Sejuk mata ini ralit menghabiskan sisa-sisa perjuangan ku dalam menyelami indahnya susuk tubuh novel ini.Rasanya tidak salah bagiku menghargai anugerah tuhan kepadaku ini.Memang benar kata orang,ratusan saluran dan cara yang tuhan mahu kurniakan kepada hambanya untuk mengajar mereka erti kesabaran setelah bertubi-tubi ditimpa musibah dan ujian dari illahi.
Dia tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia.Begitu juga daku yang sering jasad dan rohku yang sering diuji dengan pelbagai 'peperiksaan' dari khalid ku.Indah sungguh pagi ini tatkala ku seusai pulang solat subuh.Ku terus menatap saki baki lembaran novel ini.Pelik bin Ajaib apabila tidak tutup pun seinci mataku untuk meneruskan lamunan nan mimpi yang indah.Malahan iris mataku tahan tegar benar membaca baris demi baris susuk tubuh Salju Sakinah.
Oh Tuhan,indahnya cinta kepadamu.Seindah cinta para Nabi dan Solihin kepadamu. Bukan diriku untuk menadah kisah cinta dalam penulisan ini namun tidak menjadi kesalahan bagiku selagi ku rasakan luahan di sini tidak melanggar undang-undang Maha Esa.
Sumayyah,ah hebat betul watak dalam novel ini.Begitu tinggi imiginasi yang diilhamkan oleh Maha Pencipta kepada wakil khalifahnya untuk memperjuangkan roh dakwah melalui penulisan novel islamik.Itulah dia Zaid Akhtar.Buku yang ku pinjam dari sahabatku Nazmie membuatkan ku jatuh cinta pada setiap watak yan dimainkan dalam novel ini.Alunan dan susun kata dalam novel ini begitu tinggi nilainya.Setelah ku sekian lama tidak menjamah novel setelah terakhirnya ku menjamu Ayat-Ayat Cinta,tuhan telah memperjodohkan ku dengan Salju Sakinah.
Terdetik tanda tanya dalam hati,apakah membuatkan sahabatku Nazmie ralit benar membaca novelnya itu.Maka di musim percutian ini,tidak mahu ku membuang masa dalam mengisi lompong-lompong kehidupan selama 3 bulan percutian ini.Ku bergerak ke hadapan dengan meminta untuk meminjam novel ini.
Dalam hatiku berbisik 'Ah tidak ada novel setanding dengan Ayat-AYat Cinta'.Novel nukilan Habiburrahman ini berjaya benar menabahkan hatiku setelah dikecewakan seseorang.Memang benar dan benar belaka janji dalam kalam Allah Al-Quran.Belekkan pertama ku pada Salju Sakinah membawa diriku 'melancong' ke dunia arab yakni Jordan.Universiti Yarmouk menjadi persinggahan dimana sebelum ini AAC menceritakan perut kehidupan di Universiti Tertua Dunia,Al-Azhar.Betapa indahnya perjalanan hidup siswa siswa di sana.Dengan kehidupan jauh nan di tanah air,mereka berstau di bawah sebuah persatuan yang mengeratkan ukhwah yakni PERMAYA.Di sinilah bermulanya pelbagai watak yang bagiku membawa pelbagai ragam manusia.
Di Jordan,watak yang dimainkan hampir semuanya adalah Protagonis.Tidak terjumpa sangat antagonisnya melainkan watak gedik pasangan arab yang berasmara di samping orang 'ketiga' mereka yakni Syaitan Laknatullah.Sumayyah,nama yang menjadi jalan cerita ini oleh Zaid AKhtar.Seorang muslimah yang sedang menuntut tahun akhir di Universiti kebanggaan dunia arab yakni Yarmouk.Bersama rakan seperjuangannya siswi dan siswa PERMAYA,pelbagai ragam dan dugaan yang dimainkan dalam al kisah novel ini.Cinta?Ah,tiada dalam novel ini. Memang ianya novel Islamik seperti mana novel sejalan dengannya AAC.Maku ku letakkan jalan juangku seperti Sumayyah namun ku tiak merasakan ku layak berada di tempatnya.Muslimah yang sangat tabah dan amat disenangi oleh akhwat dan ikhwan.
Seusai perjuangannya di imtihan Yarmouk selesai,kepulangannya yang sepatutnya disambut kegembiraan dihulurkan tangan kesedihan atas musibah yang melanda diri dan keluarganya. Rupanya cabaran sebenar bukan menuntut di negeri orang tetapi ketika berada di negeri sendiri.Kerenah jiran,harta pusaka syarikat keluarga serta masalah akidah ahli keluarganya menjadi bahan perencah lanjuta dari kepulangannya dari Jordan.Namun masih adakah muslimah seperti Sumayyah di Tanah Melayu kini?Jika adapun mampu dibilang dengan jari.
Aku tertarik benar dengan istilah Kak Ngah yakni kakak buat Sumayyah.Jadilah Usahawan Agamawan.Tidak menjadi kesalahan menapakkan diri dalam dua bidang yang Nabi s.a.w sendiri pernah menceburinya tatkala baginda masih bernafas hampir 1400 tahun dahulu.Sokongan ahli keluarga amat membantu pelakon utama novel ini dalam menerobos halangan demi halangan yang menjadi benteng baginya untuk berdakwah di jalanNya.
Namun janji Allah itu benar-benar belaka.Kita tidak nampak sebalik hijab yang diciptakanNya. Manusia sering mengomel dugaan yang menghujani kantung nasibnya.Namun setiap masalah ada hikmahNya.Sebagai seorang muslim seperti Sumayyah,itulah yang wajib kita imani dan pegang sebagai panduan hidup khalifah.Cubalah hayati kisahnya bagi yan belum menatapnya. Pasti ia membawa satu risalah hidayah dan motivasi kepada kalian.
Akhirnya tersemailah cinta kepada Illahi dan kemudian Dia akan berikan cinta sesama makhluk seperti mana diciptakan Adam dan Hawa.Dari seorang muslimah yang tidak pernah mahu memikirkan soal jodoh,ditemukan Allah dengan seorang Al Fadhil Ustaz yang beriman sekufu dengan Sumayyah.Namun pertemuan mereka sungguh islamik dan jauh dari kesesatan iblis dan syaitan.Itulah natijahnya berkat kesabarannya sepanjang lebih 400 muka surat novel ini.Indah sungguh jalan ceritanya.Tahniah buat pendakwah moden Zaid Akhtar.Bahasa mu sungguh tinggi disulami kesasterawan yang memang berbenih dalam benak hatimu.Tahniah dariku!

Usahawan Agamawan buat Sumayyah Aku? Bolehkah menjadi Jurutera Agamawan?InsyaAllah...Ameen ya Allah!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan