakan kerja) dan selagi itu, kami masih belum menjadi MPP secara rasmi. Maka, kami tidak boleh sewenang-wenangnya memperkenalkan diri kami sebagai MPP. Namun, kami tidak berputus asa atau hanya menunggu untuk dilantik secara rasmi. Kami terus menjalinkan hubungan dengan MPP universiti-universi ti luar sperti KLIUC, UPM, UKM, MMU, UNITAR, dan lain-lain lagi. Selain itu, kami juga telah membuat lawatan tidak rasmi ke Kementerian Pengajian Tinggi. Kami telah menjalin hubungan tidak rasmi bersama Majlis Belia Malaysia. Kini, kami juga telah dikenali oleh Y.B Menteri Pengajian Tinggi bersama timbalannya. 

Semua ini kami lakukan adalah untuk kebaikan pelajar-pelajar Uniten baik di Putrajaya mahupun Muadzam. Ianya akan menjana keuntungan kepada seluruh warga Uniten. Fikirlah secara positif dan lihatlah secara lebih meluas. Bangunlah wahai pelajar-pelajar Uniten, sedarlah anda bahawa MPP tidak boleh melakukan apa-apa perubahan selagi anda, pelajar-pelajar Uniten, tidak memberi sokongan kepada kami malah hanya tahu mengutuk dan tidak pernah ingin membantu atau membri cadangan kepada perwakilan anda. 

Saya menyeru anda supaya juga berusaha dalam melakukan perubahan demi masa depan anda juga. Saya akan perjelaskan lagi berkenaan hal ini jika masa mengizinkan. Sekian, harap maklum. Mohon maaf jika tersilap kata dan mohon maaf pada yang zahir dan yang batin.


Syed Nabil bin Syed Jalal
Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tenaga Nasional.


(p/s: Pada 10 Syawal, akan ditayangkan Siswaraya di RTM. MPP kami adalah panel yang dijemput. Sila tonton ya...)

1 Kesan Parut:

hafiy berkata...

salam, tahniah saudara nabil kerana berjaya memberikan kenyataan yg yang baik. saya bersetuju dengan anda, mereka yang hanya pandai mengkritik tetapi tidak berusaha dan berfikir adalah golongan yg bodoh dan sombong. sedarlah wahai penulis unitenkini, siapakah anda yg hanya pandai berkata2 tanpa tindakan? tampilkan diri jika anda rasa diri lebih layak, x usah mengkritik barisan kepimpinan mpp yg baru.