Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Isterimu adalah musuh bagi si suami?


Allah berfirman: "Wahai orng-orang yang beriman, sesungguhnya isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh kepada kamu. Maka berhati-hatilah terhadap mereka. Dan sekiranya kamu memaafkan dan tidak memarahi mereka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "(At Taghabun 64:14)

Allah menyatakan dalam Al Quran bahawa isteri adalah musuh kepada suami. Ayat ini perlu difahami kerana banyak pihak yang ingin mengekspoitasikan ayat ini. Mereka mengatakan bahawa Islam tidak relevan.

Ayat ini ingin menjelaskan bahawa isteri itu akan menjadi musuh kepada suami apabila mereka menjadi penghalang kepada suami dalam beberapa keadaan. Contohnya, Allah menyatakan bahawa isteri adalah musuh kepada suami apabila mereka yang menjadi penghalang kepada suami untuk suami keluar menuntut ilmu atau menyebarkan ilmu. Dalam keadaan lain, isteri itu akan menjadi musuh kepada suami apabila mereka menjadi penghalang kepada urusan suami dalam gerak kerja ISLAM.

Ana ingin memberi amaran terhadap diri sendiri serta ingin berpesan kepada muslimin dan muslimat untuk 'alert' dengan ayat ini. Ramai dalam kalangan mereka yang aktif dalam berjemaah menjadi lemah setelah berkeluarga.

Allahyarham Ustaz Fadhil Noor pernah berpesan, "kalau kita tengok ada pemuda yang aktif waktu di sekolah, tak boleh lagi nak kata dia hebat. Kemudian dia masuk ke universiti dan dia aktif... Tak boleh lagi nak kata dia hebat. Kemudian dia masuk ke alam pekerjaan, dia masih lagi aktif berjemaah, tak boleh lagi nak kata dia hebat... Kemudian dia berkahwin, dan dia masih lagi hebat, tu pon tak boleh lagi nak kata dia hebat. Kemudian dah ada tiga anak, baru lah kita boleh kata dia ni hebat kalau dia ni masihf istiqamah..."(lebih kurang kata-kata daripada Allahyarham)

Kata-kata daripada Allahyarham Ust. Fadhil Noor ini memberi gambaran bahawa terkadang, isteri dan anak-anak akan menjadi penghalang untuk seseorang itu istiqamah dalam gerak kerja Islam. Manusia boleh lalai dengan keseronokan bersama isteri dan anak-anak sama seperti mereka lalai dengan fitnah kemewahan wang ringgit.

Justeru, lanjutan daripada ayat tersebut, Allah menyatakan bahawa " sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah fitnah(cobaan) bagimu, dan di sisi Allah-lah pahala yang besar".

0 Kesan Parut: