Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunah



1. Beriman dan Beramal Soleh:

  • "Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman,maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan"  (Surah al-Nahl:97)
  • Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik(dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah:

  • Dengan berzikir kita akan dapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana.Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu" (Surah al-Ra'd:28)

3. Bersandar kepada Allah:

  • Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa.Allah berfirman "Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya" (Surah al-Thalaq:3)

4. Senantiasa mencari peluang berbuat baik:

  • Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
  • FirmanNya "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia.Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredaan Allah,nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah al-Nisa':114)

5. Tidak  angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam:

  • Fikir tetapi jangan khuatir.Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti.Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang.Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahatian masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
  • Rasulullah s.a.w bersabda," Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah.Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai),janganlah engkau berkata: "Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu",akan tetapi katakanlah "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan.",Kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan "(Riwayat Muslim)

6. Melihat "Kelebihan" bukan kekurangan diri:

  • Lihatlah orang yang dibawah dari segi kehidupan dunia misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita akan meremehkan nikmat Allah yang diberikanNya kepada kita.
  • Rasulullah s.a.w bersabda: "Lihatlah orang ayng dibawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia:

  • Ketika melakukan sesuatu kebaikan,jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia.Berharaplah hanya kepada Allah.Kata bijak pandai,jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.Malah ada antara hukama berkata: "Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!"
  • Firman Allah :"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata,kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." (Surah al-Insan:9)

0 Kesan Parut: