Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

6 Peristiwa Sayidina Umar al-Khattab


Peristiwa 1:

Beliau sebagai Khalifah meninjau keadaan rakyat secara senyap pada malam hari.Di suatu pondok beliau terdengar kanak-kanak menangis menunggu ibunya yang sedang menjerang sesuatu (sebenarnya beberapa ketul batu dalam belanga).Atas sebab kemiskinan,agar anak-anaknya yang lapar itu penat menunggu dan terlelap.Mengetahui keadaan itu,Sayidina Umar sendiri memikul guni gandum,lalu meletakkan di pintu rumah ibu tunggal itu.

Peristiwa 2:

Peristiwa beliau dan temannyan sedang meronda lalu terdengar seorang anak perempuan memprotes ibunya yang berhajat untuk mencampurkan air ke dalam susu jualan mereka.

"Ibu,kita tidak boleh mencampurkan air kepada susu yang akan dijual (supaya menjadi banyak) kerana dilarang oleh Khalifah Umar".Kata ibunya,"Khalifah Umar tidak berada di sini dan beliau tidak akan tahu perkara ini!".

Sahut anak perempuannya,"Kalaupun Umar tidak berada di sini tetapi Tuhan Umar Maha Melihat,Maha Tahu!"Lalu si ibu tidak jadi meneruskan hajatnya dan akur terhadap teguran anaknya itu.Di atas keyakinan dan kejujuran anak gadis itu,beliau telah menjadikan gadis itu sebagai menantunya.

Peristiwa 3:

Khalifah Umar berjumpa budak penjaga kambing lalu menawarkan untuk membeli seekor kambing.Lalu di jawab budak itu bahawa tidak boleh jual kerana tidak beramanah menjual kambing tuannya tanpa izin.

Tambahnya,perkara ini dilarang oleh Allah S.W.T.Lalu menitis air mata Umar kerana bangga di atas ketulusan hati dan kejujuran budak miskin itu,sedangkan budak itu sendiri tidak kenal kepada Khalifah Umar!

Peristiwa 4:

Umar baring dan tidur dalam buaian di bawah pohon kurma selepas sehari suntuk menjalankan pentadbiran negara.Peristiwa ini dilihat oleh Panglima Rom Timur ketika kembali selepas berunding dengan Umar sebelum itu.Khalifah Umar tidur tanpa pengiring,tanpa pengawal!Kata Kaisar Imbraatur,Emperor Rom,"Kalau begitulah sikap dan perangai Khalifah Islam,suatu hari nanti pasti mereka akan sampai ke singgahsanaku!".

Peristiwa 5:

Umar mendapat baju rampasan perang sebanyak 2 helai sedangkan orang lain cuma mendapat sehelai,lalu mereka meminta penjelasan daripada Umar.

Dalam keadaan serba salah itu,Ibnu Umar (Abdullah bin Umar r.a) cuba menyelamatkan keadaan dengan menerangkan bahawa baju kedua itu adalah kepunyaan beliau yang dihadiahkan kepada bapanya kerana terlalu besar buat beliau,sedangkan kepunyaan bapanya agak kecil.Dengan penjelasan itu barulah sahabat berpuas hati.

Peristiwa 6:

Umar masuk ke dalam rumah seorang penduduk melalui tingkap bagi mengintip lalu menangkap lelaki yang sedang minum arak.

Sayidina Umar hendak menjatuhkan hukuman lalu lelaki itu membela diri,"Saya melakukan satu kesalahan-iaitu minum minuman haram dalam rumah saya secara tersembunyi!Sedangkan Umar (khalifah) melakukan tiga kesalahan dalam menjalankan tugas iaitu- Masuk secara haram (melalui tingkap),mengintip seorang Muslim dan menceroboh tanpa izin.".

Lalu Sayidina Umar tidak jadi menghukum kerana dianggap menzalimi lelaki itu!

ADAKAH MASIH PUNYAI PEMIMPIN SEPERTI DI ATAS SEKARANG?

0 Kesan Parut: