Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Tarian Poco-Poco Sesat Lagi Menyesatkan?


Aku secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka aku memang tidak setuju.

Tambahan pula, baru-baru ini, aku ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, aku sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan aku tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Aku tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).


Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, aku berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.


Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? 

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.


Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco?
Tak tahulah ianya salib atau secara tak sengaja.Kalian lihatlah sendiri!

5 Kesan Parut:

sophie berkata...

ya Allah....benarkah???tarian poco2 ni mmg terkenal dn ana pun prnh menari tarian ini,tp ana hnya anggap sbagi satu senaman...x prnh trfikir pun ia melibatkan agm...
musuh Islam ni trlau licik mmprdayakn umat Islam

Ain berkata...

memang diakui, tarian poco-poco ni makin glamor kat mana2 lebih2 lagi dikalangan pelajar ipt. terlebih dahulu lebih baik kalau kita nak ikut mana2 benda baru tu kita kaji dulu. untuk kebaikan kita bersama gak. wallahua'lam

Julieza Hayati berkata...

Syukran ngan infonya.. Nasib baik sy tk prnh menari tarian ini dn malas nk ambik tahu sbnrnya walaupun ianya cukup popular skrg...rupanya memang tak mendtgkn manfaat pn, malah ada agenda tersembunyi...

poco-pocong berkata...

Biarlah korang ni memang sengal tak boleh tenguk orang lain enjoy.

ko nak menari cara sufi ko nari la.

Poyo betul ko. Orang nak menari poco pun tak boleh.

Fad saja. Kejap dia orang boring lah.

Mamat poyo.. betul ko ni.

KaYRaiL FaREasT berkata...

Biarlah poco-pocong nak kata apa...
Ana hanya mahu mengingatkan sesama muslim.Kalau kita dh terbiasa melakukan sesuatu perkara maka amat sukar untuk kita tinggalkannya. Jika zaman kegemilangan islam dulu,menampakkan rambut serta wanita bernyanyi adalah suatu yang amat janggal dan boleh dikenakan hukuman, namun kerana terlalu kebaratan dan enjoy tanpa batas-batas agama, maka terjadilah generasi maksiat kini... maka itulah yang mahu dipromosikan oleh saudara poco-pocong mungkin...