Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Puisi Untuk Abah!


Abah
A.B.A.H
4 Abjad
Yang memberikan benih
Untuk melahirkan seorang
Yang punyai 18 abjad
M.O.H.A.M.A.D K.H.A.I.R.I.L F.A.I.Z


Engkau menikahi ibuku setelah 27 tahun Merdeka
Engkau menimangku setelah 30 tahun engkau ditimang nenek ku
Engkau seorang yang tabah
Engkau seorang yang tenang
Engkau seorang yang penyabar
Itulah engkau


Dahulu aku rasa kekok
Kerana engkau hanya seorang posmen
Benar abah benar aku kekok
Tetapi tuhan bukakan pintu rezeki mu lewat
Sekarang engkalulah mengarahkan posmen
Engkaulah mempengerusikan himpunan pagi di pejabat
Rezekimu dibuka olehNya
Atas berkat engkau bersabar dan tabah menghadapi ujianNya


Rezeki mu tidak lengkap
Tanpa anak-anak mu ini
F.A.I.Z
W.A.N.I.E
H.U.S.A.I.N.I
Sudah tentu engkau kebosanan
Namun kami rezeki dariNya
Untuk engkau jaga dan didik kami
Ke jalan yang diredhaiNya


Abah
Rezeki halalmu
Memberi peluang ku
Untuk kini menjejak kaki dengan tenang
Di menara gading
Begitu juga angahmu,WANIE
Kami sedang mengecapi saat kemanisan rezeki halal
Dari kudrat tangan mu
Yang suci lagi tulus


Aku masih ingat
Dahulu Kini dan Selamanya
Imej mu dengan misai A.Galak
Tebal menghitam
Aku ingatkan dikau bagaikan singa
Yang mahu baham mangsanya
Namun dikau disebaliknya
Luar nampak bengis
Namun dalam sangat lembut
Bagaikan pallet Pantball


Sempena hari ayah ini
Maafkan daku
Yang menghabiskan RM 2000 duitmu
Kerana hal kereta sahaja
Saat ku kemalangan
Kamu tenang
Saat kereta rosak
Kamu masih tenang
Moga saat ku mahu bertunang
Kamu berdebar
HeHeHe


Abah
Maafkan atas kesalahan
Yang dilakukan oleh kami
Sekeluarga
Faiz,Wanie dan Husaini
Makhluk biasa
Bukan luar biasa
Jika luar biasa
Maka abah mak tentu juga luar biasa
Maka kita tidak luar biasa
Maka buat-buat biasa je lah..


Selamat Hari Bapa diucapkan
Moga panjang umur
Murah rezeki
Cuma
Harapan Faiz satu sahaja
Jangan tambah bini baru
HeHeHe
Tak pasal-pasal dapat mak tiri
Aiyak!!!
Salam sayang dariku buat mu Sapari bin Zianal
Ayahku dunia akhirat...



2 Kesan Parut:

Unknown berkata...

ayah sy pun posmen...
sgt bangga dgn die sbb tanggung kami 8 beradik dgn gaji seorang posmen yg xbyk mane smpai dia bersara,lepas 34 tahun jadi posmen...

KaYRaiL FaREasT berkata...

Jazakallah izzati..
ya..rezeki yang halal dapat mendidik anaknya menjadi pemimpin besar negara tanpa memerlukan ayahnya menjadi roang kaya terlebih dahulu..