Seorang lelaki yang bernama Kyle Reese dari masa hadapan kembali ke masa lampau bagi menyelamatkan seorang wanita yang bernama Sarah Connor daripada dibunuh oleh robot pembunuh cyborg. Semasa usaha menyelamat itu, Kyle Reese telah berzina dengan wanita yang baru dikenalinya itu. Melalui hubungan jenis yang tidak sah itu, Sarah Connor akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama John Connor.
Semasa kanak-kanak, John Connor digambarkan suka menghabiskan masa dengan bermain video game. Manakala semasa remaja, anak zina Sarah Connor dengan Kyle Reese itu terlibat pula dalam penagihan dadah. Namun, remaja tersebutlah yang akhirnya akan menyelamatkan manusia daripada dilenyapkan oleh robot pembunuh cyborg. Remaja anak zina itulah juga yang akhirnya akan menjadi pemimpin agung bagi manusia akhir zaman. Itulah gambaran yang ingin disampaikan oleh Hollywood melalui filem Terminator yang kini memasuki sequel keempat.
Mengangkat anak zina sebagai hero dalam sesebuah filem bukanlah perkara yang baru dan pelik bagi Hollywood. Dalam filem Kingdom of Heaven misalnya, hero filem tersebut digambarkan sebagai anak zina yang akhirnya menjadi pemimpin yang berani dan berhati mulia bagi masyarakat Kristian di Palestin. Jadi, apa salahnya anak zina? Anak zina juga sama seperti anak-anak yang lain, mampu untuk menjadi insan yang baik, berbakti, berilmu, dan cemerlang. Justeru itu, tidak salah bagi mana-mana pasangan yang melahirkan anak zina, dan justeru itu juga perbuatan zina itu sendiri tidak perlu dikutuk dan pasangan yang melakukannya juga tidak perlu dihina.
Namun bagi Islam, anak zina tidak akan selama-lamanya sama dengan anak yang dilahirkan melalui perkahwinan yang sah. Anak zina sama sekali tidak boleh dibinkan kepada ‘bapa‘nya, dan oleh itu anak zina tidak layak mendapat hak pewarisan harta pusaka. Anak zina juga sekiranya perempuan tidak boleh diwalikan oleh ‘bapa‘nya semasa akad nikah dilakukan.
Hukuman Islam berkaitan anak zina ini bukanlah satu diskriminasi atau ketidakadilan terhadap mereka. Sebaliknya hukuman ini menyerlahkan lagi keadilan yang terdapat dalam Islam kerana Islam sangat menitikberatkan soal keturunan. Sekiranya keturunan bukanlah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, apa perlunya manusia melangsungkan perkahwinan dan mengadakan undang-undang yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak penjagaan anak, hak pewarisan harta, dan sebagainya, termasuklah hukuman bagi mereka yang melakukan hubungan seks tanpa melalui perkahwinan yang sah.
Hubungan seks bagi Hollywood tidak lebih daripada hanya sekadar untuk meredakan ketegangan, mencari ketenangan, melahirkan perasaan cinta, melepaskan rindu, dan kadang-kadang sebagai helah untuk mengalahkan pihak musuh.
Justeru itu, hubungan jenis bagi Hollywood tidak semestinya terikat dengan ikatan perkahwinan. Hubungan jenis bagi mereka bebas daripada keazaman untuk melahirkan zuriat yang baik dan bersih. Seks bagi Hollywood adalah hak asasi bagi setiap individu. Tidak ada siapa pun yang boleh menghalang seseorang daripada melakukan hubungan seks dengan mana-mana individu yang ia sukai, selagi hubungan seks tersebut dilakukan secara sukarela antara kedua-dua pihak.
Namun, pada masa yang sama Hollywood sedar bahawa mesej tersirat yang ingin disampaikan melalui filem-filem yang disebarkan ke seluruh dunia sukar untuk diterima bulat-bulat oleh masyarakat, khususnya Islam dan timur yang masih kuat berpegang kepada ajaran agama dan tradisi nenek moyang. Oleh itu, akhir-akhir ini kita melihat Hollywood telah mengambil pendekatan lain yang boleh dianggap sebagai justifikasi kepada kebebasan melakukan hubungan seks yang diperjuangkan oleh Hollywood selama ini.
Oleh itu, kita tidak terkejut apabila Hollywood secara besar-besaran mempromosikan gaya kehidupan Brad Pitt dengan pasangan sekedudukannya Angelina Jolie. Hollywood seolah-olah bersetuju dengan tindakan hero tentera Kuda Kayu Trojan itu yang akhirnya melahirkan anak luar nikah, malah langsung tidak mendesak agar kedua-duanya mendirikan rumahtangga secara sah. Mungkin inilah gaya hidup moden yang diinginkan oleh Hollywood .
Walau apa pun mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh Hollywood , filem-filem Hollywood sebenarnya adalah manifestasi daripada trend kehidupan moden masyarakat barat yang sudah rosak dan melampau. Biarkanlah Hollywood dengan ikon anak zina mereka yang terbaru melalui filem Terminator Salvation kerana itu adalah pilihan mereka. Biarkanlah Hollywood membentuk imej mereka sendiri melalui filem-filem yang dihasilkan oleh sutradara-sutradara tersohor mereka.
Apa yang menjadi kebimbangan kita ialah terdapatnya kecenderungan di kalangan penggiat-penggiat filem tanah air kini mula terikut-ikut dengan gaya pembikinan filem-filem Hollywood , Sehinggakan sebahagian daripada filem kita tidak lagi berwajah Malaysia apatah lagi berwajah Melayu dan Islam.

0 Kesan Parut:
Catat Ulasan