Salam Ukhwah Fillah...
Alhamdulillah dengan nafas yang dikurniakan illahi mampu lagi ana mengenakan daya tekanan ke atas papan kekunci PC ana ini.Jika tiada kekuatan ini maka hilanglah blog ini.Alhamdulillah...
Kini ana melangkah ke bulan 3 percutian makan anginku di rumah keluarga sejak dari usainya imtihan ku 2 April 2009.Mengembalikan kembali memori ku tentang percutian ku lebih 60 hari lepas,ada bercampur baur rasa seronok dan rasa kurang enak yang terpancar jauh di sudut hati. Yang enaknya sudah tentu ana dapat duduk di rumah keluarga dan bergumbira bersama adik dan kucing ku.HeHeHe.Yang kurang enaknya,ana tidak mencari rezeki lebih dengan mencari pekerjaan sementara untuk mengisi kelompongan 3 bulan beristirahat di rumah.Menyesal pun tidak berguna lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.
Kini bulan Jun ana melangkah dengan menyediakan diri ini ke gerbang bimbingan.Eh,apa pula gerbang bimbingan ini?Ya,dalam bulan ini hingga awal bulan 7,ana akan menyibukkan diri ana dengan menjadi Fasilitator kepada 2 program terbesar UNITEN dan FELDA.Yang pertamanya adalah pada Isnin depan 8 Jun 2009 dimana ana akan bersama sahabat dan sahabiah seperjuangan ana menjadi pembimbing kepada lebih 400 anak peneroka FELDA seluruh Malaysia.Dengan disertai 10 gugusan FELDA seluruh Malaysia,UNITEN berbangga menjadi tuan rumah Kem Motivasi Perdana FELDA 2009 kali kedua.
Yang lebih membanggakan adalah ianya merupakan program terbesar pernah dianjurkan oleh Sahabat Al-Quran Masjid UNITEN di bawah bimbingan Presidennya Saudara Nazmie.Dengan kekuatan 60 orang Fasilitator,kami akan mengikuti ToT Fasilitator pada 5-6 Jun 2009 juga bertempat di UNITEN.Di sinilah disemai benih kepimpinan dan keberanian untuk tampil kehadapan sebelum menjadi 'abang dan kakak' semasa 4 hari program berlangsung kelak. Sungguh mendebarkan buat diri ana ini walaupun sebelum ini pernah menjadi Fasilitator beberapa program kecil dan juga Ketua Biro Program ketika induksi PPI tahun lepas.
Alhamdulillah mesyuarat pertama MT Fasilitator pada 2 Jun bertempat di bilik mesyuarat Masjid UNITEN selamat diadakan dengan jayanya.Dengan masa hampir 5 jam,kami sekumpulan berjaya membincangkan beberapa modul yang menarik untuk para peserta kelak yang terdiri daripada mereka yang lahir pada tahun 1993.Berat juga mahu memilih serta menapis beberapa modul yang dikemukakan kerana ianya perlu mengikut kesesuaian peringkat umur dan adakah objektif program tercapai jika modul tersebut dijalankan?InsyaAllah ianya akan tercapai namun ingatlah,kita merancang Allah jua yang menentukan.
Setelah tamat program pada 11 Jun 2009,akan ana terus pulang ke kampung pada 12 Jun untuk menghadiri majlis pertunangan sepupuku di kampung.Ia merupakan majlis pertunangan pertama untuk sepupuku.Bersemangat pula hati ini mahu melihat bagaimana pertunangan dijalankan dan apakah adat dan adab serta percaturan perlu dilakukan.Kerana ana juga perlu bersedia untuk menanda seseorang untuk dijadikan zaujah ana kelak.Masanya bila?Biarlah Allah menentukan.Ana sedang berusaha ke arah itu.
Pada 21 Jun,ana sekali lagi kembali menjejak ke menara gading ana (UNITEN) untuk menjalani ToT Fasilitator Minggu Orientasi Pelajar Baru UNITEN selama seminggu sebelum kami menyambut kedatangan lebih 1000 siswa dan siswi baru ke kampus Putrajaya.Bagi ana ini merupakan pengalaman yang amat ana tunggukan kerana Minggu Orientasi ini merupakan kemuncak kepada pengalaman ana menjadi Fasilitator.Bukan mudah mahu menjadi Fasi di UNITEN kerana yang paling penting adalah pengalaman dan semasa di temuduga.Alhamdulillah ana berjaya melaluinya dan ditawar menjadi salah seorang tenaga fasilitator kelak.Doakan kejayaan ana.
Buka sahaja semester pada 6 Julai 2009,ana akan menghadapi dua cabaran lain pula.Yang pertamanya adalah ana perlu menyesuaikan diri dengan rumah bujang baru ana yang insyaAllah ana akan pindah akhir bulan ini.Kemudian yang keduanya ana perlu menghadapi Program besar Persatuan Pengajian Islam iaitu Get To Know (G2K).Ah,banyak betul rintangan dan dugaan yang akan ana tempuhi.Kadang-kadang rasa malas dan putus asa.Tetapi sebagai manusia biasa yang mahu mencapai iman,perlu jua ku hadapi dengan meletakkan sepenuhnya kejayaan ku ke hadrat illahi.Ana tidak pasti perlukan program besar PPI pada minggu ketiga Julai tersebut perlu diadakan atau tidak kerana ana memandang dari sudut lain.
Jika dilihat dari sudut hati dan akal ana,tidak perlu membuat program besar kerana ianya akan membebankan pelbagai pihak.Ana berpendapat adalah perlu membuat sebuah program yang mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli persatuan terlebih dahulu.Ana mengakui kekhilafan diri ini dan ana juga mengakui kekurangan yang ada pada ukhwah antara ahli persatuan.Bagi ana,G2K asal yang mahu dijalankan lebih pada memperkenalkan PPI pada warga kampus.Ana rasa ramai sudah tahu kewujudan PPI namun mungkin kekurangan dari sudut mengimarahan dan ukhwah antara ahli menjadi faktor PPI akan tenggelam.Lagipun kini siswa siswi seluruh tanah air kurnag berminat kepada persatuan atau program yang membawa kepada roh islamik. Mana silapnya?
Maafkan jika di sini ana mengatakan ana tidak setuju dengan pandangan sesetengah sahabat di persatuan yang mahu menjadikan G2K sebagai acara mega PPI.Ana tahu ana tidak layak memimpin dan atas sebab itu ana menolak menjadi pengarah program.Sebab pandangan ana berbeza dengan pucuk pimpinan persatuan.Sepatutnya PPI lebih mengutamakan ukhwah erat antara ahli mereka supaya sesuatu pekerjaan untuk melakukan program besar dapat diuruskan dengan cemerlang.Jika tiada kayu bakarnya,mana kan apinya mahu membara bukan?Jika tiada ukhwahnya mana mahu merasa kelazatan berpersatuan bukan?
Setiap manusia ada pandangan masing-masing.Ini hanya pandanganku.Dan ana sedar akan kekurangan dan ketidak bijaksanaan ana membangkit hal ini.Namun hati mahu bersuara demi sahabat seperjuangan ku sekalian tidak kisah di PPI atau SAQ.Rapatkanlah ukhwah antara kita dahulu sebelum mendaki ke peringkat yang lebih tinggi.Jika ukhwah antara pucuk pimpinan dengan barisan exco entah hilang kemana,bagaimana pula perhatian barisan exco dengan ahli ajk nya?Entahlah,ana berkata sebegini untuk diri ana juga kerana ana juga terabai akan kebajikan AJK ana.Maafkan diri ini.
Sekarang ana perlu bergerak kehadapan menghadapi perjuangan hidup yang lebih mencabar apabila digelar sebagai Fasilitator pada 2 program besar kelak.Doakan kejayaan ku dan rakan seperjuangan ku.Allah hu AKhbar!!!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan