Perkara yang pasti itu adalah dekat.Begitulah dengan kematian, suatu yang pasti.Justeru,ia adalah dekat.Tetapi malangnya,ramai manusia terlupa hakikat ini.Kematian yang dekat itu dirasakan masih jauh.Lalu hiduplah majoriti manusia dalam kelekaan dan kelalaian,seolah-olah mereka tidak akan mati.
Sedarkah kita bahawa setiap manusia telah 'bertunang' dengan kematian?Jika bertunang dengan manusia,belum tentu berakhir dengan perkahwinan.Namun bertunang dengan kematian,'jodoh' kita pasti sampai.Setiap hari kita semakin dekat dengan detik kematian.
Walaupun kita tidak tahu bila tarikh,masa dan tempat,tapi yang pasti hari ini selangkah lagi kita mendekati detik yang telah ditentukan itu.Justeru,bila usia meningkat,umur bukan semakin panjang tetapi semakin pendek.Maka ucapan menyambut hari jadi seharusnya bulan 'Selamat panjang umur' tetapi 'Selamat Pendek Umur'.
Bayangkan Detik Kematian
Ziarahilah jenazah untuk mengingatkan kita kepada kematian.Ketika jenazah saudara,sahabat atau kenalan kita terbujur kaku,cuba bayangkan itu adalah kita.Abu Dardak r.a berkata ,”Bila kamu terkenang kepada orang yang telah mati,maka anggaplah dirimu sudah seperti mereka!”
Akan tiba masanya kita sendiri akan memakai kain kafan yang putih sebagai ganti pakaian mahal dan cantik ketika hidup.Itulah ‘fesyen’ pakaian untuk berpindah dari alam dunia ke alam barzakh.Bayangkan aroma kapur barus yang terserak di sekeliling jenazah.Itulah bau yang dapat menghilangkan bau hanyir mayat.Kenangkan kita yang berwangi-wangian ketika hidup akan mati sebagai ‘bangkai’ yang paling busuk.
Lihat semual ahli keluarga yang pasti kita tinggalkan,anak,isteri,saudara,sahabat,rakan dan taulan.Ada yang berdoa,ada yang membaca Al-Quran.Ada pula yang berteleku,bersedih dan murah melihat jenazah kita.Sebentar lagi,semuanya akan pergi,dan kita kembara sendirian untuk menghadapi alam yang sangat asing bagi kita.
Itulah kebimbangan yang disuarakan oleh Amru Ibn Ash dengan katanya:
“Ketika kamu semua telah mengebumikan aku,jangan segera kamu kembali.Berilah sedikit masa untuk aku membiasakan diri dengan alam yang baru dan asing itu”
Bagaimanakah agak malam pertama kita di kubur?Ya mungkin kita pernah menangisi kematian orang lain,namun menangisi kematian diri sendiri lebih utama...
Kematian Bukan Satu Pengakhiran
Namun kematian bukan satu pengakhiran.Ia adalah satu permulaan pada satu kehidupan yang baru yang tidak akan mati-mati lagi.Kembara manusia yang meninggalkan dunia akan singgah sementara di alam barzakh-fasa ‘transit’ sebelum dibangkitkan menuju alam Mahsyar dan berakhir sama ada di syurga atau di neraka.Mati adalah satu proses transisi dari alam dunia menuju alam barzakh.
Mati hanyalah suatu proses bila jiwa (roh) meninggalkan jasad.Tapi roh itulah hakikat manusia. Kembara kita tidak akan berhenti akibat kehancuran jasad.Jasadnya pulang ke tempat asal yakni tanah,manakala rohnya kembali ke rahmatullah.
Firman Allah:
“Kami ini milik Allah,dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan” (Baqarah:156)
Roh itu terus kekal sebaik sahaja diciptakan.Benar kata Umar Ibn Aziz: “Manusia diciptakan untuk selamanya”
Marilah kita mulakan semula kehidupan ini dengan membayangkan pengakhirannya.Detik-detik akhir menjelang kematian dinamakan SAKARATULMAUN.Sakarat itu ertinya ‘mabuk’.Pada saat ujian yang sangat hebat dan dasyat akan berlaku hingga menyebabkan kita bagaikan mabuk.Kita akan lupa segala-gala yang berada di sekeliling.Apa yang diingatkan ialah nasib diri ini.Jika beriman,hanya kepada Allah tempat berharap.Tapi pada yang tidak beriman,gambaran celaka sudah tertera dalam fikiran dan bayangan mata.
Nantikan artikel seterusnya berkaitan dengan.... “6 KEGONCANGAN KEMATIAN!”
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan