Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Cukupkah Aku?

Kisah diri ini...

Aku..seorang yang biasa.Tiada yang teristimewa.Rupa tiada,kemerduan suara pun tiada.Harta?Jauh sekali.Bisakan masih menuntut sudah mempunyai harta?Sudah tentu tidak!Apa yang aku miliki?Ah,aku masih mencari...apa yang ku miliki..

Dahulu aku masa standard 3,aku tergolong dalam kanak-kanak bengong.Mana idaknya aku memasuki kelas kedua terbawah.Hancur harapan mak aku masa tu.Sebab masa aku standard 2 aku kira top 10 dalam kelas kedua teratas namun ujian akhir tahun entah kenapa aku jatuh.

Kemudian aku bangun kembali hinggalah aku mampu menjadi top 50 UPSR sekolah rendah ku dahulu.Aku melangkah masuk ke tingkatan 1 dengan harapan baru untuk menjadi pelajar harapan.Ya...aku berjaya sedikit dan amat bersyukur kerana mendapat keputusan PMR yang aku ingini.'Not bad' kata hatiku.

Aku ni bahasa asing Inggeris memang lemah.Iyalah keluarga bukanlah berpendidikan tinggi.Kat rumah 100% bahasa ibunda ku Melayu.Aku bangga dengan bahasaku Melayu.Rasa mual sangat-sangat masa itu belajar bahasa penjajah ini.MUAL!

Syukur masa itu,peringkat SPM belum lagi menggunakan bahasa Inggeris.Walaupun ada ura-ura kertas SPM dwibahasa namun aku abaikan.Sebabnya mana leh masuk kan?Belajar dalam BM jawab dalam BI.Mahu hancur SPM ku.Dahulunya jika PMR aku antara yang top 20 di sekolah lama ku,kini aku menggalas bebanan lebih besar kerana memasuki MRSM Muar sangat mencabar buatku.Dahlah mula-mula itu homesick.Tak pernah berenggang dengan mak ayah tetiba duduk jauhnya lebih 200 KM antara MRSM ku dan rumahku.

Arghhh...masa mula-mula masuk dahulu mahu gak putus asa aku dibuatnya.Makan pun tak sesedap macam di rumah.Dahlah kawan-kawan dari seluruh Malaysia.Macam-macam ragam mereka!Pernah gak aku dipulau.Tapi masa tu aku form 4.Mungkin aku skema sangat kot.Tapi entahlah,bila masuk form 5 aku merasai nikmat hidup berasrama.Bukan berasmara tau!

Dari situ,aku sudah menjumpai rentak pelajaranku.Sehinggakan aku berbangga dapat membuatkan ibubapaku gembira dengan SPM ku.Gembira tak terkata!Kemudian aku ditawarkan MARA untuk ke Jerman,negara kuasa besar dunia suku pertama abad ke 20.Berangan bukan main nak main salji la,nak melancong la..namun Allah jua yang menentukan.

Kegagalan aku untuk ke Jerman telah aku jangkakan sejak keputusan pertama AS-Level ku.Namun aku tetap berusaha dan ah masih bukan rezeki ku.Aku merintih dalam hati "Ya Allah,apakah azimatnya kegagalan ku ini?Dimanakah rezeki ku?"

Aku melangkah longlai ke UNITEN.Gedung Ilmu Terbilang?ENtahlah.IPTS sapalah nak pandang kan?Namun sejak dari saat itu,aku mulai kena natijahnya kegagalan ku masa menjadi pelajar A-Level.Sahabat ku menjadi semakin ramai.Aku mulai kenal apa itu bekerja dalam berpasukan,apa itu dakwah,cara bergaul dengan orang kenamaan dan cara memotivasikan kawan dan lawan.

Terima kasih Persatuan Pengajian Islam,Terima Kasih Sahabat Al-Quran dan Terima Kasih Pembimbing Rakan Sebaya..yang banyak memberikan aku impak yang besar dalam bakat kepimpinan.Tak lupa juga rakan serumah aku yang banyak membawa ku ke jalan yang diredhaiNya...

Baru kini ku sedar akan perancanganNya yang begitu teratur untuk diriku.Jika ada sahabatku yang mempunyai kegagalan seperti ku,yakin dan yakinlah,Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia...Dialah yang mencipta kita dan Dialah tempat kita bergantung harap.Bersyukur ku padaNya akan nikmat yang telah diberikan hingga saat kini dan selamanya.

Al-kisah benar:

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari

Pemilik Destinasimu

0 Kesan Parut: