Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Berbekam Cara Rasulullah S.A.W


Esok insyaAllah ana akan menjalani sesi ke-3 Berbekam di Pusat Rawatan Rumah Bekam Sehat di Batu Caves Selangor.Alhamdulillah sejak ana berbekam,Banyak sangat perubahan kesihatan dapat dilihat dalam diri ana.Dulu ana di kira mengalami alahan resdung yang teruk.Setiap minggu pasti sehari dua kena.Tetapi sejak melakukan bekam,sebulan hanya sehari je kena.Walaupun kadang-kadang terlanggar pantang makan,namun ianya lebih imun selepas berbekam.


Sakit?Ini persoalan biasa.Bagi ana terus terang ana katakan tidak lah sakit.Cuma agak sakit apabila mangkuk yang ditelangkupkan keatas kulit disedut.Jika ada angin di situ,rasa agak sakit. Namun apabila proses mencucuk dengan menggunakan jarum peniti,boleh dikatakan tidak terasa seperti disuntik.Rasa kebas kerana sebelum itu kulit telah disapu dengan sejenis bahan sapuan.Mungkin antibiotik.


Ana rasakan rawatan bekam sangat selamat dan bersih.Tiada kesan sampingan.Walaupun harga sekali rawatan RM 150.00 namun kita boleh meminta di kawasan manakah mahu berbekam.Jika lenguh kaki,maka berbekamlah banyak di kaki.Anda boleh lakukan antara 10-20 tempat bekam dengan bayaran RM 150.00.Tempat adalah bersih dan kita akan disajikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.Tenang rasanya.Siapa benar-benar berminat boleh hubungi Rumah Bekam Sihat Batu Caves 0361865888...Anda pasti teruja.HeHeHe.


Jom Usha sikit kebaikan berbekam...
SEBAIK-BAIK PERAWATAN IALAH DENGAN BERBEKAM” RIWAYAT BUKHARI
 

Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan Sahabat RA, Rasulullah SAW mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik samaada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. 

Bekam adalah istilah dalam Bahasa Melayu dengan makna ‘Buang Darah’ atau ‘Buang Angin’. Dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘cupping’ manakala dalam bahasa ARAB dipanggil ‘al Hijamah’ (الحِجَامَة). Caranya dengan mengeluarkan kumbahan darah atau darah kotor yang mengandungi toksid yang boleh merosakkkan badan daripada permukaan kulit 

Toksid adalah endapan racun (zat kimia sintetik) yang tidak boleh ditapis oleh tubuh dan ia boleh dikatakan ada pada setiap tubuh manusia. Ia berasal daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, perisa makanan, pengawet, penaik makanan, sayuran yang disembur racun ., binatang ternakan yang dicucuk, gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, menagih dadah dan mengamal ubat-ubatan kimia (sintetik) yang mengandungi dadah. Bekam sangat sesuai untuk menghilangkan toksid, membetulakan system imuniti seseorang dan menyembuhkan penyakit. 

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara. 

Disamping faktor kesihatan pada bekam, factor yang paling penting dan utama ialah terdapat cirri ibadah sehinggakan para malaikat Allah sendiri menganjurkan kita semua supaya berbekam. 


  

 عن إبن مسعود أن النبي صلى الله عليه وسلم 

قَالَ : مَا مَرَرْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِى بِمَلَإٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِلّا قَالُوْا : 

يَا مُحَمَّدُ مُرْ أُمَّتَكَ بِالْحِجَامَةِ 

رواه الترمذى والبيهقى 


Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda " Sesungguhnya aku telah melalui beberapa kumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Taala dan mereka telah berkata: ‘Wahai Muhammad suruhlah umat Mu berbekam’ 

  

Oleh kerana amalan berbekam ini semakin dilupakan orang dan pembekam semakin berkurangan, mari kita lihat sedikit sebanyak hikmah berbekam : 

KENAPA BERBEKAM ? 


Hikmah daripada bekam sangat banyak diantaranya seperti berikut : 

1) Sunnah Rasulullah SAW 
2) Sebaik-baik doctor 
3) Kesihatan 
4) Dakwah 
5) Menggalakkan manusia mengamalkan sunnah 
6) Ekonomi 
7) Kesembuhan 

BEKAM DARI SUDUT KESIHATAN 

Masalah peredaran darah boleh terganggu dengan berbagai keadaan antaranya ialah: 

1) Oksigen yang berkurangan menyebabkan berlakunya kecacatan pada sel-sel darah merah yang dinamakan ‘darah kotor’. Darah kotor akan terpendam di bawah kulit (scurf rim) menyebabkan system imuniti merosot. Bagi mengeluarkan darah kotor ini kaedah yang paling baik ialah berbekam. Titik bekam perlu diteliti dengan cermat agar kesembuhan boleh berlaku. 

2) Allah menciptakan didalam tubuh manusia suatu medan yang dinamakan Medan Elaktromagnet (MEM) yang berperanan membetulkan neutrotransmiter (penghantar signal saraf) dan precursor hormon. Sekiranya MEM ini terganggu maka akan mengganggu kestabilan system hormon, system saraf dan system imuniti tubuh. Ini juga akan menyebabkan hormone kortisol bertambah dan berlakunya penuaan, menurunnya hormone testosterone, anti pertumbuhan dan kekurangan insulin. Ketidakseimbangan hormon yang berlaku pada tubuh ini menyebabkan peredaran darah juga terganggu kerana aliran darah ditentukan daripada kerja hormone dan diaktifkan melalui penyelarasan MEM. Di antara cara yang paling baik untuk membetulakan MEM ialah dengan berbekam. 

3) Menghilangkan racun didalam tubuh manusia samaada dalam bentuk zahir atau batin (sihir). Ini jelas terbukti apabila perkara ini mengenai batang tubuh Rasulullah SAW yang sangat mulia. 

Kisah pertama: Rasulullah termakan racun yang diletakkan oleh seorang wanita yahudi ke dalam daging kambing yang dihidangkan pada Rasulullah SAW dan sahabat di Khaibar. Rasulullah SAW di bekam di ‘Kahil’ sebanyak 3 kali. 

Kisah kedua : Rasulullah terkena sihir yang dikirimkan seorang yahudi yang bernama Labid Al A’som dengan menanam alatan sihirnya seperi rambut, sikat dan beberapa bekas ke dalam perigi. Rasulullah SAW seolah menjadi pelupa atau tidak ketahuan sehinggalah ALLAh mengirim dua malaikat memberitahu perkara tersebut kepada Baginda. Kemudian Rasulullah berbekam di kepala di samping beliau membaca Rukyah (Ayat-ayat pelindung). 

4) Suhu cuaca yang terlalu panas akan menyebabkan darah dalam tubuh manusia tidak stabil. Adakalanya ia akan naik ke kepala menyebabkan kesakitan di kepala. Lebih-lebih lagi bagi tubuh mereka yang mempunyai banyak toksid kerana ia akan menyebabkan penyumbatan dalam aliran darah (blood secretion) dan akan mengganggu kesihatan seseorang. Antaranya kesannya akan berlaku kemalasan, murung, lenguh-lenguh badan, sakit sendi, emosi terganggu serta akan mendatangkan penyakit-penyakit yang lain seperti darah tinggi, kencing manis, gout dan lain-lain. Maka bekam adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk menstabilkan peredaran darah. 

Al hijamah/ Bekam adalah perubatan Islam yang selalu di amalkan oleh Rasulullah SAW sehingga menjadi satu Sunnah. 

Mengapa pula kita orang islam yang sepatutnya mewarisi perubatan ini tidak mahu mencuba, beramal & memperkenalkannya sebagai perubatan pelengkap disamping mendapat rahmat dan berkat daripaa ALLAH Taala 

Marilah kita kembali menghidupkan sunnah Rasul SAW, sebagaimana beliau bersabda. 


“ Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku, sesungguhnya dia mencintaiku, barang siapa mencintaiku, sesungguhnya dia bersamaku di dalam surga.” 

(HR Abu Daud )

0 Kesan Parut: