Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Aku Yang Tertewas dan Aku Yang Mempertahankan...


Kawan,Aku Juga Lakukan Dosa Sepertimu:

Aku manusia yang sering lakukan kesilapan.AKu bukanlah maksum.Ku tahu ianya adalah kesalahanku yang tidak sengaja ku lakukan.Apakah daya sebelum asar aku tertidur mungkin kerana keletihan dan tidak terjagaku untuk berjemaah di surau ketika asar.Aku rasa kesal apa dah berlaku.Ku tahu,ada tertulis "Sahutan panggilan manusia tidak sepenting panggilan Illahi".Aku terus menerus tertewas lagi apabila aku dikejutkan sebentar tadi dengan panggilan sahabatku bukan dari sahabiah ku.Aku terjaga dan jika tidak kerana dia maka makin lewatlah aku bangkit dari kamarku.

Sahabat,aku tidak pernah katakan diriku ini sempurna ataupun mempunyai ilmu dan makam tinggi sepertimu.Namun itu yang ku usahakan.Aku tidak mahu begitu bersungguh-sungguh di awal Ramadhan kemudian tertewas teruk diakhirnya.Itulah berlaku kepadaku tahun-tahun sebelumnya apabila aku begitu imarahkan tubuh dan jiwaku dengan pengisian Ramadhan di awalnya namun pabila raya mendekati diriku,maka makin alpalah aku dalam mengejar kepentingan penghujung Ramadhan.

Aku mengaku ianya kesalahanku.Aku tahu kadang-kadang aku tidak mampu mengikuti apa sahaja yang terkandung dalam warkah nasihat blog ini kerana aku juga manusia seperti mu. Apa yang tertulis akan menjadi motivasi diriku untuk memperbaiki diriku namun tidak bisa aku terus ke kemuncak kecemerlangan dalam membina akhlak mulia dan terpuji dalam diriku.Kerana kita manusia kelak akan berada di bawah kerana iman umat Islam akhir zaman bagaikan roda yang berputar.Aku mahu merasai kemanisan iman dengan mendakinya perlahan agar tidakku jatuh dengan segera.Takut benar jika Izrail menjalankan kerjanya ketika mana iman ku berada di bawah.

Sahabat,aku mengakui kesilapanku.Aku tahu aku tidak baik seperti kalian.Aku tidak sengaja melakukannya.Bukan kerana panggilan manusia aku utamakan namun kerana panggilan manusia itulah aku terjaga dari lamunan tidurku untukku mengabdikan diri kepadaNya.Ramadhan ini moga-moga menjadi medan aku tarbiyah diriku biarpun perlahan namun biar ianya lebih baik dari sebelumnya dan lebih baik dari Ramadhan yang telah berlalu.


Aku Berbangga Dengan Apa Yang Kita Hasilkan:

"Faiz,asal lah ko pakai motor ni.Pakailah LC.Kenapa tak tanya aku dulu.LC lagi best"

Ujar salah seorang sahabatku yang begitu teruja dengan produk luar agaknya.Aku memekakkan telinga ku kerana bagiku kepunyaan baruku ini iaitu hadiah pemberian ibubapaku yang bergaji sederhana yang hanya mampu membelikan ku GT128 sudah cukup melahirkan kesyukuranku. Kami sekeluarga tidak mampu membeli barangan luar negara yang mahal-mahal belaka.

Lihat sahaja,kesemua kenderaan di rumahku semuanya produk Malaysia.Wira SE,Kancil EX850, Modenas GT128,Karisma dan Kriss 110.Cuma ada hanya satu Yamaha lama iaitu CDI 80 menjadi tetamu asing dirumahku.Itupun umurnya lebih tua dariku kerana ketika itu belum wujud lagi nama Modenas.Jika ada,sudah tentu ibubapaku berbangga memilikinya dahulu.


Aku rakyat Malaysia sayangkan barangan Malaysia.Barangan Malaysialah yang menjadi bukti maju atau tidak negara ini.Apa yang mahu kita banggakan dengan Malaysia apabila keluar di TV asing,berselerak kenderaan Jepun dan Eropah di atas jalanraya KL?Jika kita ternampak Proton di luar negara sudah berbangga dan kembang kempis hidung kita melihat Proton gah menyusur di jalanraya luar negara.Namun masih ramai rakyat Malaysia yang menafikan produk kita.

Memang dahulu Proton dan Perodua hasilkan produk yang lemah serba serbi dalam pelbagai aspek.Macam juga dulu kereta pertama dunia dihasilkan oleh Henry Ford dan dijenamakan sebagai Ford.Bayangkan betapa teruknya kereta buatan kereta pertama ini hinggakan tiada bumbung dan tayarnya bukanlah bergetah.Namun inilah percubaan pertama manusia dalam teknologi automotif.Begitu juga Malaysia,baru berusia tidak sampai suku abad (hampir 25 tahun) mahu berkecimpung dalam dunia automotif yang telah dikuasai oleh Jepun dan Jerman. Kita sering membandingkan teknologi mereka yang sudah jauh kehadapan melebihi separuh abad. Lebih 1/2 Abad vs Hampir 1/4 Abad.Tidak adil langsung!

Kini insyaAllah produk kita makin bermutu.Mungkin akan ada kata Exora tidak cantik.Exora itulah inilah.Mungkin ALtis lebih baik dari pandangan kita.Namun setiap benda ada kelebihan dan kekurangannya.Exora kenderaan MPV pertama kita yang 100% dari Malaysia.Altis 100% dari Jepun yang telah lama maju.Bagiku,Proton telah berjaya menghasilkan produk bermutu dan hampir menyayingi produk luar.Namun kita perlukan masa kerana kita masih tidak maju dalam R&D dan kekurangan dalam modul kewangan kerana negara kita masih baru berjinak-jinak dalam industri ini.Namun usaha jurutera tempatan di Proton amat ku banggakan dengan terhasilnya Exora,Persona,Savvy,CPS dan lain-lain.Ada yang kata buruklah,bodynya lembut lah.Adakah kalian belajar kejuruteraan?Tentu ada sebabnya jurutera melakukan perkara tersebut.Jika buat keras sangat,bahaya juga pada penumpang dan kos kenderaan makin mahal.Lepas itu kita salahkan pula Kereta Malaysia mahallah.Macam-macam!

Apabila hanya slogan 1Malaysia menjadi bahan sempena kemerdekaan semata-mata nampak gayanya negara kita masih dijajah dengan pemikiran mengagungkan barangan luar.Jepun dan Eropah masih terus menerus menjajah kita dari pelbagai aspek kehidupan.Apabila rakyat Malaysia mahu bangkit,kita kutuk habis-habisan kononnya mahu membangkitkan semangat la konon.Namun kutukan yang sering diberikan sering diterjemahkan dalam bentuk cercaan yang tiada aspek pembinaan kesilapan yang telah dilakukan.Itulah Melayu dan Malaysia serta bangsa lain di Malaysia ini.Malaysia mudah lupa.Bukan sahaja Melayu namun semua kita mudah lupa begitu juga aku.
Jangan kita berbangga hanya pada slogan 1MALAYSIA yang hanya retorik politik semata-mata tanpa ada pengamalan di dalamnya.Ada apa dengan 1Malaysia dengan slogan "Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan".Semuanya menipu sahaja apabila dihadiahkan sempena kemerdekaan dengan kenaikan minyak.Kemudian nak raya ini,makin naiklah harga barang.Huhu...

Salam Ramadhan dan Asif Jiddan apa yang ku luahkan pada petang yang penuh kebingungan bagi diriku ini.Salam ukhwah fillah.


1 Kesan Parut:

csidesigner.blogspot.com berkata...

salam
leh tmpang letak banner125x125 x? banner ttg produk bumiputtra islam
'HPA' herba penawar al-wahida

klau leh copy link nie yek dlm side bar...
semoga ia dikira sbg 1 kebaikan oleh ALLAH swt..Insya ALLAH
tme kcih =)

<a href="http://www.DuniaHerba.net/bukhoryboyz">
<img border="0" src="http://www.DuniaHerba.net/banner/usahawan-hpa-125x125.gif"></a>
<p style="font-family:verdana,arial,sans-serif;font-size:10px;"><a href="http://www.DuniaHerba.net/bukhoryboyz">maklumat lanjut
smscall
syukri 0145302405
SOKONG INDUSTRI EKONOMI ISLAM</a></p>