Salam ukhwah fillah ku ucapkan kepada semua tetamu Destinasimu...
Alhamdulillah hari ini perjalanan hidupku kembali normal setelah berlaku kekusutan selama 4 hari berturut-turut bermula jumaat lalu hingga semalam.Apa yang kusutnya?Kerja yang perlu dibereskan dalam tempoh 4 hari yang sepatutnya diraikan raya bersama sahabat-sahabatku di KL.Itulah ilmu yang tiada masa untuk berehat.Senantiasa perlu diulangkaji dan salah satu cara melakukannya adalah dengan ditugaskan kepada aku dan sahabat sekursus denganku dengan timbunan projek yang telah lalu dan akan datang.
Mulut Becok?
Adakah aku mulut becok?Yekot..huhuhu.Sebenarnya Faiz sekarang dan Faiz dahulu amat berbeza. Sesiapa yang mengenaliku ketika aku di SMK Taman Keramat dan MRSM Muar,mereka mengenali ku dengan gaya skemanya yang melampau.Rambut disikat kanan dan kiri.Kemudian senantiasa berdisiplin yang ketat.Dan sudah pastinya ketika itu aku sangat tidak bercakap.Pendiam sahaja namun masa itu pendiamku berisi.Aku sering mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaanku.
Kini transformasi itu mula berlaku sejak mana aku memasuki KM Melaka dan GMI.Namun perubahan itu tidak ketara kerana aku masih dibelenggu kehidupan skema ketika peringkat menengah.Di KM Melaka,aku menjadi teruja apabila mendapat ramai kawan baru dari pelbagai tempat.Maklumlah semasa aku di MRSM aku ini skema.Kawan pun tak ramai.Apabila di KM Melaka aku ramai kawan,aku mulalah berjinak dalam berbual dan membuka topik untuk dibincangkan. Apabila aku memasuki GMI,aku kurang sedikit bercakap namun agak becik lebih dari ketika aku di MRSM.Mungkin kerana kehidupan A-Level dahulu yang membosankan menyebabkan aku mengambil alternatif bergumbira dengan berbual-bual dengan rakan se AL denganku.
Sebelum aku memasuki UNITEN pada Julai 2007,aku pernah bekerja sebagai jurupam+cashier di sebuah Stesyen Servis Petronas di Setiawangsa.Dari situ aku mula berkecimpung dalam dunia pekerjaan yang sangat luas dan berbeza dari dunia pembelajaran.Aku sangat rapat dengan pelanggan Petronas tersebut dan sering beramah mesra dengan rakan sekerja dan pelanggan. Dari situlah aku mula mengenali dunia Mulut Becok... Kini aku memasuki UNITEN,terbawa-bawa sifat ini kerana penglibatan aku dalam dunia pekerjaan adalah 5 bulan.Jika dahulu di SMK Taman Keramat,MRSM Muar,GMI aku sangat kurang penglibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti berpersatuan,aku mengubah gaya hidupku dengan drastik apabila menyertai pelbagai aktiviti di UNITEN dengan tekad "Aku tak mahu jadi seperti Faiz dahulu!".Mengapa?Sebab Faiz dahulu hanya hidup dalam dunianya dan sering ditinggal belakang dalam aktiviti sosial.Maka perlu aku kedepan.
Bermula denganku menyertai PRS dan kemudiannya PPI dan SAQ.Dan mulutku diasah untuk lebih kuat bercakap apabila aku menjadi Pimpinan PPI 2008-2009 dan menjadi Naqib.Kemuncaknya apabila aku menjadi Fasilitator untuk Kem Motivasi Perdana Felda-Uniten dan Uniten Orientation Week 2009,telah menjadi kebiasaan lidah dan peti suaraku berganding bahu dalam senantiasa berkata-kata hinggakan kadang-kadang benda yang perlu pun diperkatakan.
Ku Akui Kelemahanku
Ya,aku bukan maksum.Sebab itu orang kata,orang yang diam adalah lebih baik dari orang yang banyak berkata-kata kerana yang berkata-kata itu banyak lakukan kesalahan.Mungkin kerana mood excited ku pada malam semalam menyebabkan terbabasnya aku pada batas-batas perbualan dan menyebabkan sesetengah pihak tidak dapat menerimanya.Aku pohon maaf kerana mungkin itu secara tak sengaja aku meluahkan rasa gembira habiskan penyeksaan tugasan Projek MD ku.Kalian berkata tidak molek berkata sedemikian dan menggangu konsentrasi kalian.Ya aku tahu aku ganggu.Mungkin di situ kesilapanku.Setiap manusia adalah kesilapannya melainkan yang maksum.
Mungkin selepas ini,aku perlu kurang berkata-kata.Mungkin juga perlu memikirkan untuk mengurangkan kembali keaktifan aku dalam menyertai aktiviti berpersatuan agar ku lebih berhati-hati dalam melontarkan kata-kata takut termasuk dalam dosa.Diharapkan hal yang berlalu biarlah ia berlalu.Disamping aku mahu berubah ke arah yang lebih baik,aku mengajak kalian semua berhati-hati dalam setiap tindakan yang kita ambil kerana pembebasan Iblis Syaitan selepas Ramadhan menyebabkan benteng pertahanan iman kita amat rapuh.Musuh kita bukan lagi hawa nafsu semata-mata tetapi telah diteguhkan hawa nafsu itu dengan syaitan laknatullah.
Maafkan diri ini kepada yang putih berkilau-kilau....
Mana yang baik datang dariNya yang buruk semuanya dariku tetapi hakikatnya disandarkan kepada ku...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan